By Idris Talu
Semasa berhari raya di Lenggong dan Gerik baru-baru ini, dalam perjalanan balik ke Ipoh, penulis dan keluarga singgah di beberapa tempat.
Penulis mengambil jalan lama melalui pekan Lenggong, melalui Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Said (dulu dikenali sebagai SMDA). Di tepi sungai di Kampong Chain (disebut "ca in", bukan macam menyebut chainsaw). Kalau ejaan jawi, cha alif amzah ain ya nun. Kalau penulis silap, harap ada yang boleh betulkan.
Surau lama Kampong Chain ini banyak sejarahnya. Menurut arwah Pak Tinggi penulis (orang Patani di Kampong Teluk Batu, Kampong Bukit dan Kampong Masjid Lama, Lenggong; banyak pakai gelaran Pak Tinggi dan Pak Rendah) - ramai orang Melayu yang jadi mangsa Bintang Tiga semasa Bintang Tiga meraja-lela dulu, dimandikan di dalam sungai di tepi surau tersebut, dikapankan dengan tikar sahaja dan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran.
Ramai anak-cucu mangsa-mangsa tersebut yang sudah lupa peristiwa berdarah dahulu, kerana malas nak ambil tahu, segan membaca, atau lena dengan hedonism. Biasanya orang yang lupa pada sejarahnya akan mengulangi sejarah orang yang terdahulunya. Noktah!
Di tepi sungai tersebut, penulis terlihat sebuah gerai jualan menjual buah-buahan. Kali ini nampaknya musim timun betik atau timun suri yang lembut dan lazat itu di Lenggong. Penulis membeli beberapa kilogram untuk dibawa balik ke Ipoh.

Pintu masuk ke R & R Sungai Perak Arah Selatan.

Lebuhraya raya kita kelas dunia, R & R kita kelas dunia, tempat letak kereta kita kelas apa?
Seolah-olahnya seperti orang beristeri cantik, berumah cantik, berbilik air cantik, bertandas cantik, tapi melepas di bawah pokok betik di tepi verandah. Betul-betul unsangkarable! (tidak disangka-sangka).

Really unsangkarable!

©IdrisTalu@2009
2 ulasan:
salam tuan haji, Cikgu Hasbullah itu member lama tuan haji ker? bekas cikgu saya dah bergelar datuk, dengar certa berkerja dengan TPM sekarang.....
Wa'alaikumussalam,
Begitulah - sahabat lama. Seorang yang begitu komited kepada kerjanya. Saya tak terikut dengan gaya kerjanya, dia boleh terlena atas keyboard pc, terjaga boleh sambung kerja terus.
Dialah yang bagi semangat kepada saya dan arwah Cikgu Nasa supaya belajar komputer dalam tahun 80an dulu. Kalau tidak, saya masih alergik lagi dengan komputer.
Kalau saya tidak ada halangan besar, saya akan hadir ke majlis dia.
Kita tumpang bahagia tengok sahabat-sahabat kita berjaya dalam career masing-masing.
Wassalam.
Catat Ulasan