إدريس تالو
Idris Talu
Pegaga kampung - biasa dijual di Pasar Tani.
Nama Saintifiknya: Centella asiatica (L) Urban
Keluarga: Umbelliferae atau Apiacea.
Di kalangan orang Minangkabau disebut pucuak pigago.
Daun dan akar pegaga atau pigago ini biasanya dijadikan
minuman penyejuk badan, menghancurkan batu karang, atau melawaskan pembuangan
air kecil.
Pegaga juga dikatakan baik untuk mengurangkan kencing
berdarah, melancarkan peredaran darah dan meningkatkan kecerdasan minda
penggunanya.
Pegaga Gajah.
Pegaga dikatakan kaya dengan pelbagai zat makanan seperti
protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Oleh itu penggunaan tahap
sederhana daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda dan mengelakkan obes.
Biasanya pegaga atau pigago ini enak dijadikan ulam baik
dipasangkan dengan sambal kelapa atau sambal belacan mengikut kegemaran
pemakannya. Ada juga yang mengolahnya sebagai jus minuman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan