TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label 000. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 000. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Ogos 2012

PANDELELA DAPAT GANJARAN RM300,000

Foto - ihsan Utusan.

PUTRAJAYA 17 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meraikan ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg yang meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik 2012 dalam acara terjun 10 meter platform, di pejabatnya hari ini.

Sebagai penghargaan kerajaan, Najib menyampaikan sumbangan bernilai RM300,000 iaitu Skim Hadiah Kemenangan Sukan Majlis Sukan Negara (MSN) RM100,000 dan Amanah Saham Wawasan sebanyak RM200,000 kepada Pandelela atas kejayaan mengharumkan nama negara dalam kejohanan berprestij itu.

Perdana Menteri juga menyerahkan surat tawaran biasiswa penuh kerajaan daripada Yayasan Tun Abdul Razak untuk membolehkan atlet negara itu melanjutkan pelajaran di mana-mana universiti di negara ini dalam jurusan pilihannya.

Dalam pertemuan 10 minit itu, Najib memberi jaminan bahawa kerajaan sedia menghulurkan segala jenis bantuan bagi membolehkan atlet muda itu meningkatkan prestasi dan seterusnya mencipta lebih banyak kejayaan di peringkat antarabangsa.

Adakah kamu komited untuk Rio (Kejohanan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil 2016) dan apa lagi yang kamu perlukan? Semua dah cukup?," tanya Najib dengan senyuman manis kepada Pandelela.

Najib juga bertanya perasaan Pandelela sewaktu melakukan terjunan dari ketinggian 10 meter dalam pertandingan itu.

“Kamu gementar tak ketika nak mula", tanya Najib.

“Ya, tapi lepas itu saya rasa teruja," kata Pandelela.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia, Datuk Seri Shahidan Kassim, Ketua Kontinjen Malaysia, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong.

Hadir sama ibu bapa Pandelela, Hartini Lamim dan Pamg ak Joheng serta jurulatih Yang Zhuliang.

Pada Sukan Olimpik London 2012, gadis Bidayuh berusia 19 tahun itu mengumpul 359.20 mata dalam acara 10m platform di belakang Chen Ruolin dari China yang berjaya mempertahankan kejuaraannya dengan 422.30 mata, manakala Britanny Broben dari Australia meraih pingat perak selepas mengutip 366.50 mata. – BERNAMA

Ahad, 12 Ogos 2012

CHONG WEI TERIMA GANJARAN RM500,000


PUTRAJAYA 12 Ogos - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei hari ini menerima ganjaran RM500,000 di atas kejayaannya meraih pingat perak dalam acara perseorangan badminton sukan Olimpik London 2012.

Ganjaran itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam majlis di Seri Perdana di sini yang turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Ganjaran meliputi RM300,000 sumbangan Skim Hadiah Kemenangan Sukan, Majlis Sukan Negara dan RM200,000 sumbangan kerajaan Malaysia dalam bentuk Amanah Saham Wawasan.

Selain itu, Chong Wei turut menerima hadiah seutas jam tangan yang disampaikan Rosmah, selaku penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Dalam ucapan ringkasnya, Perdana Menteri mengucapkan tahniah di atas kejayaan jaguh badminton negara itu meraih pingat perak dan yakin ia akan menguatkan lagi azam Chong Wei untuk mencipta kejayaan lebih cemerlang di Olimpik 2016. - BERNAMA

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran