TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Selasa, 27 November 2012

Zambry - Pelan bangunkan Lenggong


Wartawan Sinar Harian
25 November 2012

GERIK - Kerajaan Negeri meminta pihak berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) supaya merangka pelan pembangunan kawasan Lenggong selepas ia diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, terdapat dua kawasan bertaraf dunia di Hulu Perak yang mana satu daripadanya adalah kawasan Belum yang merupakan antara Hutan Hujan Tropika terpelihara.
 Masjid Jame' Lenggong.
Menurutnya, selain itu Kerajaan Negeri turut mengisytiharkan kawasan Lenggong sebagai tapak warisan dunia yang telah diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

“Berdasarkan dua perancangan besar ini, satu telah dibangunkan melalui pelan bertindak oleh NCIA dan terbaru kita mengarahkan NCIA supaya dapat bersama-sama merangka kawasan Lenggong.

“Selain itu, usaha pembangunan kawasan itu turut dibantu Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK),” katanya kepada media selepas Program Walkabout Bersama Menteri Besar di Daerah Hulu Perak, kelmarin.

Pada 1 Julai lalu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama, Dr Rais Yatim mengumumkan Lembah Lenggong diiktiraf secara rasmi sebagai tapak warisan dunia oleh Unesco.

Rais berkata, penemuan bersejarah dari tapak arkeologi di situ membuktikan ia penempatan manusia dari zaman Paleolitik dan juga sebagai satu penonjolan dunia oleh Unesco.

 Pejabat Pos Lenggong.
Mengenai lawatan ke Daerah Hulu Perak, Zambry berkata, beliau berpuas hati dengan aspek pembangunan dan gerak kerja yang dilaksanakan oleh semua wakil rakyat di daerah itu.

“Saya melihat ini adalah dua kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan berdasarkan tinjauan yang kita buat, respons rakyat di kawasan ini adalah begitu baik sekali,” jelasnya.

Pada kunjungan itu, beliau turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM615,000 bagi melaksanakan pelbagai projek infrastruktur di Parlimen Lenggong, antaranya membina jambatan dan jalan di Kampung Sawa.

Terdahulu, Zambry yang turut diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Puhat Nayan dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Gazali Jalal telah menghadiri Majlis Penyerahan Hak Milik Dan Bantuan Bencana Di Kampung Sawa, Kenering.


1 ulasan:

Al-Manar berkata...

Saya tertanya2 kalau ada hubung kait pokok lambuk dengan bubur lambuk terutamanya di Terengganu

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran