TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan

Ahad, 12 Februari 2012

Universiti Indonesia sedia pelihara hubungan dengan Malaysia

Tarikh & masa: 08/02/2012 6:19pm

JAKARTA 8 Feb. - Universiti Indonesia (UI) bersedia membantu menubuhkan sebuah jawatankuasa bersama Malaysia-Indonesia bertujuan memelihara dan membina hubungan dua hala yang lebih baik antara kedua-dua buah negara.

Jawatankuasa bersama itu yang dicadangkan dianggotai oleh ahli akademik, media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wakil kerajaan dari kedua-dua negara, diyakini dapat memain peranan berkesan menyelesaikan masalah yang sering mengganggu hubungan antara kedua pihak.

Dekan Fakulti Ilmu Pengetahuan Budaya UI, Dr. Bambang Wibawarta berkata, beliau pernah mengemukakan cadangan penubuhan jawatankuasa itu kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim tidak lama dulu.

Beliau percaya jawatankuasa itu dapat mewujudkan sinergi mencipta jaringan pertukaran maklumat tepat mengenai kedua-dua negara sehingga boleh memelihara hubungan harmoni di peringkat rakyat.

"Dalam jawatankuasa bersama ini, kita boleh duduk mencari penyelesaian membantu pemimpin kedua-dua negara menimbulkan kesedaran baru tentang pelbagai hal melibatkan Malaysia dan Indonesia," katanya.

Hubungan Malaysia dengan Indonesia, kata Bambang, meliputi pelbagai aspek penting dan secara perbandingan berbeza dengan hubungan dengan negara-negara lain.

Katanya, aspek hubungan yang sangat penting antara kedua-dua negara itu termasuklah di bidang ekonomi, budaya, sosial dan pertahanan. – BERNAMA.

Source: Utusan Malaysia Online.

Rabu, 8 Februari 2012

Universiti Indonesia sedia pelihara hubungan

Tarikh & masa: 08/02/2012 6:19pm

JAKARTA 8 Feb. - Universiti Indonesia (UI) bersedia membantu menubuhkan sebuah jawatankuasa bersama Malaysia-Indonesia bertujuan memelihara dan membina hubungan dua hala yang lebih baik antara kedua-dua buah negara.

Jawatankuasa bersama itu yang dicadangkan dianggotai oleh ahli akademik, media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wakil kerajaan dari kedua-dua negara, diyakini dapat memain peranan berkesan menyelesaikan masalah yang sering mengganggu hubungan antara kedua pihak.

Dekan Fakulti Ilmu Pengetahuan Budaya UI, Dr. Bambang Wibawarta berkata, beliau pernah mengemukakan cadangan penubuhan jawatankuasa itu kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim tidak lama dulu.

Beliau percaya jawatankuasa itu dapat mewujudkan sinergi mencipta jaringan pertukaran maklumat tepat mengenai kedua-dua negara sehingga boleh memelihara hubungan harmoni di peringkat rakyat.

"Dalam jawatankuasa bersama ini, kita boleh duduk mencari penyelesaian membantu pemimpin kedua-dua negara menimbulkan kesedaran baru tentang pelbagai hal melibatkan Malaysia dan Indonesia," katanya.

Hubungan Malaysia dengan Indonesia, kata Bambang, meliputi pelbagai aspek penting dan secara perbandingan berbeza dengan hubungan dengan negara-negara lain.

Katanya, aspek hubungan yang sangat penting antara kedua-dua negara itu termasuklah di bidang ekonomi, budaya, sosial dan pertahanan. – BERNAMA.

Source: Utusan Malaysia Online.

Khamis, 27 Oktober 2011

Malaysia meterai perjanjian US$10 bilion dengan China

27/10/2011 5:05pm

NANNING 27 Okt. - Malaysia menandatangani perjanjian kerjasama ekonomi bernilai AS$10 bilion (AS$1 bersamaan RM3.10) dengan China semasa dialog rundingan meja bulat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin korporat terpilih China pada Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) kelapan, yang baru berakhir.

Setiausaha Agung Sekretariat CAEXPO Zheng Junjian bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenainya.

Dialog meja bulat pada 21 Oktober, satu program khas untuk Malaysia selaku Negara Kehormat, bermatlamat membangunkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dan Malaysia dalam semua bidang.

Najib turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara usahawan Malaysia dan China.

Ia termasuk kontrak kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan antara KLS Energy Sdn Bhd dan China Machinery Engineering Corp untuk projek tenaga hibrid angin/solar di Jaffna (Sri Lanka) serta JAKS Resources Bhd dan China National Technical Import and Export Corp untuk melaksanakan projek loji tenaga termal di Vietnam. Projek lain ialah Perak Transit (The Combined Bus Services Sdn Bhd) dan Xiamen King Long United Automative Industry Co Ltd selain perjanjian antara Proton Marketing Sdn Bhd dan Hawtai Motor Group.

Beliau berkata, pelbagai program yang diatur oleh Malaysia mencatat keputusan positif.

"Ia termasuk pertemuan sambil bersarapan pagi antara Najib dan Perdana Menteri China Wen Jiabao yang menjurus kepada pemeteraian projek Taman Perindustrian Malaysia-China Qinzhou, selain dialog meja bulat.

"Program-program ini membuahkan hasil yang positif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan CAEXPO kelapan, yang berlangsung dari 21 hingga 26 Oktober 2011.

Sementara itu, Malaysia memenangi tiga anugerah pada CAEXPO — Anugerah Organisasi Pameran Terbaik; Anugerah Organisasi Pembelian Terbaik; dan Anugerah Peringatan Negara Kehormat.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia ialah penganjur Pavalion Malaysia pada CAEXPO. – Bernama

Source: Utusan Malaysia Online.

Isnin, 24 Oktober 2011

Malaysia bakal jadi ekonomi digital menjelang 2020

24/10/2011 3:55pm

KUALA LUMPUR 24 Okt – Malaysia berada di landasan yang betul ke arah menjadi sebuah ekonomi digital menjelang 2020 susulan permintaan kukuh bagi teknologi baharu, kata Nielsen, penyedia analisis dan maklumat global utama.

Teknologi baharu mendapat sambutan yang tinggi ketika rakyat Malaysia bersedia bagi perubahan seperti yang ditunjukkan dalam Laporan Pengguna Digital Malaysia 2011, kata pengarah perkhidmatan pelanggan, penyelidikan khusus Nielsen Malaysia, Luca Griseri.

Program transformasi digital Malaysia akan mengubah tingkah laku pengguna, katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran laporan itu di sini, hari ini.

Griseri berkata, laporan itu mendedahkan bahawa kadar pembelian telefon pintar dan komputer tablet meningkat dengan pesat di Malaysia, dan justeru itu industri perlu memastikan akses yang mudah bagi peranti-peranti ini.

"Pemilikan telefon pintar dijangka berganda dalam tempoh 12 bulan akan datang mencapai 89 peratus daripada 48 peratus ketika ini, manakala komputer tablet dijangka mencecah 75 peratus daripada 18 peratus ketika ini,” katanya.

Laporan Pengguna Digital Malaysia 2011 mengkaji aliran teknologi dan Internet dalam pola penggunaan dan pembelian di masa depan di pasaran Malaysia. – Bernama

Source: Utusan Malaysia Online.

Selasa, 18 Oktober 2011

Sentimen serumpun tapi satu pihak kena mengalah

Oleh IRMAN HASHIM
(Yang mengikuti Seminar Internasional Pemerkasaan Persaudaraan Dua Bangsa Serumpun di Medan baru-baru ini)

PERSAUDARAAN dua bangsa Malaysia dan Indonesia memiliki akar yang sangat rapat dan kuat sejak sebelum berlakunya penjajahan ke atas kedua-dua negara.

Ikatan 'serumpun' itu dapat dilihat melalui ikatan sejarah dan budaya antara kedua-dua bangsa yang terus dapat disaksikan sehingga saat ini.

Namun, seperti semua hubungan yang wujud di dunia ini, perasaan negatif termasuk cemburu dan tidak puas hati membayangi hubungan itu menyebabkan ia tidak membantu dalam memperkukuhkan hubungan berkenaan. Ia ditambah pula dengan faktor persekitaran, sosioekonomi dan politik antara kedua-dua negara.

Justeru, perkara itu merupakan antara isu yang dibangkitkan di Seminar Internasional Pemerkasaan Persaudaraan Dua Bangsa Serumpun di Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara (IAIN), Medan baru-baru ini.

Seminar tersebut dianjurkan oleh IAIN, Konsulat Malaysia di Medan dan dipengerusikan oleh Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Datuk Seri Abdul Aziz Rahman.

Pengarah Program Mengubah Destinasi Anak Bangsa, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Prof. Madya Mohd. Hanafiah Harun, Pensyarah Kanan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPS) Perak, Datuk Ahmad Mokhtar Selat dan dua pensyarah IAIN, Prof. Dr. H. Syahrin Harahap dan Prof. Dr. H. Haidar Putra Daulay merupakan ahli panel dalam seminar berkenaan.

Ahmad berkata, keadaan itu timbul ekoran sentimen dan romantisisme serumpun menimbulkan perasaan tidak puas hati antara kedua-dua pihak kerana berlaku jangkaan bahawa satu pihak perlu mengalah.

Katanya, terdapat jangkaan di mana dalam persaudaraan sudah tentu yang tua harus didahulukan manakala yang muda harus mengalah dan memberi laluan. Selain itu, beliau berkata, ia juga menimbulkan pelbagai harapan dan jangkaan bagi memastikan hubungan tersebut terjalin.

Dalam pada itu, seminar berkenaan telah merumuskan bahawa masalah komunikasi antara kedua-dua negara merupakan antara punca mengapa timbulnya konflik.

Rumusan itu antaranya menyatakan komunikasi yang tidak lancar akan mengakibatkan hubungan tidak harmoni.

Peningkatan pengetahuan dan komunikasi adalah strategi terbaik bagi memperkuatkan persaudaraan antara kedua-dua negara.

Ahmad turut mencadangkan kedua-dua memperkembangkan sentimen serumpun itu dengan memperkukuhkan hubungan ekonomi. Ini kerana ia boleh membantu memperkuatkan perasaan saling kebergantungan antara satu sama lain.

Dalam era globalisasi ini, persaingan dan konflik akan berpunca dari isu ekonomi. Konflik berpunca dari ideologi dan perluasan wilayah sudah kurang relevan ketika ini, jadi pelaburan dan perdagangan dua hala perlu dipertingkatkan.

''Sebagai contoh, Malaysia boleh meneroka bidang perbankan dan perladangan di Indonesia manakala syarikat cari gali minyak dari kedua-dua negara, Pertamina dan Petronas boleh bekerjasama menembusi peluang pelaburan yang lebih jitu berdasarkan sentimen serumpun," ujarnya.

Ia adalah sangat merugikan jika hubungan baik dan perpaduan antara kedua-dua bangsa tidak diperkukuhkan terutama ketika dunia menghadapi pelbagai cabaran dari pelbagai sudut termasuk ekonomi dan politik.

Pengukuhan hubungan serumpun kini juga dilihat sangat penting ketika kedua-dua menghadapi pelbagai isu yang timbul kebelakangan ini.

Pengukuhan ikatan bangsa bukan sahaja akan membantu menyelesaikan pelbagai masalah malah menambah kekuatan kedua-dua negara dalam menghadapi cabaran akan datang.

Source: Utusan Malaysia Online.

Ahad, 16 Januari 2011

Semangat toleransi kaum makin terhakis

Oleh Manja Ismail, manja@nstp.com.my

2011/01/17

Provokasi laungan azan, isu novel Interlok jejas perpaduan rakyat

NAMPAKNYA tidak habis-habis kesabaran umat Islam-Melayu di negara ini diuji, sama ada oleh mereka berkepentingan politik, golongan buta sejarah negara atau individu yang sengaja mengambil kesempatan daripada dasar keterbukaan sekarang. Tindakan seorang bukan Islam membantah laungan azan dari Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi, kerana mengganggu tidurnya dan pembakaran novel Interlok kerana kandungannya dikatakan menghina masyarakat India, adalah antara kes terbaru menunjukkan betapa semangat toleransi yang pernah menjadi amalan dan kebanggaan rakyat pelbagai kaum di negara ini, semakin terhakis.

Yang menjadi persoalan, kenapa hanya sejak kebelakangan ini timbul suara-suara sedemikian. Soal laungan azan misalnya bukan perkara baru, tetapi sudah menjadi sebahagian daripada cara hidup orang Islam-Melayu sejak berabad, sebelum Islam termaktub sebagai agama rasmi di negara ini.

Dalam kes di Kampung Kerinchi, masjid berkenaan mengkumandangkan azan sejak dibina 30 tahun lalu sedangkan si pengadu difahamkan baru berpindah lima tahun. Jika tidak mahu tidur diganggu suara azan, kenapa membeli rumah di kawasan mempunyai masjid?

Kita percaya ramai yang bersetuju dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa provokasi yang tinggi akan menimbulkan sentimen dan kemarahan orang Islam untuk bangkit mempertahankan agama mereka. Demonstrasi aman oleh jemaah Masjid Al-Ikhlasiah petang Jumaat lalu adalah manifestasi rasa kurang senang umat Islam di negara ini dengan provokasi kalangan tertentu terhadap agama mereka sejak akhir-akhir ini.

Selepas lebih setengah abad merdeka, sepatutnya tidak ada lagi pihak yang mempersoalkan azan, bunyi loceng gereja dan kuil atau pembakaran mercun dan colok pada musim Tahun Baru Cina. Walaupun ia mungkin menimbulkan sedikit kebisingan atau pencemaran asap, semua ini sebahagian cara hidup kita dan perlu dihormati semua pihak yang menjadikan Malaysia tempat tinggal mereka.

Dalam kes novel Interlok karya Sasterawan Negara, Abdullah Hussain, bantahan dibuat selepas 40 tahun diterbitkan apabila buku itu dipilih untuk dijadikan teks sastera untuk pelajar Tingkatan Lima tahun ini. Kenapa baru sekarang kumpulan ini seolah-olah baru menyedari ada istilah yang mereka anggap sensitif pada dua halaman novel setebal 426 muka surat itu.

Reaksi dan amaran pelbagai pihak termasuk kalangan bukan Melayu sendiri, yang mempertahankan karya sastera itu ternyata menjadikan golongan itu lebih lantang meneruskan tuntutan mereka. Hakikat bahawa tema Interlok yang dihasilkan selepas peristiwa 13 Mei 1969, berdasarkan integrasi orang Melayu, Cina dan India sejak awal tahun 1900 sehingga merdeka, langsung tidak diendahkan oleh kumpulan ini.

Kita boleh memahami jika isu-isu sensitif seumpama ini ditimbulkan pemimpin politik pembangkang. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini pemimpin politik yang berada dalam kerajaan sendiri nampaknya lebih lantang membicarakan isu sensitif secara terbuka.

Tidak salah untuk menjuarai atau menimbulkan rasa tidak puas hati kaum masing-masing, tetapi ia seharusnya dibuat secara tertutup seperti diamalkan selama ini. Sebagai anggota kerajaan atau ahli parti komponen Barisan Nasional (BN), mereka mempunyai pelbagai saluran untuk menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pihak berkenaan tanpa perlu menghebahkan kepada media.

Dalam era maklumat bergerak pantas sekarang, sebarang kenyataan daripada pemimpin politik mengundang pelbagai tafsiran dan menyebabkan perkara yang mulanya dilihat kecil, bertukar menjadi bara perkauman.

Kita cuma boleh berharap kedua-dua isu ini ditangani secara rasional dan bijaksana oleh semua pihak terbabit. Isu yang membabitkan sensitiviti kaum dan agama hanya dapat diselesaikan jika pemimpin politik benar-benar ikhlas mahu melihat rakyat pelbagai kaum di negara ini hidup dengan harmoni seperti yang pernah dinikmati satu ketika dulu.

Bagaimanapun, selagi perpaduan hanya menjadi mainan di bibir sedangkan tindakan dan kenyataan mereka tidak berlandaskan semangat toleransi yang tinggi, selagi itulah jurang perkauman akan terus rapuh.

Toleransi adalah proses dua hala. Sementara bukan Islam-Melayu mengharapkan agama, adat dan budaya mereka dihormati, mereka juga harus mengambil kira sensitiviti orang Islam-Melayu, yang sekian lama bertolak ansur. Membantah azan berkumandang setiap masuk waktu solat dan mempersoalkan kandungan novel selepas 40 tahun ia diterbitkan, tentunya tidak mencerminkan semangat toleransi dalam erti kata sebenar.

Source: Berita Harian Malaysia Online.

Ahad, 26 Disember 2010

Malaysia jadi pengeksport ICT

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dijangka mencapai kemajuan ketara pada 2011 dengan peralihan negara menjadi pengeksport bersih ICT.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali berkata, tidak diragui lagi, 2010 akan dianggap sebagai tahun pemulihan.

"Selepas kesan ekonomi global pada 2009, kerajaan dan perniagaan menjadi lebih berhati-hati dan tingkah laku ini ketara terutamanya dalam bahagian semua pelaburan baharu, termasuk ICT," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini, hari ini.

Badlisham berkata, 2010 akan dianggap sebagai tahun yang utuh bagi negara, dengan banyak pembangunan utama yang jelas mencerminkan keseriusan kerajaan untuk menukarkan rangka kerja ekonomi negara bagi memenuhi cabaran ekonomi digital inovatif.

Mengikut data MDeC, pada 2009, Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia menyumbang RM6 bilion kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara.

Ia mencatatkan pendapatan RM24.8 bilion, di mana RM7.17 bilion datang daripada eksport.

Beliau berkata, MDeC telah menggariskan strategi di bawah Fasa Tiga MSC-Malaysia dengan matlamat, bermula dari 2011, untuk menukar Malaysia menjadi pengeksport bersih ICT daripada pengimport bersih sekarang.

Badlisham berkata, ia juga akan melihat transformasi Malaysia menjadi masyarakat berdasarkan pengetahuan menggunakan ICT sebagai 'pemboleh' dalam seluruh sektor ekonomi bagi memacu produktiviti dan inovasi negara untuk menjadi hab cergas bagi penghasilan penyelesaian ICT.

"Fasa tiga juga akan menyaksikan MSC Malaysia membangunkan keupayaan syarikat tempatan utama bagi membolehkan mereka bersaing di arena antarabangsa," katanya.

Beliau berkata, Bajet 2011 baik bagi industri kerana langkah-langkah strategiknya akan mengukuhkan eko-sistem, mengasuh bakat dan menyemai budaya inovasi dan keusahawanan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Cisco Malaysia, Anne Abraham berkata, tahun ini, lebih banyak pelanggan syarikat tersebut dalam sektor perkhidmatan, harta, hartanah, kewangan, pendidikan dan sektor awam, menggunakan teknologi untuk menukar perniagaan dan industri mereka.

"Satu daripadanya ialah inisiatif strategik dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia bagi membangunkan keupayaan pembuatan Sisco di Pulau Pinang.

"Kerjasama dengan MDeC juga dijalin antara Universiti Malaysia bagi Program Latihan Perindustrian Cisco untuk membangunkan pakar perangkaian ICT berkemahiran bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS)," katanya.

Tahun 2010 juga menyaksikan UEM Land Holdings Bhd. dan Sime Darby Bhd. mengguna pakai model Cisco Smart + Connected Communities bagi Symphony Hills dan Idea House, ketika mereka mewujudkan komuniti yang saling berhubungan, katanya.

Beliau berkata, syarikat-syarikat di Malaysia mula menghargai nilai 'perkomputeran awan' sebagai kaedah untuk mengurangkan kos operasi mereka dan pada masa yang sama meningkatkan produktiviti dan mobiliti.

"Selain perkomputeran awan, pusat data dan virtualisasi desktop akan terus menjadi teknologi pemboleh yang menyokong pengembangan perniagaan tempatan.

"Tahun depan, kita akan menyaksikan peningkatan pilihan virtualisasi bagi PKS," katanya.

Pengurus Besar NetApp Malaysia & Brunei, Andy Khoo berkata, tahun depan dan tahun-tahun akan datang akan menjadi penting, kerana keputusan peneraju teknologi maklumat (IT) bukan sahaja akan memberi kesan kepada bagaimana mereka bersaing tetapi juga kejayaan jangka panjang perniagaan mereka.

"Peneraju IT yang berwawasan akan melihat peluang dalam penerokaan data sebagai sumber inovasi baharu," katanya.

Beliau berkata, peneraju IT perlu mengambil kesempatan daripada teknologi untuk memikirkan dan membina semula prasarana perniagaan. – BERNAMA

Source: Utusan Malaysia Online

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran