Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur untuk tahun 2010 sudah bermula. Himpunan buku-buku antarabangsa dikumpulkan di Putra World Trade Centre (PWTC) di Kuala Lumpur. Tapak pesta buku menjadi tempat pertemuan segala macam khalayak pembaca, dari mahaguru, para pensyarah, mahasiswa-mahasiswi, para pelajar dari sekolah pondok sampailah ke gedung universiti dari dalam mahu pun dari luar negeri.
Tidak sesiapa pun yang boleh menafikan kepentingan buku dalam pembentukan sesuatu bentuk ketamadunan. Ketamadunan yang tidak berasaskan ilmu biasanya tidak mampu menghadapi segala bentuk ancaman baik dari luar mahu pun dari dalam.
Oleh itu, untuk membentuk jati diri seorang warganegara yang kuat dan utuh, kita perlu senantiasa memperlengkapkan diri kita dengan ilmu terkini.
Dengan itu, kenapa bertangguh-tangguh lagi, ayoh kita mencari buku-buku yang sesuai dengan keperluan kita. Jika di bulan Ramadhan, kita berbelanja untuk berbuka puasa - makanan untuk jasmani kita, kenapa kita tidak boleh berbelanja setahun sekali untuk mencari buku untuk makanan minda kita.
Apa yang ditunggu lagi, mari kita beramai-ramai ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC Kuala Lumpur.
2 ulasan:
Jom kita ke Pesta Buku Antara Bangsa, Tuan Haji.
Memang berajat nak pegi Tuan Haji. Cuma, tak nampak anak bulan lagi, hari apa nak pegi.
Hari Ahad ni sampai pukul 7 malam masih ada kelas lagi.
Kawan-kawan dah ramai yang pegi:-
1. http://www.kualalumpurbookfair.com/
2. http://www.facebook.com/kualalumpurbookfair
Insya Allah akan sampai, belum tahu hari sahaja.
Catat Ulasan