TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Mencerap anak bulan Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mencerap anak bulan Ramadhan. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Ogos 2009

Mencerap Anak Bulan Ramadhan - Baitul Hilal Pantai Pasir Panjang

By Idris Talu

Pada petang hari Khamis 20 Ogos 2009, penulis dan isteri bersama seorang cucu, Idham pergi ke Baitul Hilal di Pantai Pasir Panjang di daerah Manjung, Perak untuk melihat acara pencerapan anak bulan Ramadhan di situ.

Tiba di sana, pengunjung sudah ramai. Penulis puas mencari tempat untuk meletak kereta.

Penulis ingin berkongsi dengan pengunjung blog ini, pemandangan Baitul Hilal ini secara keseluruhannya.

Gambar di bawah menunjukkan bahagian belakang bangunan ini. Penulis katakan begitu, kerana bahagian anjung tempat imam itu dipanggil bahagian depan. Orang tidak masuk ke surau atau masjid melalui tempat imam.



Masih di bahagian belakang.




Dan ini pula bahagian depan, tempat imam bersembahyang.

Dah ramai yang datang.

Baitul Hilal lengkap dengan "menara pandang" (observation tower). Cukup lengkap prasarananya.


Kompleks Baitul Hilal.





Menara pandang.





©IdrisTalu@2009

Mencerap Anak Bulan - Pengunjung Baitul Hilal

By Idris Talu

Pengunjung-pengunjung yang datang ke ke Baitul Hilal di Pantai Pasir Panjang di daerah Manjung ini cukup ramai.

Penulis hanya mampu memaparkan foto-foto sebahagian dari para pengunjung tersebut.























©IdrisTalu@2009

Mencerap Anak Bulan - Kenderaan Pengunjung

By Idris Talu

Foto-foto yang penulis paparkan merupakan sebahagian dari kenderaan yang digunakan pengunjung-pengunjung untuk mencerap anak bulan di Pantai Pasir Panjang pada petang Khamis 20 Ogos 2009 yang lepas.

Masih banyak kenderaan di bahagian depan kompleks Baitul Hilal ini yang tidak sempat penulis rakamkan. Begitu juga kenderaan di sisi kiri kompleks.













©IdrisTalu@2009

Mencerap Anak Bulan - Taklimat Pencerapan dan Kuliah Agama

By Idris Talu

Pengunjung bukan datang untuk tujuan pencerapan sahaja, malah dihidangkan dengan majlis taklimat tentang pencerapan, tentang puasa Ramadhan dan kuliah agama yang berkaitan dengannya.

Taklimat dan kuliah disampaikan oleh tokoh-tokoh agama yang berkaliber dari pusat pengajian tinggi dan juga Pejabat Ugama Islam Perak.

Jika dahulu taklimat dan kuliah disampaikan di bawah pokok sahaja (sila lihat posting penulis terdahulu), kini ianya dijalankan di dalam khemah yang cantik siap dengan kipas anginnya.


Khemah taklimat dan kuliah dilihat dari jalan di luar pagar.



©IdrisTalu@2009

Mencerap Anak Bulan - Peralatannya

By Idris Talu

Peralatan untuk mencerap anak bulan yang digunakan kali ini kelihatannya hampir sama.

Pusat-pusat pengajian tinggi yang terdapat di Perak banyak menghantar staf dan pelajar-pelajarnya untuk membuat kerja amali, mungkin sebahagian dari tugasan mereka di universiti atau kolej.

Para pembaca blog ini boleh melihat sendiri peralatan yang mereka gunakan dari foto-foto yang penulis sempat rakamkan.





































©IdrisTalu@2009

Mencerap Anak Bulan - Sokongan & Kemudahan

By Idris Talu

Untuk menjayakan kerja-kerja pencerapan anak bulan Ramadhan, banyak jabatan kerajaan dan agensi-agensi lain yang terlibat sama dalam membantu menjayakan tanggungjawab berat ini.

Antaranya ialah Jabatan Kerjaraya, Bekalan Air, Tenaga Nasional, Polis DiRaja Malaysia, Telekom Malaysia dan beberapa jabatan yang lain, disamping Jabatan Agama Islam Perak yang menjadi penerajunya.

Gambar di bawah, kakitangan TM yang diketuai oleh En Ridhuan dan En Burhanuddin bersama-sama yang lain, selepas menyiapkan kemudahan telekomunikasi untuk perhubungan ke Kuala Lumpur (Pusat) dan ke Ipoh/Kuala Kangsar (Negeri).





Kelihatan di dalam gambar di bawah, di atas bumbung menara pandang, terdapat sejenis antenna yang dinamakan, "high gain, low band yagi antenna" yang dipasangkan untuk menghubungkan Pantai Pasir Panjang ke ibusawat telekomunikasi terdekat, seterusnya ke dunia luar.

Komunikasi in dinamakan "country link" atau "country set."

Kemudahan dan keperluan makan minum untuk pengunjung juga disediakan dengan memuaskan. Ianya disediakan oleh penyedia makanan yang cukup berpengelaman.



Tempat untuk makan juga disediakan dengan baiknya, selesa untuk semua pengunjung. Kita patut berterima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat, baik dari Ipoh mahu pun dari daerah Manjung dan semua mereka yang berusaha menjayakan majlis ini sehingga selesai dengan baik dan ceria.


Setahu penulis, Pantai Pasir Panjang memang terletak di bibir laut. Dahulu terdapat satu telaga yang payau airnya. Kini tidak kelihatan lagi perigi tersebut.

Oleh itu, Lembaga Air Perak menyediakan satu tangki besar air tawar untuk kemudahan minuman dan air wudhu' pengunjung buat hari itu. Terima kasih Lembaga Air Perak.





©IdrisTalu@2009

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran