SEPANG 1 Dis. - Seramai 45 pelajar sekolah menengah yang terpilih dari seluruh negara menjadi perintis bagi mempromosikan pakej pelancongan koperasi sekolah Malaysia ke Tokyo di bawah program Pelancongan Antarabangsa Koperasi Sekolah (PAKS).
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Prof. Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum berkata, pelajar itu berlepas ke negara matahari terbit itu kelmarin dan akan menjadi duta kecil negara untuk menarik minat pelajar atau pelawat datang ke sini.
Menurutnya, pendekatan itu secara tidak langsung dapat memperkenalkan gerakan koperasi sekolah ke peringkat antarabangsa.
"Di Tokyo, para pelajar itu akan ditempatkan bersama keluarga angkat dan mereka ini berpeluang mengikuti program yang telah diaturkan untuk memahami budaya masyarakat Jepun.
"Sehubungan itu, para pelajar dibekalkan dengan buku kecil dan cakera padat video (VCD) tentang PAKS dengan sarikata bahasa Jepun mengenai koperasi sekolah negara untuk diedarkan dan diterangkan kepada keluarga angkat dan sekolah yang dilawati," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran PAKS di Hotel Empress di sini semalam.
Hadir sama, Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah dan Naib Presiden Angkasa, Armi Zainuddin.
Program tersebut merupakan lanjutan kepada program Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) yang telah mula dilaksanakan di lebih 200 buah koperasi sekolah sejak tahun 2004.
Mohd. Ali berkata, pihaknya bersedia menerima lawatan balas dari Tokyo sekiranya mereka tertarik untuk datang ke negara ini untuk mempelajari bidang koperasi sekolah.
Menurut beliau, pihaknya bersedia untuk berkongsi maklumat dan memberikan tunjuk ajar berdasarkan sistem pengurusan sistematik dan teratur yang diguna pakai selama ini.
"Singapura, Iran dan Indonesia sebelum ini sering kali berhubung dengan kita untuk mempelajari sistem koperasi sekolah untuk dijadikan rujukan," katanya.
Dalam pada itu, pelajar Sekolah Seri Puteri, Farah Batrisya Samsul Kamal, 16, yang terpilih mengikuti program tersebut berasa gembira kerana berpeluang untuk menjelaskan program koperasi sekolah kepada pelajar-pelajar di Jepun nanti.
"Saya gembira kerana diberikan peluang untuk mengikuti program ini," katanya.
Bagi Sofia Maizura Mohd. Yunus, 16, dari sekolah yang sama pula berkata, peluang yang ada tidak akan disia-siakan untuk menimba pengalaman menjadi seorang duta kecil dalam mempromosikan negara.
Source: Utusan Malaysia Online
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Ismail Talu. Lampu minyak tanah @ pelita minyak gas. Pelita minyak tanah ini banyak digunakan terutamanya di rumah-rumah kampong di...
-
By Idris Talu Akar tunjuk langit? Yang satu lagi, buah tunjuk langit? Ramai juga yang agak keliru dengan dua jenis herba ini, kerana ked...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Perjuangan Bangsa Mempertahankan Tulisan Jawi Source: Utusan Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan