Sumber: Harian Metro Malaysia Online.
Ditulis Oleh: Norainon Othman, norainon@hmetro.com.my
Tarikh: 2010/06/28
SUBANG JAYA: “Orang akan memperlekeh apabila bercakap mengenai masakan, tetapi perlu difikir sama ada masak untuk jadi jutawan atau masak untuk makan.
“Orang akan tanya masak apa yang sedap, tetapi tidak tanya masak apa yang untung. “Walaupun kerja yang dilakukan itu remeh, ia akan menghasilkan sesuatu di luar jangkauan melalui strategi yang tepat,” kata jutawan senyap, Datuk Dr Rusli Abdullah atau Chef Li.
Pengasas Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara (Itkau) itu antara tujuh panel jutawan yang mendedahkan rahsia kejayaan mereka di Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan II anjuran Peoplepreneur Business School (PBS) di Hotel Grand Dorsett, di sini, kelmarin.
Program dua hari bagi merapat dan membentuk satu jaringan perniagaan terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara itu turut dijayakan Datuk Dr Azman Ching (mentor jutawan), Dr Azizan Osman (jutawan minda), Datuk Maznah Hamid (jutawan usahanita dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce), Dr Irfan Khairi (jutawan internet), Billi Lim (jutawan berani gagal) dan Abang Abu (jutawan kewangan dan Ketua Pegawai Eksekutif Now Asia).
Pengasas Peoplelogy Community Sdn Bhd, Allen Lee, berkata konvensyen kali kedua dihadiri 300 peserta itu bagi memperkasa kapasiti modal insan usahawan terutama meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan dan pelbagai bentuk kemahiran seperti teknologi maklumat dan komunikasi serta keusahawanan.
Menurutnya, tiga elemen penting diperlukan dalam perniagaan iaitu ilmu, mentor dan jaringan didedahkan oleh tujuh jutawan berkenaan yang berkongsi rahsia kejayaan mereka dengan peserta program.
“Konvensyen ini dilihat mampu memberikan wadah berkesan kepada usahawan meningkatkan keupayaan perniagaan mereka. Ia bagi meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Malaysia, khususnya perusahaan kecil dan sederhana dimiliki oleh kebanyakan masyarakat dan komuniti kami,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Operasi Dari Kosong Sampai Jutawan, Mashendi Darham, berkata, sambutan terhadap program berkenaan begitu memberangsangkan dan memberi kesan positif kepada peserta.
“Jika ramai berjaya dengan cara sukar dan mengambil masa puluhan tahun, kita permudahkan dan jimatkan masa untuk tujuan sama. “Belajar daripada yang pakar, jadikan mereka mentor, jangan ulangi kesalahan mereka tetapi gunakan strategi, teknik dan taktik yang terbukti berkesan untuk kita mencapai kejayaan. Kekayaan atau kemiskinan adalah pilihan. Kuncinya ialah tindakan selepas memperoleh semua yang diperlukan untuk berjaya,” katanya.
Source: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tujuhjutawankongsikejayaan/Article/index_html
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu. Selepas kita membakar sampah dan dedaunan kering di kebun, biasanya tidak lama selepas itu, anak-anak pokok pucuk mera...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
By Idris Talu Akar tunjuk langit? Yang satu lagi, buah tunjuk langit? Ramai juga yang agak keliru dengan dua jenis herba ini, kerana ked...
2 ulasan:
penah baca buku chef li...mmg mudah sebenarnya untuk menjadi jutawan mengikut tips yg dia berikan,masalahnya nak dgn tidak je....takut untuk bersaing dan terlalu memikirkan risiko juga antara penyebab ramai yg malas berusaha dan gagal!!termasuk saya la tu...hehehe....
Di Fakulti Perniagaan di mana-mana universiti pun, jarang kita temui pensyarahnya terlibat dengan perniagaan. Mereka hanya mengajar ilmu perniagaan.
Harapan kita, ramai dari anak-anak kita yang berani seperti Chef Li dan mereka yang berjaya.
Catat Ulasan