Pintu gerbang di Kampung Talang
sebelum memasuki Bandar DiRaja Kuala Kangsar.
Memasuki bandar ini, kita akan bertemu dengan jam besar pula di tengah-tengah bulatan berhampiran dengan Pejabat Pos. Ke bawah kita akan ke lembah di tebing Sungai Perak.
Jam Besar.
Selepas melihat jam besar, kita ke stesen keretapi Kuala Kangsar yang baru, yang masih dalam pembinaannya. Belum pasti bila akan digunakan. Stesen baru ini dibina sebagai sebahagian dari usaha bersepadu dalam peningkatan perkhidmatan keretapi antara Kuala Lumpur dan Padang Besar di Perlis.
Stesen Kuala Kangsar
Insya Allah ان شاء الله kita akan bercerita lagi tentang Kuala Kangsar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan