TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim. Papar semua catatan

Sabtu, 8 Januari 2011

Amah tak diperkosa - Detik.com

Sumber: Utusan Malaysia Online 8 Januari 2011.

JAKARTA 7 Jan. - Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) hari ini menegaskan, tidak wujud sebarang kes pemerkosaan melibatkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Rais Yatim dengan pembantu rumah dari Indonesia seperti mana digembar-gemburkan.

Ketuanya, Jumhur Hidayat berkata, berdasarkan kepada keterangan daripada pembantu rumah berkenaan iaitu Rubingah, kejadian tersebut tidak pernah berlaku sepanjang dia bekerja dengan Rais.

''Malahan dalam kenyataan bertulisnya, Rubingah turut menafikan berlaku sebarang perbuatan tidak senonoh oleh majikannya itu,'' kata beliau seperti mana dilaporkan oleh Detik.com hari ini.

Penjelasan Jumhur adalah berdasarkan kepada pertemuan empat pegawai Balai Pelayanan, Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BP3TKI), Semarang dengan Rubingah dan suaminya, Sukirman, baru-baru ini.

Rubingah bekerja di rumah Rais mulai tahun 1999 hingga 2007 selepas itu dia kembali ke kampungnya di Banjarnegara, Jawa Tengah.

Dia mempunyai dua anak iaitu Monika Umami, 26 dan Agustina Umami, 21.

Menurut Jumhur, beliau sudah menyerahkan penjelasan Rubingah kepada Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar.

Oleh itu, beliau meminta semua pihak supaya berhati-hati dalam membuat tuduhan sedemikian kerana ia berkait rapat dengan nama baik Rubingah dan keluarga wanita tersebut.

Sementara itu, dalam kenyataan bersumpahnya, Rubingah menjelaskan, sepanjang 8 tahun bekerja dengan Rais tidak pernah berlaku sebarang gangguan seksual ke atasnya.

''Semuanya baik-baik sahaja tidak pernah ada masalah, apa tah lagi berkaitan perlakuan tidak senonoh terhadap saya," katanya.

Source: Utusan Malaysia Online.

Isnin, 11 Januari 2010

Jelebu - Part 8

Pencarian Kedua di Muzium Adat Kuala Klawang
By Idris Talu

Ini merupakan kali kedua, dua tahun berturut-turut penulis datang ke Muzium Adat di Kuala Klawang dengan tujuan mencari buku "Jelebak Jelebu - Corat Coret Anak Kampung" oleh Datuk Seri Utama Dr Rais bin Yatim.

Tahun lepas 2009, penulis datang, telah habis stok. Tahun ini 2010, belum datang stoknya. Agak malang bagi penulis, datang sejauh dari Ipoh - gagal untuk mendapatkan buku ini.

Penulis puas mencari di kedai-kedai buku di Ipoh, gagal menemuinya.


Cover buku "Jelebak Jelebu"



©idristalu@2010

Rabu, 21 Oktober 2009

Budaya: Tidak wujud soal tiru-meniru - Datuk Seri Dr. Rais Yatim

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia hari ini menegaskan tidak wujud soal tiru-meniru atau pengambilan hak pembudayaan tradisi antara masyarakat Malaysia di Negeri Sembilan dan rakyat Indonesia di Sumatera Barat.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, masyarakat Indonesia di Sumatera Barat yang telah berhijrah ke Negeri Sembilan beratus-ratus tahun lamanya, bebas untuk mengamalkan adat istiadat mereka.

''Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga telah menggariskan bahawa satu-satu kaum yang berhijrah antara satu sempadan dengan sempadan negara yang lain, mereka berhak membawa budaya dan cara hidup secara tradisi sama ada menerusi bahasa, muzik atau pembudayaan lain.

''Oleh itu, soal budaya tidak seharusnya dipermainkan menerusi media sehingga Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang hanya bersifat mempertahankan hala tuju pembudayaan sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena kunjungan muhibah 19 wartawan Bukittinggi, Sumatera Barat di kementeriannya di sini hari ini.

Rais berkata, dalam pertemuan itu, kumpulan wartawan Indonesia tersebut juga menyifatkan, pihak-pihak tertentu yang mengkritik isu tarian Pendet sebagai keterlaluan.

''Mereka juga mengatakan golongan tersebut hanya diwakili oleh kumpulan yang kecil dan tidak mewakili rakyat Indonesia secara keseluruhannya," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kementeriannya akan merapatkan lagi usaha seni budaya antara antara kedua-dua buah negara melalui dua program yang akan diadakan di Malaysia dan Indonesia.

''Kita menyambut baik usul untuk mengatur beberapa program termasuklah program seni penulisan tentang adat istiadat, adat Pepatih dan adat Temenggung.

''Selain itu, kita akan menentukan sama ada beberapa artis tradisional dapat bertukar-tukar persembahan antara kedua-dua negara dari semasa ke semasa," katanya.

Courtesy: Utusan Malaysia Online.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran