TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Selasa, 26 Februari 2013

Bunga peluru meriam atau cannonball flower atau Couroupita guianensis


Bunga peluru meriam atau cannonball


Bunga peluru meriam atau dalam bahasa Inggeris disebut “cannonball flower”. Nama botanikalnya ialah “Couroupita guianensis”. Dinamakan begitu kerana apabila menjadi buah, buahnya berbentuk seakan-akan peluru meriam.

 

Couroupita guianensis

Dikatakan berasal dari kawasan tropika benua Amerika Selatan. Bunga yang saya ambil ini terdapat di dalam sebuah taman di bandar Ipoh, Perak.

Bunganya cukup menarik, merah garang pada rangginya, bercampur putih yang menarik.

 

UUM, UIAM diberi autonomi


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin 



UNIVERSITI Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjadi universiti awam terbaharu dianugerahkan autonomi pada tahun ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penganugerahan autonomi itu diberikan selepas proses audit menggunakan instrumen Code of University Good Governance (CUGG) dan University Good Governance Index (UCGI) selesai dijalankan.

"Saya berharap dengan pemberian autonomi ini, Lembaga Pengarah Universiti (LPU) mempunyai kesediaan untuk melaksanakan tanggungjawab baharu selaras dengan penurunan kuasa kepada mereka demi kecemerlangan IPT," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Amanat Tahun Baru Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang dilancarkan pada 2007 akan dikaji semula dalam masa terdekat.

"Kajian PSPTN akan bermula bulan ini dan dijangka selesai pada September akan datang dan hasil kajian boleh dilaksanakan mulai 2014.

"Ini bertujuan menambahbaik dan menyusun mengikut keperluan semasa dan akan datang melalui inisiatif baharu yang berimpak tinggi dan keberhasilan yang lebih jelas," katanya.

Beliau menambah, kajian itu melibatkan kakitangan kementerian, ahli akademik dan pihak berkepentingan dalam membangunkan sektor pengajian tinggi negara.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, mulai tahun ini pihak kementerian akan melaksanakan Sistem Penarafan Disiplin Pengajian (D-SETARA) ke atas universiti dan kolej universiti.

"Fokus D-SETARA adalah terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam empat disiplin pengajian iaitu Kejuruteraan, Pelancongan dan Hospitaliti, Perubatan, Pergigian dan Farmasi serta Sains Kesihatan.

"Pemilihan disiplin pengajian ini secara tidak langsung menyokong inisiatif Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dalam kluster Pendidikan yang menyasarkan pembangunan beberapa kelompok disiplin pengajian," katanya.

Jelasnya, terdapat sebanyak 37 buah universiti dan kolej universiti terlibat dalam penilaian tersebut.

 

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran