TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Khamis, 2 Disember 2010

Kaya hanya melalui memberi ucapan

SEPERTI seorang penyanyi, pemidato tidak kira ahli politik atau ahli perniagaan, apa yang meluncur dari mulut mereka mampu mendatangkan duit.

Berapa banyak mereka dibayar sekadar untuk berucap kadang-kala ia menjangkau daripada yang kita sendiri jangkakan.

Orang ramai sanggup mengeluarkan wang hanya sekadar untuk mendengar individu-individu hebat ini berucap.

Melihat kepada jumlah pendapatan yang diperoleh mungkin selepas ini ada yang ingin beralih arah ke bidang ucapan umum. Berikut 10 individu yang menerima bayaran tertinggi untuk berucap

Donald Trump - RM3 juta- RM4.6 juta.

Pada 2006 hingga dan 2007, Learning Annex membayar taikun hartanah terkenal ini sebanyak RM3.5 juta bagi setiap satu ucapan di 17 seminar sempena expo hartanah anjuran syarikat tersebut. Trump hanya perlu berucap selama sejam tetapi penonton berkata wang yang dikeluarkan berbaloi kerana dia menjawab setiap soalan penonton.

Ronald Reagan - RM3.1 juta.

Pada 1989, Fujisankei Communications Group di Jepun membayar bekas Presiden Amerika Syarikat itu sebanyak RM2.5 juta bagi satu ucapan. Jumlah tersebut dianggap tidak keterlaluan kerana Reagan telah berkongsi rahsia dan pengalamannya dalam perniagaan dan ketika menjadi presiden dengan syarikat tersebut yang ketika itu terdesak mendapatkan bantuan perhubungan awam. Kehadiran Reagan telah membantu menaikkan semula reputasi syarikat tersebut dan negara Jepun umumnya.

Tony Blair - RM1.9 juta

Dengan bayaran sebegitu untuk sebuah ceramah Blair dianggap sebagai antara penceramah yang dibayar paling tinggi di dunia. Pada 2009 beliau memperoleh hampir RM 2 juta bagi satu ucapan selama dua setengah jam yang disampaikan di Filipina - bermakna lebih RM31,000 untuk seminit.

Bill Clinton - RM465,000 - RM1.39 juta.

Bukan sesuatu yang luar biasa bagi bekas Presiden AS ini untuk meraih lebih setengah juta ringgit untuk satu ucapan. Clinton telah dipanggil sebagai penceramah dalam pelbagai acara di seluruh dunia daripada isu alam sekitar, perniagaan hingga kepada kempen kesedaran HIV/AIDS dan pembangunan kepimpinan. Karisma dan kelebihan yang sama itulah yang membantunya dipilih sebagai presiden selama dua penggal.

Rudy Guiliani - RM837,000

Dulu berjuta-juta penduduk New York dapat mendengar ucapan Guiliani secara percuma ketika beliau menjadi datuk bandar kota raya itu. Kini setelah bersara, ucapannya sudah tidak semurah itu, malah sejak memegang jawatan lagi pendapatan beliau hampir RM31 juta hasil daripada bayaran untuk berucap. Bayaran paling tinggi mencecah RM672,000 ketika berucap di Sage Capital, sebuah firma ekuiti.

Alan Greenspan - RM775,000

Bekas Pengerusi Badan Simpanan Persekutuan AS ini meraih pendapatan lumayan dengan berucap selepas beliau bersara. Hanya seminggu selepas bersara, Greenspan berucap di majlis makan malam konglomerat terkenal AS, Lehman Brothers dengan meraih RM775,000.

Lance Armstrong - RM310,000 ke atas

Jaguh lumba basikal ini muncul sebagai pemidato utama selepas beliau menjadi inspirasi kepada ramai orang atas kejayaannya melawan penyakit barah yang dihidapi dan kemunculan semula dalam sukan tersebut seterusnya menjuarai kejohanan berprestij, Tour de France.

Beliau dibayar lebih RM300,000 untuk muncul dalam sesuatu majlis, malah terdapat khabar angin bayarannya mencecah RM2.3 juta untuk siri ucapan di beberapa negara pada tahun lepas.

Al Gore - RM310,000 - RM465,000

Meraih populariti ketika menjadi Naib Presiden AS dan bertanding untuk jawatan Presiden. Beliau kini terkenal sebagai aktivis yang menentang pemanasan global dan aktivis alam sekitar.

Richard Branson - RM310,000 ke atas

Taikun perniagaan ini terkenal di seluruh dunia melalui syarikat rakaman dan penerbangannya serta idea pelan perniagaan yang luar biasa. Jika anda ingin menjemputnya untuk berucap di majlis anda, bersedialah dengan bayaran sekurang-kurangnya RM310,000 walaupun khabar angin menyatakan bayaran untuknya lebih tinggi daripada jumlah itu.

Sarah Palin, RM310,000 ke atas.

Beberapa tahun lalu tidak ramai orang di luar Alaska (tempat asal Palin) mengenali wanita ini. Tetapi selepas dia bertanding kerusi Naib Presiden Amerika Syarikat beberapa tahun lalu telah menaikkan nama dan nilai ucapannya. Sejak melepaskan jawatan sebagai gabenor, Palin telah meraih pendapatan hampir RM37 juta melalui royalti buku, bayaran ceramah dan realiti TV.

Source: Utusan Malaysia Online

Tiada ulasan:

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran