TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 27 Mac 2011

5,685 penuntut baru mendaftar di OUM


Tarikh: 17/03/2011

JOHOR BAHRU 16 Mac - Seramai 5,685 penuntut tajaan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran mendaftarkan diri bagi Program Sarjana Pengajaran (SMP) Ambilan Khas Semester Januari 2011 di 20 Pusat Pembelajaran Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di seluruh negara.

Pendaftar OUM, Kamariah Mohd. Noor berkata, proses pendaftaran selama empat hari yang bermula Ahad lalu itu adalah di bawah program pensiswazahan guru dan dikhaskan untuk golongan pendidik yang masih belum memiliki ijazah pertama.

Beliau berkata, para penuntut yang mendaftarkan diri untuk program tersebut akan mengikuti pengajian selama 12 semester atau empat tahun dan dijadualkan tamat pada penghujung 2014.

"Ambilan khas ini hanya melibatkan program SMP dengan 11 pengkhususan iaitu Prasekolah, Pendidikan Islam, Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Kemahiran Hidup, Matematik, Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Khas, Pendidikan Seni Visual dan Sains.

"Para penuntut yang mendaftarkan diri untuk program ini akan ditempatkan di pusat pendidikan berhampiran dengan alamat tempat tinggal yang didaftarkan semasa permohonan dibuat. Johor mempunyai dua pusat pembelajaran iaitu di Johor Bahru dan Batu Pahat," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pendaftaran penuntut baru OUM di sini hari ini.

Kamariah berkata, para penuntut yang mendaftarkan diri untuk program SMP akan diberikan modul pembelajaran khas dan pada masa sama boleh menjalankan pengajian secara dalam talian tetapi disyaratkan untuk bertemu dengan tenaga pengajar mereka bagi setiap dua minggu sekali.

Beliau berkata, program SMP itu juga mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan perakuan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Ini bukan kali pertama OUM menjalankan kerjasama dengan pihak kementerian tetapi ia sudah dimulakan sejak 2006 dan berterusan sehingga ke hari ini," katanya lagi.

Source: Utusan Malaysia Online.

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran