TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Sabtu, 29 Mei 2010

Dara Walaupun Sudah 133 Tahun Usianya

By Idris Ismail Talu.

Pokok getah asli ini juga dikenali sebagai karet di negara jiran kita, Indonesia, lebih dikenali sebagai “hevea Brasiliensis” di seluruh dunia. Ianya merupakan tanaman yang berasal dari Brazil. Gambar pokok getah ini, penulis ambil di kawasan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Kangsar.

Pokok getah ini mula ditanam dalam tahun 1877. Oleh itu, usianya kini sudah 133 tahun dan kelihatannya masih segar dan sihat.

H.N.Ridley adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan Kuala Kangsar sebagai daerah industri getah yang pertama di Malaysia.

Sumber: http://www.mpkkpk.gov.my/web/guest/getahst


Dinamakan "Getah Dara" kerana belum pernah ditoreh orang!

"Getah Dara" Kuala Kangsar.

©idrisismailtalu@2010

2 ulasan:

Hashim Zabidi berkata...

Assalamualaikum Tuan Haji,

Cepat benar Tuan Haji buat posting. Tak tekejar dek saya. Belum sempat saya mengelilingi Pusat Islam Ipoh, tiba-tiba batang getah tua 133 tahun. Pas tu ada pulak pavillion untuk dilawati. Aduh!

Pokok getah 133 tahun tu masih dara lagi ke Tuan Haji? Agaknya tak sapa berani menorehnya, yek!

Idris Talu berkata...

Wa'alaikumussalam Tuan Haji Hashim di Lepih,

Kebetulan rehat banyak hari, terjumpa pulak CD gambar yang telah diambik dulu. Jadi kawan adjust yang mana patut, upload - untuk kita kongsi bersama.

Ramai kawan-kawan yang berada di luar Perak, di luar Malaysia yang nak tahu tentang Perak, bolehlah tengok blog kawan. Kuala Kangsar memang kaya dengan bahan sejarah.

Sekarang ini, Keretapi Tanah Melayu sedang menguji keretapi letrik mereka untuk laluan Ipoh ~ Kuala Lumpur. Untuk jarak 200 km itu, dijangka hanya memakan masa 1.5 (satu setengah) jam sahaja. Kalau jadi, bolehlah orang Ipoh berulang-alik bekerja di Kuala Lumpur setiap hari.

Cerita pasal pokok getah dara di dalam kawasan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Kangsar itu, memang belum betoreh lagi. Itulah sebabnya dia awet muda, sudah 133 tahun pun masih ceria. Orang yang menanamnya dulu pun sudah lama tiada.

Sekian dulu, wassalam.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran