TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Sabtu, 17 November 2012

Raja Dr Nazrin Shah: 'Fahami hijrah rakyat'



NORMAWATI ADNAN, 16 November 2012
 Foto ihsan Sinar Harian Online.


PENGKALAN HULU – Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah mahu pemimpin berperanan lebih bijak menilai secara tepat bahasa penghijrahan yang disuarakan rakyat.

Titah baginda, jurang luas antara tahap penghijrahan di minda rakyat dengan penghijrahan sedia dilakukan pemimpin hanya akan menyebabkan tercetusnya masalah.

“Ungkapan yang disuarakan, perlu dicari maknanya dari kamus yang betul, supaya dapat difahami maksud terkandung, terutama bahasa yang begitu sering diungkapkan generasi muda. 

“Ungkapan dan tuntutan itu mungkin memerlukan kaedah dan pendekatan baru yang perlu diterokai dan diadaptasi,” titah baginda sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1434 Peringkat Negeri di Masjid Jamek Pengkalan Hulu, di sini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk), Datuk Mohd Yusop Husin.

Raja Dr Nazrin turut menggesa umat Islam berani melakukan penghijrahan minda, sikap dan sifat.

Baginda bertitah, tiga elemen itu mampu membawa perubahan hingga terbangunnya potensi ummah menjadi lebih dinamik, progresif dan dihormati.

“Sejarah sudah menunjukkan bahawa antara punca kejatuhan empayar dan kejatuhan pemerintahan adalah kegagalan di peringkat pimpinan untuk melakukan penghijrahan secara bijaksana dalam mengurus tadbir sesebuah empayar atau negara. 

“Perlu disedari, bahawa penghijrahan itu umumnya mula tercetus sebagai idea di dalam minda dan aktif bergerak dalam minda.  Minda yang aktif adalah yang banyak berfikir, sering mencetuskan pemikiran baru, pemikiran yang menuntut kepada perlunya penghijrahan,” titah baginda.

Bagaimanapun baginda mengingatkan agar hijrah tidak dilakukan hanya sekali dalam setahun, sebaliknya dijadikan amalan harian.




Tiada ulasan:

CLICK NOW

ANDA TETAMU BLOG SAYA

Tajuk Kegemaran