Idris Ismail Talu
Di Malaysia, makanan ini dinamakan pais atau paih. Sementara di kalangan orang Minangkabau ianya di sebut sebagai "palai" sehingga digubah sebuah lagu berjudul "Palai Bada" yang dinyanyikan oleh penyanyi legenda Minang iaitu Elly Kasim.
Masyarakat Indonesia secara umumnya menamakan makanan ini sebagai pepes. Pais merupakan campuran isi ikan, baik kecil mahu pun yang besar, dengan sejenis ramuan seakan sambal kelapa, yang dibungkus dengan daun pisang atau daun kunyit. Ada juga yang menggunakan daun temu lawak sebagai alat untuk membungkus pais ikan ini.
Bungkusan ramuan sambal kelapa digaul atau dicampur dengan isi ikan atau ikan kecil ini kemudiannya dipanggang di atas bara api yang sederhana. Selepas dipanggang secukupnya, pais ikan ini bolehlah dihidangkan. Pais ini enak dimakan dengan nasi yang masih panas tanpa sebarang sos atau air asam kerana ramuannya sudah cukup enak dan menyelerakan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan