Pelbagai hasil kampung dijual di sini
Nenas ada, pisang ada, tembikai pun ada.
Ubi kayu @ kapelo batang.
Di kalangan orang Malaysia, ianya disebut "Ubi
Kayu" atau nama botaninya, Manihot Esculenta Crantz. Dalam bahasa
Inggeris, disebut cassava.
Ubi kayu juga dikenali sebagai "kapelo batang" di
kalangan orang Minang sedangkan pucuknya disebut pucuak parancih. Di kalangan
orang Jawa pula ianya disebut singkong.
Sedap atau enak diperbuat sebagai makanan dalam pelbagai bentuk dan
nama. Direbus, ditumbuk bersama parutan kelapa serta sedikit gula dan garam,
dikepal bulat-bulat, dinamakan getok. Getok boleh dimakan begitu sahaja, boleh
juga digoreng.
Dihiris nipis-nipis, dijemur di bawah panas matahari,
menjadi kerepek. Ubi kayu diparut atau disagat, dijadikan kuih bingka atau
bengkang.
Musim baru bermula di Changkat Jering.
Buah salak Changkat Jering.
Pelbagai jenis buah-buahan di Changkat Jering.
Ikan air tawar yang telah dikeringkan.
Putu Perak @ Putu Piring, kuih tradisi Melayu Perak.
Ketupat pulut atau ketupat palas.
Hasil pertukangan tangan orang kampung - kacip.
Kukur kelapa yang semakin dilupakan orang.
Kenderaan para pengunjung Pekan Sari Changkat Jering.
Pekan Sari Changkat Jering - ihsan Google map.
Kepada pembaca yang melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), boleh keluar masuk di Exit Changkat Jering.
Idris Talu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan