Wartawan
Sinar Harian
5 Oktober 2012
Wartawan
Sinar Harian
5 Oktober 2012
IPOH – Menteri Kewangan
Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memaklumkan, Pusat Transformasi Bandar
(UTC) ketiga negara, di Pasar Besar Ipoh, di sini, dijangka dapat beroperasi
selewat-lewatnya Disember depan.
Beliau berkata, hasil
perbincangan pihak kementerian bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), kerja
pengubahsuaian bangunan berkenaan akan dilaksanakan dalam tempoh satu atau dua
minggu ini, sebelum ia dapat beroperasi sepenuhnya.
"53 agensi kerajaan
pusat dan negeri akan ditempatkan di UTC itu bagi memenuhi keperluan rakyat.
MBI akan sediakan pelan bangunan sebelum dimuktamadkan dan berbanding dua
bangunan UTC sebelum ini, UTC ketiga hanya satu tingkat. Ia lebih memudahkan
orang ramai berkunjung ke situ.
Dalam pada itu, Ahmad Husni
yang juga Ahli Parlimen Tambun memaklumkan, kerajaan sedang merancang untuk
membina beberapa UTC lagi di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Menurutnya, perancangan itu
berdasarkan kesediaan bangunan kosong yang tidak membabitkan kos tinggi untuk
pengubahsuaian, selaras dengan strategi lautan biru.
"Kita tidak akan bina
bangunan baru untuk tujuan UTC. Jika ada bangunan bersesuaian, kita akan buat
secepat mungkin," katanya ketika mengadakan lawatan ke Pasar Besar Ipoh,
di sini.
Dalam perkembangan sama,
Ahmad Husni berkata, di bawah peruntukan RM200 juta, Kerajaan Pusat akan
melaksanakan transformasi membabitkan komuniti luar bandar dan bandar melalui
gabungan peranan UTC dengan Pusat Transformasi
Luar Bandar (RTC).
Menurutnya, langkah itu juga
dilihat satu langkah proaktif bagi menyekat penghijrahan generasi muda dari
kawasan luar bandar meninggalkan kampung mereka.
Selepas pelaksanaan UTC di
Melaka dan Kuala Lumpur, Ipoh telah dipilih sebagai pusat ketiga negara yang
dikenali sebagai UTC Perak.
Sumber: Sinar HarianMalaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan