Oleh Nor Akmar Samudin, akmar@hmetro.com.my
JUARA Akademi Al-Quran musim keempat (AQ4), Ahmad Tarmizi Ali berjaya mengharumkan nama negara apabila dia menjuarai Pertandingan Hafazan dan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang diadakan di Maghribi.
Dia yang dihantar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mewakili Malaysia berangkat ke negara itu pada 2 Februari lalu bagi mewakili Malaysia bersama rakan senegara, Mohd Zulhairi Mohd Yatim ke pertandingan itu bermula pada 4 Februari selama seminggu.
Menyingkap semula kenangan di sana, Tarmizi berkata, dia tidak menyangka sama sekali akan bergelar juara dan amat terharu dengan penghargaan yang diberikan kerajaan negara itu.
“Pada awalnya, niat di hati hanya ingin menimba pengalaman saja sambil berjalan-jalan melihat negara orang kerana peserta yang bertanding hebat-hebat belaka.
“Apatah lagi sejak pertandingan itu diperkenalkan pada 2000, belum pernah lagi mana-mana negara lain yang pernah mendapat tempat pertama hingga ketiga kecuali Mesir.
“Sebanyak 40 negara menghantar wakil dan saya ke sana sekadar ingin mendalami ilmu al-Quran. Sebab itu saya amat terkejut apabila nama saya dipanggil naik ke pentas. Saya amat bersyukur dengan kemenangan ini kerana saya adalah peserta pertama bukan dari negara Timur Tengah yang bergelar juara.
“Tempat kedua dimenangi peserta Mesir, Yusuf Qasim Halawah dan tempat ketiga dari Libya, Ahmad Al-Basyir Abdullah,” katanya.
Tambah Tarmizi, pertandingan itu diadili juri dari Mesir yang pakar dalam bidang al-Quran. Jelasnya lagi, sukar untuk menandingi peserta yang lain kerana juri mengambil kira setiap bacaan peserta termasuk qiraat, fasohah, tarranum dan tajwid, sama seperti ketika penjurian program Akademi Al-Quran dijalankan.
“Selesai saya menghabiskan bacaan pada pertandingan itu, saya dan Zulhairi bersiap sedia untuk pulang. Tanpa disangka, penganjur mengumumkan saya berjaya menjuarai pertandingan itu. Rasa macam bermimpi.
“Bagaimanapun, hadiah tidak diberikan selepas selesai pertandingan dan saya diminta untuk menunggu lagi 10 hari kerana Raja Maghribi, Muhammad As-Sadiq VI ingin menyampaikan sendiri hadiah kepada juara sempena sambutan Maulidur Rasul.
“Gelisah saya dibuatnya kerana visa hanya sah untuk 12 hari saja iaitu sebaik tamat pertandingan. Segala perbelanjaan dibiayai kerajaan negara itu termasuk visa.
“Saya terus memaklumkan kepada penganjur mengenai masalah visa dan kata mereka, saya tidak perlu bimbang kerana mereka akan memberikan surat yang dikeluarkan Raja mereka untuk kemudahan Tarmizi ketika berada di lapangan terbang nanti.
“Kerisauan masih bermaharajalela di hati kerana di negara orang, apa saja boleh berlaku. Lalu saya terus menghubungi Kedutaan Malaysia di sana memberitahu mengenai masalah visa itu. Syukur kerana segalanya berjalan dengan baik sehinggalah saya kembali ke tanah air.
“Kefasihan saya berbahasa Arab juga memudahkan komunikasi dengan rakyat di sana kerana mereka lebih mengutamakan bahasa sendiri,” katanya.
Meskipun sudah bergelar juara peringkat antarabangsa, Tarmizi yang berasal dari Terengganu masih meneruskan rutin hariannya menyebarkan dakwah menerusi suaranya mengajar anak muda mengenai seni Al-Quran di masjid di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak sehinggalah ke Singapura.
Pada masa sama, Tarmizi yang mempunyai keluarga yang besar bakal mengeluarkan album keduanya berjudul Ibnu Ali 2 (Keluarga Ali 2) bersama adik-beradiknya yang lain. Mereka juga pernah menjadi finalis AQ iaitu Shukri Ali, Muslim Ali, Hafas Ali, Yahya Ali dan Basri Ali.
Rakaman album dakwah itu dipenuhi bacaan al-Quran secara qiraat dan qasidah dan kini hampir 90 peratus siap. Album itu dikeluarkan di bawah label Inteam Record.
Source: Harian Metro Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Khamis, 31 Mac 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 02 Oktober 2010. Oleh ZUARIDA MOHYIN, Gambar ASMARUDDIN JAMALUDDIN KOMBINASI reka bentuk seni bi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan