Dalam kesuntukan masa dengan jadual kerja yang agak padat, penulis ingin berkongsi pengalaman melalui sebahagian dari Lebuhraya Utara-Selatan:
Dalam perjalanan, bila sudah pasti telah masuk waktu solat, kita boleh singgah di mana-mana masjid untuk menjalankan kewajipan kita yang dituntut agama. Selepas solat hati pun lapang dan tenang kerana kewajipan telah dilaksanakan.
Bergerak ke Utara, kita akan melalui kawasan Slim River ini. Kenapa bandar ini dinamakan Slim River, cobalah tanya dengan uda google - kalau dia ada jawapannya..
Di kawasan Slim River ini terdapat beberapa nama tempat yang agak pelik. Antaranya ialah Sungai Slim (konon-konon ceritanya kalau minum air sungai ini badan kita boleh jadi slim....hehehe...), Ulu Slim (jalan lama Tanjong Malim ke Slim River, sebelum ada jalan rentas lurus yang sebelum ini dikutip bayarn tol) dan Sungai Bil. Walau pun namanya Sungai Bil, kalau mandi di sungai ini kita tidak dikenakan bil.
Satu lagi nama tempat yang pelik di sini ialah Kampung Balun. Kenapa dinamakan Kampung Balun, kena buat penyelidikan sendirilah.
Selepas melalui Bidor dan Tapah, kita menongkah (bahasa orang Perak untuk perkataan mendaki) Bukit Gua Tempurung (yang terletak di antara Tapah dan Gopeng).
Turun dari kawasan Bukit Gua Tempurung kita akan menemui bukit ini pula, yang diletakkan nama Ipoh di atasnya.
Bagi orang Ipoh yang hendak kembali ke Ipoh, papan tanda nama Ipoh ini menunjukkan mereka sudah hampir benar dengan rumah mereka.
Berhampiran Hentian Sebelah R & R Simpang Pulai, kini telah dibina satu lagi mercu tanda baru di Ipoh iaitu RTC Perak (RTC = Rural Transformation Centre). Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan boleh singgah di RTC ini untuk berurusan dengan pelbagai Jabatan Kerajaan, atau membeli-belah di Pasaraya Mydin Gopeng, atau makan minum sebelum menyambung perjalanan ke Utara.
Ramai pengguna lebuhraya menggunakan kemudahan yang disediakan disini. Surau untuk bersolat agak besar dan lapang.
Selepas mengisi perut yang telah mulai berkeroncong, kita bersolat. Dan selepas bersolat, kita bolehlah meneruskan perjalanan dengan penuh keselesaan.
http://idristalu.blogspot.com/
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Jumaat, 31 Mei 2013
Selasa, 14 Mei 2013
Malaysia destinasi kedua terbaik di ASEAN untuk menyambung pengajian.
KUALA LUMPUR 13 Mei - Malaysia diiktiraf negara ASEAN kedua
terbaik selepas Singapura sebagai lokasi menyambung pengajian di peringkat
lebih tinggi.
Perkara itu diperakui hasil kajian Ranking U21 Sistem
Pendidikan Tinggi Antarabangsa 2013 yang turut meletakkan Malaysia di tangga
ke-27 dalam kalangan 50 negara di dunia bagi kriteria sama dengan markah
keseluruhan sebanyak 52.4 peratus.
Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab.
Rahim Md. Noor berkata, hasil kajian Institut Kajian Sosial dan Ekonomi Gunaan,
Universiti Melbourne, Australia itu amat membanggakan kerana jauh lebih baik
berbanding di tangga ke-36 yang dicapai tahun lalu.
"Pengiktirafan ini yang kita mahukan supaya sistem
pendidikan kita dapat diperluaskan ke negara-negara Eropah," katanya
kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Menteri-menteri Pendidikan
Asia-Eropah (ASEM) Keempat bertemakan Kerjasama Strategik Pendidikan ASEM di
sini hari ini.
Persidangan itu disertai 140 peserta terdiri daripada
Menteri, Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan dari 20
negara Kesatuan Eropah, 17 negara Asia, Sekretariat ASEAN dan Sekretariat
Pendidikan ASEM.
Ab. Rahim berkata, pengiktirafan itu mengambil kira usaha
kerajaan yang komited menyediakan peruntukan besar kepada sistem pengajian
tinggi selain melihat kepada persekitaran, jaringan dan hubungan antarabangsa
dan keberhasilannya.
Aspek itu, jelas beliau, sekali gus memperlihat negara
berjaya mengatasi Australia, Korea, Jepun, United Kingdom dan Jerman.
Sehubungan itu, menurutnya, Malaysia ketika ini menumpukan
usaha memperluas sistem pendidikan negara dalam kalangan penuntut Eropah yang
masih di tahap kurang memuaskan.
"Fokus perbincangan ASEM adalah kepada pengiktirafan
kualiti, kerjasama perniagaan, mobiliti dan pembelajaran sepanjang hayat.
"Diharap menerusi empat tumpuan utama ini budaya
pembelajaran dalam kalangan penuntut negara Eropah akan berubah dan lebih
berminat memilih negara-negara Asia sebagai pusat pembelajaran," katanya.
Beliau memberitahu, faktor lain yang turut menarik minat
pelajar antarabangsa kerana Malaysia mempunyai bidang pengajian terbaik seperti
kejuruteraan, perubatan, teknologi maklumat, kewangan Islam, sosial sains dan
pengajian halal.
Langgan:
Catatan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
إدريس اسماعیل تالو Idris Talu Buah pisang kebatu @ kepok @ abu. Pisang abu atau pisang kebatu ini mempunyai kulit teba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu. Nama saintifiknya: Carica papaya. Nama lain: Kulikih, kalikih, parenghek, situkau, sampelo, kapelo, santelo (Minang), p...
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
Kueh Pinukuik Oleh: Rita Desfitri Lukman [R@ntau-Net] MAMBUEK PINUKUIK CARO KAMPUANG Assalamu'alaikum Wr. Wb. Dek sabanta lai mungkin du...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
إدريس تالو Idris Talu Universiti Terbuka Malaysia telah banyak memberikan peluang kepada mereka yang telah bekerja tetapi ingin terus...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...