Idris Talu
Pisang
Lemak Manis atau Pisang 40 Hari.
Pisang lemak manis ini
mempunyai banyak nama tempatan, mengikut lokasinya. Biasa disebut sebagai
pisang 40 hari kerana tempoh matangnya setelah berjantung cuma memakan masa 40
hari. Di sebelah utara Semenanjung, ramai yang mengenalinya sebagai pisang
mantan.
Di Sabah pula, pisang ini
dikenali sebagai pisang util. Ada juga yang menyebutnya sebagai pisang mahuli
atau pisang susu. Di sesetengah tempat di Perak, ianya disebut pisang kambor
(bukan pisang kembar).
Rasa isi buahnya yang cukup
matang @ masak ranum, cukup manis dan terasa lemaknya. Untuk membuka isinya
perlu hati-hati sedikit kerana kulitnya agak melekat kepada isi buah pisangnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan