Nampak gayanya, dpd gambar-gambar yg tertera disini, tuan Haji dah sampai ke Lipis Ahad tadi. Kenapa kita sampai tak ketemu. Aduh! dimana silapnya. Tadi pagi jam sepuluh saya dipasar. Selain itu tidak kemana-mana, jemputan walimatulurus pun tidak ada hari ini. Alangkah baiknya kalau kita dapat bertemu mata dan sembang-sembang sekejap.
Peluang sebegini jarang berlaku dimana peluangnya mesti direntap sebaik mungkin. Bukan begitu Tuan Haji!.
Saya agak tergesa-gesa hari tu, ada urusan di Raub, selesai di Raub saya lajakkan ke Lepih – tak sempat nak cari nombor telefon Tuan Haji. Tiba di Lepih hari dah hampir senja – singgah di Rest House Bukit Residen, bilik penuh. Akhirnya sewa hotel di dalam pekan Lepih – ok jugak.
Saya tanya dengan kawan di hotel tu, dia orang pun tak tahu di mana rumah Tuan Haji. Besoknya (hari Ahad) selepas sarapan di rumah kawan saya tu (En Baharum – orang Penjom) di Sg Kerpan, saya bertolak balik ke Ipoh kerana Isnin sudah ada jadual kerja saya. Sedih juga kerana tak dapat berjumpa Tuan Haji. Saya mintak maaf banyak-banyak kerana tak sempat nak tanya orang kampong kawasan Tempoyang. Tambah sedih bila saya tengok Bukit Residen (depan Balai Polis) tu dah naik hutan rimba.
Semasa tahun 1970an dulu, di situlah saya tinggal – rumah qrts paling hujung – rumah yang pertama, cikgu Patrick yang duduk. Lepih dah banyak perubahan – ada Bandar baru. Kawasan kantin Ah Kow dulu dah penuh dengan rumah kedai.
Insya Allah, bila ada peluang lagi, saya akan ke Lepih lagi. Teringin nak lalu ikut jalan Sg Koyan – Cameron Highlands sama.
2 ulasan:
Assalamualaikum Tuanhaji,
Nampak gayanya, dpd gambar-gambar yg tertera disini, tuan Haji dah sampai ke Lipis Ahad tadi.
Kenapa kita sampai tak ketemu. Aduh! dimana silapnya. Tadi pagi jam sepuluh saya dipasar. Selain itu tidak kemana-mana, jemputan walimatulurus pun tidak ada hari ini. Alangkah baiknya kalau kita dapat bertemu mata dan sembang-sembang sekejap.
Peluang sebegini jarang berlaku dimana peluangnya mesti direntap sebaik mungkin. Bukan begitu Tuan Haji!.
Wa’alaikumussalam Tuan Haji Hashim,

Catat Ulasan