TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Tan Sri Azman Hashim hulur RM1b bantu pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tan Sri Azman Hashim hulur RM1b bantu pendidikan. Papar semua catatan

Ahad, 17 Mac 2013

Pengerusi Kumpulan AmBank hulur RM1b bantu pendidikan






2013/03/17 - 05:24:05 AM

Kuala Lumpur: Pengasas dan Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim menyumbangkan RM1 bilion kepada Yayasan Azman Hashim yang memfokus bantuan dalam bidang pendidikan dan kebajikan.

Azman membuat sumbangan itu sempena majlis ulang tahun perkahwinannya ke-50 dengan Tunku Arishah Tunku Maamor, yang diadakan di sini malam tadi.

Turut mencemar duli ialah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tuanku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Yayasan itu sebelum ini antara lain memberi sumbangan pembinaan kompleks bangunan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) sebanyak RM7 juta, bangunan baru Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya (RM25 juta) dan Arena Sukan Universiti Sains Malaysia (USM) sebanyak RM10 juta.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran