Pucuk ubi kayu @ pucuak parancih.
Pucuk
ubi kayu telah menjadi sajian masyarakat kita sejak zaman berzaman. Di
Minangkabau, pucuk ini dikenali sebagai “pucuak parancih” (= pucuk perancis).
Masyarakat
kita paling gemar merebusnya dan dimakan dengan nasi bertemankan sambal lada,
samada bercampur isi ikan bakar atau tempoyak. Di Kelantan, rebusan pucuk ubi
ini dimakan dengan budu.
Ada
juga yang gemar membuat gulai lemak pucuk ubi bersantan pekat, bertemankan ikan
bilis atau tulang ikan masin. Selalu juga ianya dimasak gulai tempoyak
bercampur dengan petai.
Kepada
peminat kerabu, pucuk ubi kayu rebus sering dibuat kerabu – terutamanya di
dalam bulan Ramadhan.
Walaupun
digemari ramai, ada pihak yang menyatakan bahawa pucuk ubi kayu ini ada
mengandungi sianida, bahan kimia yang boleh mengganggu kesihatan badan jika
dimakan berterusan.
Dikatakan
juga, untuk mengurang kadar bahan sianida ini, seeloknya pucuk ubi kayu ini
dibersihkan dahulu, selepas itu dipotong-potong dan direndam di dalam air
bersih, supaya bahan kimia tersebut dapat keluar dan terlarut di dalam air itu.
Selepas
itu, barulah pucuk ubi kayu ini diolah untuk dijadikan makanan.
2 ulasan:
memang suka sgt dengan pucuk ubi.. tp memang betul tak boleh ambil terlalu kerap.. org tua2 kata byk angin.. hehe.. bahasa sainsnya sianida ye... lain kali kena ikut petua yg tuan kongsikan sebelum direbus.. t.kasih ye...
kambing pun suka makan..kena jemur dulu pada panas matahari dua tiga hari..
kalau skit takpe la..
Catat Ulasan