12 Disember 2012
PUTRAJAYA - Orang Melayu di
negara ini perlu menyesuaikan diri dengan perubahan dan memberi penekanan
terhadap sistem nilai kerja keras,
jujur dan disiplin sebagai
kunci untuk berjaya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri
mengaku selama menjadi perdana menteri bagi tempoh 22 tahun, beliau telah gagal
untuk menukar cara berfikir orang Melayu.
"Mengubah karakter
orang Melayu adalah tugas yang amat sukar. Bagaimanapun, saya tidak gagal 100
peratus. Saya tetap berjaya mengubah cara berfikir, banyak juga orang Melayu
kini sudah berjaya.
"Saya percaya kejayaan
atau kegagalan seseorang itu, masyarakat dan negara adalah bersandarkan kepada
sistem nilai. Jika sistem nilai sesebuah masyarakat itu mengutamakan kerja
keras, jujur dan disiplin, dengan itu, ini adalah tiga perkara yang akan
menjadikan anda berjaya.
"Sebab itu kenapa, saya
cuba menjelaskan kenapa anda perlu berubah, dan ini tidak akan menjadikan anda
kurang ciri keMelayuan, hanya kerana anda bekerja keras, bersikap jujur dan
berdisiplin," katanya pada Siri Syarahan Perdana ke-15 bertajuk 'Masa Depan Tindakan Afirmatif' di
Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Sementara itu, Dr Mahathir
berkata tindakan afirmatif perlu diteruskan untuk meningkatkan kapasiti ekonomi
dan merapatkan jurang sosial di negara ini.
Bagaimanapun, katanya
tindakan afirmatif perlu ditarik balik secara perlahan-lahan untuk membolehkan
orang Melayu menjadi lebih berdaya saing dalam berkongsi 'kepingan lebih besar
pai ekonomi'.
"Tindakan afirmatif
bukannya keistimewaan kekal atau simbol status tinggi bagi orang Melayu dan
Bumiputera.
"Tindakan afirmatif
patut dianggap sebagai tongkat sementara untuk membolehkan anda bergerak ke
depan dan akhirnya kami perlu buang tongkat itu
apabila kami yakin yang
orang Melayu boleh bersaing dalam pasaran tanpa sebarang tongkat,"
katanya.
Bagi mengkayakan lagi orang
Melayu, bagi tempoh itu, Dr Mahathir berkata, elemen tertentu tindakan
afirmatif perlu dikekalkan, termasuk biasiswa,
kelulusan lesen permit dan
kontrak kepada mereka yang berwibawa.
Beliau menyangkal dakwaan
pembangkang bahawa tindakan afirmatif
telah disalahgunakan untuk mengkayakan kroni-kroni kerajaan.
Sementara itu, Pengerusi
Lembaga Amanah Tan Sri Azman Hashim melancarkan buku bertajuk 'Perdana
Discourse Series Keynote Speeches by Tun Dr Mahathir Mohamad', pada majlis itu.
Berharga RM30 senaskhah,
buku itu memuatkan 10 ucaptama Dr Mahathir sepanjang Siri itu, dan soalan dan
jawapan terpilih daripada syarahan terdahulu.
Siri Syarahan Perdana
bermula pada Ogos 2004, apabila Dr Mahathir membincangkan topik pertama
mengenai 'Perpaduan Negara'. Syarahan lain dalam siri itu menyentuh topik
seperti Kedaulatan Negara, Media dan Pembangunan Negara dan Kestabilan Politik.
- Bernama
Sumber: Sinar HarianMalaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan