TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Isnin, 10 Mei 2010

Majlis Aqeqah Cucu

By Idris Ismail Talu

Pada 09 May 2010 yang lepas, telah berlangsungnya majlis aqeqah cucu penulis yang keenam di rumah datoknya sebelah ibunya (bisan penulis) di Malim Nawar. Ianya dilangsungkan bersama dengan acara naik buaian, majlis bacaan marhaban dan doa selamat.



Cucu penulis di dalam buaian ini.

Dua sepupu naik buaian.

Sepupu cucu penulis di dalam buaiannya.

Majlis marhaban sedang berlangsung. Dihadiri jiran tetangga dan kaum keluarga.

Bacaan doa selamat sedang dilaksanakan, tanda kesyukuran ke hadrat Illahi.

Tetamu sedang menikmati jamuan yang disediakan.

Cucu penulis bersama ibunya.

Cucu penulis setelah bercukur.

©idrisismailtalu@2010

2 ulasan:

Hashim Zabidi berkata...

Tuan Haji,

Tuan Haji menyambut dan meraiikan kenduri aqeqah cucu. Tak dapat nak diceritakan betapa senangnya dalam hati, ya Tuan Haji. Hanya gambar-gambar saja yang mampu bercerita...

Idris Talu berkata...

Tuan Haji Hashim,

Ya, betul amat kata Tuan Haji tu. Itu anugerah Allah lepada kita.

Alhamdulillah, sebesar-besar syukur he hadrat Allah Ta’ala, yang memberikan rezeki dan rahmatNya kepada kita. Allah memberikan kehidupan secukupnya, anak-anak dan cucu-cucu penyeri hidup kita.

Walau pun persiapan ala qadar sahaja, sumbangan majlis marhaban dan doa selamat disertai ramai kaum keluarga dan jiran tetangga, cukup membahagiakan.

Alhamdulillah masyarakat kita masih rapat dan kukuh perpaduannya.

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran