Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Amalia Hasannudin
2012/03/03
KUALA LUMPUR: Universiti Islam Malaysia (UIM), sebuah universiti penyelidikan berteraskan Islam akan ditubuhkan di bawah naungan Majlis Raja-Raja, di Cyberjaya, khusus bagi pelajar pasca siswazah yang terbuka kepada pelajar dalam dan luar negara.
Penubuhan UIM yang diputuskan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-222 pada 2010 adalah kesinambungan Kolej Islam Malaya (KIM) yang ditubuhkan pada 1955, namun ditangguhkan pada 1970 kerana keperluan mendesak waktu itu untuk menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mengangkat martabat Bahasa Melayu ke peringkat universiti.
Pengerusi Majlis UIM, Tan Sri Dr Yusof Noor, berkata universiti berkenaan akan dibangunkan di atas tanah seluas 27 hektar dengan struktur seni bina Islam dan istana Melayu termasuk pembinaan sebuah masjid serta menara jam sebagai lambang diraja.
Beliau berkata, UIM bukan duplikasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kerana ia adalah pusat penyelidikan khusus bagi pengajian Sarjana dan PhD serta sebagai penyambungan semula KIM yang ditubuhkan sebelum ini atas persetujuan Raja-Raja Melayu.
Beliau berkata, sesi pengambilan pertama pelajar diadakan Jun ini dan mereka yang terpilih akan mengikuti pengajian di kampus sementara di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.
Katanya, Majlis Universiti itu yang dilantik dan mendapat perkenan Raja-Raja Melayu sudah mengadakan perbincangan dengan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk tujuan itu.
Katanya, pengumuman rasmi penubuhan universiti berkenaan akan dibuat kerajaan dalam masa terdekat dan Majlis UIM juga menyerahkan kepada kerajaan untuk memutuskan sama ada universiti itu berstatus institusi pengajian tinggi awam atau swasta.
“Universiti ini mengutamakan mereka yang berpengalaman dalam bidang masing-masing untuk menjalankan penyelidikan dalam pelbagai disiplin termasuk sains, kejuruteraan dan sains sosial, berteraskan Islam.
“Uniknya, jumlah pelajar dihadkan kepada 1,000 orang dan mereka boleh memilih bahasa antarabangsa yang ingin digunakan dalam penulisan tesis untuk memudahkan perkongsian dokumen antara negara, namun sinopsis tesis mesti dalam Bahasa Melayu sebagai menghormati bahasa kebangsaan,” katanya di sini, semalam.
Yusof berkata, UIM juga menyediakan kursus pendek seperti dilaksanakan di Universiti Harvard, Cambridge, Oxford dan Al-Azhar berikutan permintaan kursus berkenaan dari dalam dan luar negara.
Source: Berita Harian Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Forum Setiakawan Malaysia-Indonesia anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dan Utusan Malaysia...
-
A lovely song by Momoe Yamaguchi Momoe Yamaguchi, penyanyi legenda Jepun yang dilahirkan di Tokyo dalam tahun 1959 ini sebenarnya tidak lama...
-
Oleh Elrafaei Sapi RAMAI penonton mungkin beranggapan lagu popular seperti Hanyut nyanyian Faizal Tahir atau Cinta Sempurna (Yuna) diangkat ...
-
MINGGU ini kita dihidangkan dengan dua isu permohonan maaf melibatkan dua pemimpin utama negara. Pertama, Menteri Besar Kelantan dan Mursyid...
-
Oleh Norzie Mohd. Khasbi dan Zazali Jamian, sukan@utusan.com.my KUALA LUMPUR - Datuk Lee Chong Wei terlalu hebat untuk ditandingi Taufik Hid...
-
Sumber: Mingguan Malaysia Online . TAHUN 2010 masihi telah melabuhkan tirainya menandakan bermulanya lembaran baru dalam fasa kehidupan kit...
-
MEMBACA tesis kedoktoran Aimee Dawis, warganegara Indonesia berbangsa Cina, bertajuk "Orang Indonesia Tionghua mencari identitas"...
-
BOSTON 12 Jan. - Malaysia akan berbincang dengan Amerika Syarikat bagi menjadikan Program Sukarelawan Amerika Syarikat (American Peace Corps...
-
28/01/2011 9:06pm BANDUNG 28 Jan. – Seorang pelajar Malaysia jurusan kedoktoran Universiti Andalas Padang meninggal dunia apabila motosikal ...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan