TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Khamis, 9 Disember 2010

Lenggong destinasi pelancongan

LENGGONG: – Buat julung kalinya Lenggong Joran dan Expo Perikanan Lenggong akan diadakan di Tasek Raban Lenggong pada 10 hingga 12 Disember ini.

Program itu dianjurkan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong dengan sokongan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; Kementerian Pelancongan; Majlis Daerah Lenggong; Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Tampan dan mendapat kerjasama pelbagai agensi di bawah Kementerian Pertanian Industri Asas Tani serta jabatan peringkat daerah.

Program ini bertujuan menjadikan kawasan itu sebagai destinasi pelancongan khususnya kepada aktiviti memancing dan agropelancongan.

Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, program itu dijangka akan menarik pelbagai lapisan kaki pancing kerana ia diuruskan oleh Persatuan Pemancing Malaysia (PeMP) sebagai urus setia Teknikal Lenggong Joran.

Menurutnya, dengan penganjuran program itu, beliau yakin ia mampu melonjakkan nama Tasek Raban Lenggong terutama dari segi pelancongan.


"Program ini akan dimeriahkan lagi dengan aktiviti memancing, sukan air, pertandingan bintang kecil, forum perdana, Lenggong Trithlon, memasak, gubahan dan pelbagai lagi," katanya.

Shamsul Anuar berkata, orang ramai juga berpeluang melihat pelbagai pameran yang disediakan oleh agensi kerajaan dan gerai jualan produk terutama melibatkan industri perikanan.


"Ekspo ini akan diuruskan oleh Jabatan Perikanan Negeri dan Lembaga Pemasaran Pertanian Negeri (Fama) serta agensi lain," katanya.

Manakala, setiausaha program, Redzuan Amir Hamzah berkata, diharap penganjuran program itu akan menarik perhatian orang ramai untuk datang ke Lenggong.:

Menurutnya, program itu turut menawarkan pelbagai hadiah cabutan bertuah antaranya, motosikal dan bot memancing.

“Manakala pemancing yang menang bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM29,100.

“Pelancaran program ini akan disempurnakan oleh Menteri Pertanian Industri Asas Tani pada Sabtu ini, jam 4 petang dan penutup oleh Timbalan Menteri Pelancongan pada Ahad, jam 2 petang,” katanya.

Redzuan berkata, pada program itu, laman sesawang pelancongan Lenggong dan Pusat Informasi Pelancongan Lenggong akan dilancarkan.

"Diharap projek yang diusahakan oleh Majlis Daerah Lenggong dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Lenggong dan Institut Skill-Tech yang diberi tanggungjawab mempromosi Lenggong melalui laman sesawang akan dibangunkan.


“Ini kerana Lenggong mempunyai pelbagai produk agropelancongan, warisan sejarah, tempat rekreasi, produk dan makanan yang berpotensi menjadi tarikan utama kawasan berkenaan,” katanya.

Source: Sinar Harian Malaysia Online

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran