
Atas keprihatinan terhadap mangsa gempa bumi di Sumatera Barat sempena musim perayaan ini, pihak Islamic Relief Malaysia (IRM) turut melanjutkan pengedaran pek makanan `Bantuan Aidilfitri’ yang mengandungi makanan keperluan harian seperti beras, gula, garam, susu, tepung, minyak masak, sardin dan sebaginya kepada mangsa gempa bumi di sana.
Sehubungan itu, pasukan misi `Kemanusiaan’ Islamic Relief Malaysia yang di ketuai oleh En.Iskandar Syah Ismail (Ketua Pembangunan Dana,IRM) bersama 2 orang sukarelawan telah dikerah ke Sumatera Barat serta-merta bagi menyertai misi Islamic Relief Indonesia yang telah pun memulakan bantuan kemanusiaan sebaik sahaja bencana itu berlaku.
Untuk makluman, Islamic Relief telah beroperasi di Indonesia melalui dua cawangannya di Jakarta & Acheh semenjak 5 tahun yang lalu dan masih lagi giat beroperasi di Acheh sehingga kini melalui program pembangunan semula Acheh.
Rakan-rakan media sangat dialu-alukan membuat liputan dan berkerjasama dengan IRM dalam menjayakan misi murni ini. Dalam pada itu, rakyat Malaysia yang prihatin boleh menghulurkan sumbangan melalui akaun MBB 562142708704 / CIMB 12590000804058 atau dengan melayari web IRM di www.irm.org.my.
Untuk makluman lanjut sila hubungi:
En Zawahir Abdullah di talian 03-89486334 atau 019-3831157
Coutesy: Islamic Relief Malaysia
Copyright � 2008 Islamic Relief Malaysia. All Rights Reserved.
Source: http://www.irm.org.my/portal/
Makkumat selanjutnya boleh diperolehi dari:- http://www.irm.org.my/portal/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan