TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Pasar Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pasar Ramadhan. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Julai 2011

1,322 tapak bazar disediakan di Alor Setar

ALOR SETAR 1 Julai - Majlis Bandaraya Alor Setar menyediakan 1,322 tapak bazar Ramadan di 14 lokasi di sekitar pusat bandar termasuk Pokok Sena dan Langgar pada tahun ini.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Khazali Din berkata, bagi penjualan pakaian pula, sebanyak 239 tapak telah disediakan kepada mereka yang mahu menjalankan perniagaan tersebut.

"Waktu menjalankan perniagaan makanan bermula pukul 3 petang dan ia tidak hanya tertumpu kepada bazar Ramadan tetapi premis makanan yang lain juga perlu mematuhi peraturan tersebut.

"Hanya lima premis makanan yang dibenarkan untuk beroperasi sebelum pukul tiga petang iaitu restoran makanan segera seperti McDonald's, Kentucky Fried Chicken (KFC), Kenny Rogers, Pizza Hut dan A&W," katanya di sini baru-baru ini.

Source: Utusan Malaysia Online

Permohonan tapak bazar Ramadan di Johor Bahru dibuka

JOHOR BAHRU 1 Julai - Orang ramai yang berminat berniaga di bazar Ramadan boleh membuat permohonan tapak perniagaan di Yayasan Bandaraya Johor Bahru, Jalan Tun Razak di sini Isnin ini bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Pengurus Eksekutif yayasan itu, Juraidah Hassan berkata, sebanyak 295 petak perniagaan disediakan di 10 tapak iaitu Bukit Kempas, Permas Jaya, Masjid Skudai Kiri, Taman Anggerik, Taman Bukit Mewah, Taman Daya, Taman Kota Puteri, Taman Rinting, Taman Sri Tebrau dan Taman Pandan Batu 7.

"Kadar bayaran yang dikenakan bagi sewaan tapak adalah antara RM135 hingga RM180 bergantung kepada lokasi permohonan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang berminat diminta hadir ke lokasi yang disebutkan dengan membawa salinan kad pengenalan, gambar berukuran pasport, penyata suntikan TY2 dan salinan suntikan tersebut.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Yayasan Bandaraya Johor Bahru di talian 07-2248950

Source: Utusan Malaysia Online

Khamis, 26 Ogos 2010

Hujan Di Pasar Ramadhan

By Idris Ismail Talu

Semalam, 26 August 2010 bersamaan 16 Ramadhan 1431 Hijriah, Pasar Ramadhan Taman Perpaduan, Ipoh telah ditimpa hujan yang agak lebat sejak jam 5.00 petang lagi. Apabila hujan, pelanggan agak berkurangan - tidak ramai yang datang.

Hujan lebat di Pasar Ramadhan Taman Perpaduan, Ipoh.

Namun begitu, para peniaga tetap ceria menerima pelanggan.

Kesian buah petai yang kebasahan ditimpa hujan.

Peniaga air minuman berasaskan airbatu (ice) - agak muram.

Setia menunggu pelanggan yang datang.

Jualan makanan berasaskan mee dan bee hoon baru bermula.

Hujan terus lebat di Ipoh.

Peniaga tetap ceria.

Penjual aneka jenis bubur tetap tekun menanti pelanggan.

http://idristalu.blogspot.com/


Rabu, 25 Ogos 2010

Peniaga Pasar Ramadhan

By Idris Talu
Pada bulan Ramadhan, muncul pelbagai jenis peniaga yang berjualan di Pasar Ramadhan yang muncul di pelbagai tempat. Malah ada yang dari kalangan syarikat perdagangan yang besar juga (dari kalangan bukan Islam) yang turut tumpang sekaki berniaga di Pasar Ramadhan. Di bawah ini sebahagian dari kalangan peniaga-peniaga tersebut.


Menjual pelbagai jenis mee dan sup.
Kelihatan sup daging bercampur tulang.

Peniaga lauk-pauk beserta laksa.

Peniaga pelbagai jenis kueh.

Peniaga ayam panggang.

Kueh pulut panggang pula.

Pelbagai jenis lauk dan ulaman.

Berniaga pelbagai jenis minuman.

Di sini pula, mereka berjual pelbagai jenis buah-buahan.

Peniaga mee, mee hoon dan lauk pauk.

Laksa dan goreng cempedak.

Peniaga pelbagai jenis agar-agar dan puding.

Sahabat ini berniaga pelbagai jenis bubur dan pengat.

Pelbagai jenis minuman dan kueh mueh.

Peniaga minuman cendol.

Peniaga lauk-pauk.

Pelbagai jenis satay yang tercatat hanrganya sekali.

Ini pula menjual pelbagai jenis nasi.

http://idristalu.blogspot.com/

Khamis, 3 September 2009

Pasar Ramadhan - Stadium Perak, Ipoh

By Idris Talu

Beberapa hari yang lepas, penulis dan isteri ke Pasar Ramadhan di tepi Stadium Perak Ipoh. Banyak betul juadah untuk yang berpuasa dan yang tidak berpuasa. Penulis katakan begitu kerana ramai juga pengunjung ke situ terdiri dari mereka yang bukan Islam.

Melihat ayam panggang bergolek ini, meleleh ayo lior kata orang Perak.



"Sayor (lidah Perak) ada, lauk-pauk pun ada," kata penjual di situ.

"Biorle," kata bakal pelanggan!

"Biola, gitar, takde!" kata penjual!

Gulai rebung masak lemak cili api.

Ustaz saya di kampong dulu kata, rebung ni makanan gajah. Yang di depan tu pulak, gulai daging. Daging tu pulak, makanan harimau. Makanan gajah manusia makan, makanan rimau pun manusia balun. Itu yang menyebabkan kadang-kadang terikut-ikut perangai sang gajah dan sang harimau tu!

Sapa kata orang Perak tak kreatif. Kat sini ada "Rendang Tok 1Malaysia". Nanti orang Temerloh pulak buat "Gulai Patin 1Malaysia". Orang Kuala Kangsar mana boleh kalah, "Gulai Temoleh 1Malaysia."

Petai segar dan cantik. Buat sambal tumis dengan udang segar, boleh tersandar lepas berbuka nanti.

Suasana di Pasar Ramadhan di tepi Stadium Perak, Ipoh.

Ramai jugak pengunjungnya.

Dari Stadium Perak untuk balik ke rumah penulis di Taman Meru, penulis gunakan jalan sisi Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Jelapang. Jalan lapan lorong itu cukup selesa.



Jalan raya menuju rumah penulis di Taman Meru.

Sejak lorong tambahan di lebuhraya ini mula digunakan, tidak ada lagi kesesakan bila nak pulang ke rumah. Semoga di musim perayaan nanti, kesesakan lalulintas di sini berkurangan.

©IdrisTalu@2009

Isnin, 24 Ogos 2009

Medan Gopeng - Pasar Ramadhan

By Idris Talu

Ahad 23 Ogos 2009

Penulis dan isteri jalan-jalan di Pasar Ramadhan Medan Gopeng, Ipoh. Nampaknya semua juadah yang dijual di situ cukup menyelerakan.

Kalau tidak sabbara (sabar) rasanya nak dibeli semuanya. Bila tengok ke perut penulis, walau pun agak gendut juga, rasanya tak terisikan.

Isteri penulis selalu menyindir, wanita berperut besar sembilan bulan saja, lepas tu normal balik, orang lelaki dah sembilan tahun boroi pun tak normal balik!

Kesian orang lelaki yang gendut perutnya.

Kalau nampak gulai asam keladi, penulis tak upaya nak menolak, favorit.



Macam-macam ada! Macam bunyi iklan pulak. Gulai rebung cili api - pecah air liur macam tengok buah kelubi.

Tapai ubi kayu - cuuuur lagi air liur.

Waaaah.... Nasik ulam, pedas ada, pahit ada, macam-macam rasa!

Nampak macam pulut tanak - gu dengan rendang tok. Pulut tu ada warna warni pulak, macam lagu "Warna-Warna Malaysia".

Kerabu mempelam campur betik mengkal campur sikit karot.

Kerabu jantung pisang - oarng putih kata apa? Banana blossom salad?

Satu lagi jenis kerabu - menurut penjualnya, campuran pucuk betik, pucuk ubi kayu, sedikit jantung pisang. Lazat.......

Di sini ada macam-macam kerabu...................

Ketupat pulut daun palas.

Dipaketkan dengan lauknya sekali.

Banyak juga ketupat daun palas ni..................

Lagi ketupat pulut daun palas......

Rendang tok.......

Rendang jugak........................



Beginilah keadaan Pasar Ramadhan Medan Gopeng..............................

Sesak dengan pembeli..........................

Lebih jelas pengunjungnya.......................



©IdrisTalu@2009

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran