TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Ahad, 23 Disember 2012

Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim Mula Terima Guru Wanita



Sebahagian dari 140 guru wanita kumpulan pertama
mengikuti kursus perguruan di MPSI Tanjung Malim, Perak.
 
 
Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim asalnya dibina untuk melatih bakal-bakal guru yang akan berkhidmat di seluruh negara. Pada asalnya maktab ini hanya mengambil siswa lelaki sahaja.

Tahun 1975 menjadi tahun bersejarah di MPSI. Pada hari Selasa, 21 Januari 1975, kumpulan pertama 140 orang guru perempuan mula menjalani kursus perguruan di maktab ini walau pun mendapat bantahan dari Persatuan Murid Tua MPSI.

Diperkatakan bahawa telah banyak perubahan berlaku di kalangan siswa lama, apabila desas desus kemasukan siswi baru ini. Ramai siswa lelaki yang mula berubah, berpakaian kemas dan tidak berselipar lagi.

Ahad, 16 Disember 2012

Pucuk Ubi Kayu

Pucuk ubi kayu @ pucuak parancih.

Pucuk ubi kayu telah menjadi sajian masyarakat kita sejak zaman berzaman. Di Minangkabau, pucuk ini dikenali sebagai “pucuak parancih” (= pucuk perancis).

Masyarakat kita paling gemar merebusnya dan dimakan dengan nasi bertemankan sambal lada, samada bercampur isi ikan bakar atau tempoyak. Di Kelantan, rebusan pucuk ubi ini dimakan dengan budu.

Ada juga yang gemar membuat gulai lemak pucuk ubi bersantan pekat, bertemankan ikan bilis atau tulang ikan masin. Selalu juga ianya dimasak gulai tempoyak bercampur dengan petai.

Kepada peminat kerabu, pucuk ubi kayu rebus sering dibuat kerabu – terutamanya di dalam bulan Ramadhan.

Walaupun digemari ramai, ada pihak yang menyatakan bahawa pucuk ubi kayu ini ada mengandungi sianida, bahan kimia yang boleh mengganggu kesihatan badan jika dimakan berterusan.

Dikatakan juga, untuk mengurang kadar bahan sianida ini, seeloknya pucuk ubi kayu ini dibersihkan dahulu, selepas itu dipotong-potong dan direndam di dalam air bersih, supaya bahan kimia tersebut dapat keluar dan terlarut di dalam air itu.

Selepas itu, barulah pucuk ubi kayu ini diolah untuk dijadikan makanan.

Naib Canselor UniMAP terima anugerah di Korea

Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin 
Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis 
Foto: ihsan UniMAP
16/12/2012 12:50pm


KANGAR — Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin menerima anugerah World Inventor Grand Order of Merit pada World Inventor Award Festival (WIAF) 2012 yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan semalam.

Menurut kenyataan UniMAP hari ini, anugerah itu yang diwujudkan oleh Korea Invention News dengan kerjasama International Intellectual Property Network Forum diberikan kepada individu yang aktif dalam bidang penyelidikan dan penerbitan.

Selain itu Kamarudin yang aktif memartabatkan kegiatan penyelidikan di kalangan penyelidik muda hingga ke peringkat antarabangsa menyebabkan beliau dipilih menerima anugerah tersebut.

Kamarudin dalam kenyataan yang sama berkata, anugerah itu merupakan pengiktirafan terbesar kepada para penyelidik UniMAP di peringkat antarabangsa dan menjadi penyumbang kepada penyerlahan nama universiti itu di peta dunia.— BERNAMA


 

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran