By Idris Ismail Talu.
Setelah selesai majlis bacaan doa selamat di rumah adik penulis di Jelebu, keesokan harinya kami pun bertolak balik ke Ipoh.
Dalam perjalanan balik, kami singgah di rumah Asiah & Irwan (anak & menantu adik penulis) di Desa Pinggiran Putra. Kami menikmati makan tengahari istimewa di rumah Asiah & Irwan. Terima kasih Asiah & Irwan - masak macam ini, paklong dengan maklong kena datang selalulah.
Setelah kekenyangan, kami bertandang ke rumah Haji Abd Jalil (biras adik penulis) di kawasan berdekatan juga.
Di rumah Haji Abd Jalil, isterinya (ipar adik penulis) telah menyediakan masakan mee kari istimewa pula. Lepas makan semua tersandar kekenyangan. Terima kasih juga kepada Haji Abd Jalil dan isterinya yang memberikan layanan istimewa kepada kami dari Ipoh.
Selepas makan kami bergambar beramai-ramai. Di rumah Asiah & Irwan tadi lupa nak mengambil gambar. Kamera pun tertinggal, bersusah payah Asiah & Irwan menghantarnya.
Akhir sekali terima kasih kepada Asiah & Irwan yang menghantar paklong & maklong sampai ke highway untuk pulang ke Ipoh.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
Mekah & Madinah 1428H/2007 By Idris Talu Ziarah Wida' Dan Subuh Terakhir Di Madinah Sebelum Balik Ke Malaysia. Inilah saat yang pali...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
SIRI wang kertas dan syiling baharu yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia, di Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 21 Dis. - Bank Nega...
-
Sumber: Berita Harian Malaysia Online. Tarikh: 2010/08/16 PUTRAJAYA: Seramai 30 warganegara China yang sedang menuntut di Universiti Islam A...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Tepak Sirih - Di Muzium Adat Kuala Klawang By Idris Talu Gambar-gambar - Ihsan Muzium Adat Kuala Klawang Tepak sirih mempunyai peranan ya...
-
Di majlis jamuan hari raya di rumah Dato' Hasbullah Osman di Ipoh baru-baru ini. Dari kiri, penulis, cikgu Hatta, Dato' Hasbullah, D...
-
By Idris Talu Buah yang agak jarang boleh ditemui. Di kampung penulis, ianya dikenali dengan nama "gucil". Di tempat lain, penu...
-
By Idris Ismail Talu Nama botaninya ialah Curculigo Latifolia dari keluarga Amaryllidaceae. Lemba juga dikenali sebagai pinang puyuh, nyior...



Tiada ulasan:
Catat Ulasan