By Idris Ismail Talu
Pada musim kering dan panas begini - yang dijangkakan akan berakhir sekitar bulan May nanti, alangkah enaknya di waktu petang begini kita menghirup teh atau kopi bersama lemang yang baru siap dimasak.
Terdapat pelbagai cara atau ragam manusia yang sukakan lemang memakan lemangnya, ada yang makan dengan kari atau gulai daging, ada yang memakannya dengan serunding daging atau serunding ikan bilis, malah ada yang suka memakannya dengan gula sahaja!
Tepuk dada, sakit terasa! Peribahasa baru?
©idrisismailtalu@2010
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Khamis, 18 Mac 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
Oleh Helmy Abd Rahman, helmy@hmetro.com.my BANK Islam Malaysia Bhd (BIMB) mengintai peluang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi berpotensi...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
4 ulasan:
Tuan Haji, Lemang di Lipis harganya sangat mahal berbanding zaman Tn Hj.disini dulu. 2 inci panjang harganya satu RM. 2 inci panjang tiga kali cangkuk jalan. Makan dengan rendang tuan haji pastu minum air tapai, baru ada kit.
Tapi sayang, saya udah tak dibenarkan makan pulut. Selamatlah serial, ha ha ha...
Ya Tuan Haji, harga lemang memang dah mahal sungguh la ni. Kawan beli hok dalam gambar tu dua batang, RM14.00.
Kenangkan membakar lemang dalam musim panas kering, beli jugak le. Tuan Haji cerite pasa tapai, kawan teringat tapai di pekan sari Dong masa dulu le, memang cukup sedap - orang Pamah Kulat ke yang membuatnye.Laju kawan makan tapai Dong tu.
Alhamdulillah, kawan boleh makan lemang lagi. Pasa makan ni, orang rumah kawan selalu perli, dia kata, "Orang pompuan perut besar sembilan bulan je!, Orang lelaki sembilan tahun tak surut-surut!"
kat belah sini, lemang yang paling femes ialah lemang kijal ( kemaman trengganu ). Kalau musim raya orang sebut je lemang kijal , mesti berebut punya. Rega tok sah cakaplah sekitar RM 8 hingga RM 12.00 sepuntong.
Endiem - Pasti lemang tu sedap betul. Biasa le, kalau lemang dibakar dengan api yang elok, cukup santan, beras pulut lawa, rendam sampai lembut, mesti sedap punya dan orang tak berkira dengan lemang sedap.
Kalau lemang tanak, masuk dalam buluh, bakar wayang kata orang, dia boleh jual sekali saja le. Lepas tu, orang tak singgah beli dah.
Kalau semua hamba Allah faham bagaimana seksaaan dalam neraka, kita akan jujur dengan semua orang, termasuk pelanggan kita.
Kalau kita dapat dengar apa kata bumi, "Aku heran tengok manusia, cari duit tonggang-terbalik, tak kira halal atau haram, mati masuk dalam perut aku tak bawak apa satu pun, kecuali kain putih!"
Khutbah pagi Jumaat dari saya.
Catat Ulasan