TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Kebun Idris Talu Gerik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kebun Idris Talu Gerik. Papar semua catatan

Khamis, 26 Ogos 2010

Kebun Di Gerik

By Idris Ismail Talu

Keadaan kebun penulis di Gerik yang jarang dibersihkan kerana terletak jauh (lebihkurang 180 km dari rumah penulis di Ipoh) di Utara Perak sana.

Di bawah ini gambar-gambar yang diambil sebelum Ramadhan 2010 dahulu.

Rambutan sudah agak masak.

Langsat juga berbuah.

Rambutan Gula Batu.

Sudah mula ranum.







Langsat.



Langsat baru mencelah kuningnya.

Langsat menguning.

Rambutan.

Rambutan mula masak.

Rambutan Gula Batu.

Ada yang sudah ranum.

Langsat mula menguning.

Langsat baru mencelah kuningnya.

Rambutan mula menguning kemerahan.

Rambutan "Gula Batu" cukup manis.

Langsat mula menguning.

Rambutan yang baru masak.

Sirih yang memanjat pokok rambutan.

Keadaan kebun yang agak semak.

http://idristalu.blogspot.com/

Ahad, 2 Ogos 2009

Kebun di Gerik - Musim Buah-buahan

By Idris Talu

01 August 2009

Selain dari rambutan, pokok-pokok buah-buahan yang lain di kebun penulis, juga berbuah. Cuma agak kurang menjadi - mungkin kerana kurang diberikan baja.

Durian di kebun penulis boleh dikategorikan termasuk dalam kelas "A" dari segi bentuk buah dan rasa isinya. Kita lihat bersama buahnya yang masih di atas pokok.

Buah durian di dahan yang lain.

Durian - ada class!

Petai pun ada.

Sudah ada "penumpang" di dahan durian penulis.

Pokok belimbing buluh (wuluh) berbuah, tetapi tidak lebat.


Pokok salak pun berputik juga.


Putik buah salak dilihat dari dekat.

Buah cempedak - saiz buahnya hampir sama besar dengan batang pokoknya.

Manggis yang sudah cukup masak.


Manggis yang telah masak.

Buah manggis yang masih muda.

Sejenis pandan liar, berbuah seperti buah nanas.

Pandan liar atau pandan hutan.


Langsat agak kurang lebat kali ini.

Namun begitu, banyak pokok langsat yang berbuah - jadi banyak juga.

Langsat juga.


Langsat lagi....




©idristalu@2009

Kebun di Gerik - Musim Rambutan

By Idris Talu


Pada 1 Ogos 2009 yang lepas, penulis dan keluarga telah pergi menjengok kebun yang jarang dilawati di Gerik, Ulu Perak. Pokok-pokok buah-buahan sudah agak tinggi. Rambutan, langsat, manggis dan lain-lain berbuah juga.

Walau pun cuaca berubah-ubah, sekejap panas, sekejap lagi hujan, kami terus mengambil buah yang telah cukup masak.





Anak-anak dan cucu-cucu saya berkejar-kejar mengambil buah yang telah masak.

Di sini penulis paparkan foto yang berkaitan dengan buah rambutan.

Anak-anak dan cucu-cucu mengait buah di kebun kami di Gerik.

Rambutan sudah cukup masak ranum.

Syukur alhamdulillah - rezeki pemberian Allah.



Walau pun kurang dibaja, pokok rambutan tetap berbuah lebat.




















Antara rambutan yang telah masak ranum.


Anak saudara serta cucu-cucu penulis mengutip buah rambutan di tepi jalan kampong di kebun penulis di Gerik.


Pokok rambutan ini asalnya anak rambutan tumbuh sendiri. Bila penulis lihat pokoknya agak segar, penulis cantumkan dengan pucuk rambutan yang terdapat di dalam kebun ini juga - yang menjadi favorit isteri penulis.

Cantuman menjadi dan pokok terus membesar di tepi jalan yang dibina kerajaan betul-betul melalui tengah tanah penulis.

Jalan kampong betul-betul di tengah tanah penulis.

Kelihatan tiang letrik berhampiran pokok rambutan penulis. Kemudahan air paip bersih juga disediakan kerajaan untuk penduduk kampong.

©IdrisTalu@2009

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran