Oleh Nahar Tajri
2011/03/06
MENOREH waktu malam? Pasti ramai yang bukan saja kehairanan, tetapi musykil apakah faedah menoreh pokok getah pada waktu itu berbanding kelaziman pada awal pagi atau siang hari.
Itulah yang dilakukan sekumpulan penduduk yang juga penoreh getah di Kampung Sawa/Kampung Teknologi RISDA di Pendang, Kedah, yang memanfaatkan tempoh ‘kegemilangan’ usaha menoreh getah yang sebelum ini profesion yang dipinggirkan. Ini berikutan harga komoditi itu yang diramal kekal tinggi sepanjang tahun ini dengan memberi pendapatan l lumayan yang mencecah ribuan ringgit sebulan kepada pemilik kebun.
Namun, ada sebabnya mengapa penduduk Kampung Sawa/Kampung Teknologi RISDA ini sanggup menoreh pada waktu malam. Ia berikutan suhu dingin pada waktu malam yang menjadi faktor penggalak kepada penghasilan susu getah secara lebih banyak, berbanding pada waktu siang ketika musim daun luruh berlaku. Bermula kira-kira jam 9 malam iaitu selepas waktu solat Isyak seramai lebih 30 penduduk kampung itu akan berkumpul di satu kawasan lapang berhampiran persimpangan masuk ke ladang getah untuk bersiap bagi menjalankan aktiviti itu bersama-sama.
Mereka akan memasuki kawasan ladang masing-masing beramai-ramai sebelum keluar semula bersama-sama sekitar jam 11 malam dan pulang ke rumah masing-masing.
Kampung itu ketika ini mempunyai seramai 200 keluarga dan keluasan kebun getah pula kira-kira 270 hektar dengan purata pendapatan penduduk hasil menoreh getah ialah antara RM6,000 dan RM8,000 sebulan.
Bagi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Mohd Nasri Lateh, 45, aktiviti menoreh malam bukan perkara yang asing kepada penduduk kampung berkenaan dan ia sudah diamalkan ketika musim panas dan daun luruh sejak beberapa tahun lalu bagi memastikan pendapatan mereka yang bergantung dengan hasil getah terus stabil.
Katanya, pada musim daun luruh penghasilan susu getah boleh menurun sehingga 50 peratus dan jika tidak keluar menoreh pada waktu malam ia akan menyebabkan pendapatan mereka terjejas teruk.
Justeru, bagi mengambil kesempatan di atas harga getah sekerap yang mahal iaitu kira-kira RM7.50 sekilogram ketika ini dia bersama penduduk kampung berpakat untuk keluar menoreh malam bermula Januari lalu.
“Ia berhasil apabila kebanyakan kami mampu mendapat 50 kilogram (kg) getah sekerap bagi setiap hektar dalam sehari, berbanding hanya 35 kg jika menoreh pada waktu siang.
“Kami mula menoreh pada waktu malam sejak Januari lalu kerana tidak mahu pendapatan terjejas berikutan musim panas dan daun luruh yang dijangka berlarutan dua bulan lagi.
“Kami lega apabila usaha ini berhasil kerana hasil yang dicatatkan lebih berbaloi. Penduduk juga tidak bimbangkan keselamatan mereka kerana kami keluar beramai-ramai menoreh sehingga kecoh suasana dalam kebun getah,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Beliau yang juga Pemaju Masyarakat RISDA kampung itu berkata, pengeluaran susu getah lebih tinggi pada waktu malam kerana suhu yang lebih sejuk membolehkan susu getah mengalir lebih lama kerana lambat kering berikutan waktu malam yang panjang.
Seorang lagi penduduk, Mat Saad Hussin, 50, berkata, dia dan keluarganya tidak berasa takut untuk keluar menoreh pada waktu malam kerana sudah biasa melakukannya di samping keadaan kebun yang bersih.
“Kami tidak takut sebab sudah biasa dengan aktiviti ini, lagi pun kami keluar ramai-ramai bersama jiran serta rakan-rakan yang lain. Saya tidak pernah mengalami apa-apa masalah malah saya rasa lebih seronok kerana ramai kawan.
“Selain itu menoreh getah pada waktu malam juga secara tidak langsung mengekang masalah kecurian getah di kampung kami kerana susu getah tidak sempat kering sehingga pagi.
“Biasa kes kecurian adalah membabitkan getah sekerap dan dalam hal ini getah tidak beku sepanjang malam jadi lebih selamat sehingga kami sendiri yang mengutipnya pada sebelah pagi,” katanya.
Zakiah Mahmud, 57, pula berpendapat menoreh pada waktu malam lebih selesa kerana keadaan lebih sejuk, berbanding menoreh pada waktu siang.
“Kalau keluar awal pagi pun boleh tetapi lebih rumit sebab kena tunggu lama sedikit. Kalau malam kami toreh dan tinggal esoknya sekitar jam 6 hingga 7 pagi kami kutip dan terus jual.
“Masa yang terluang biasanya kami isi dengan aktiviti lain seperti bersawah atau menghadiri jemputan kenduri di sekitar kawasan kampung,” katanya.
Sumber: Berita Minggu Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Ahad, 6 Mac 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 02 Oktober 2010. Oleh ZUARIDA MOHYIN, Gambar ASMARUDDIN JAMALUDDIN KOMBINASI reka bentuk seni bi...
2 ulasan:
Assalamualaikum En Idris
Alhamdulillah
bernafas sedikit penoreh getah sekarang ni
Syukur
Wassalam
Wa'alaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh,
Terima kasih atas ulasan En. Rozali itu. Bersyukur kita ke hadrat Illahi atas rezki limpah kurniaNya kepada kita.
Wassalam.
Catat Ulasan