KUALA LUMPUR 9 Feb. - Keputusan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membiayai kos perundangan Shuhaimi Shafiei yang berhadapan dengan tuduhan menghasut jelas membuktikan mereka bersubahat sekali gus merestui perbuatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda itu.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia bukan satu tuduhan sebaliknya merupakan fakta yang tidak perlu dipertikaikan.
Beliau berkata, sekiranya Kerajaan PKR Selangor tidak mahu dilihat bersekongkol, sudah pasti mereka membiarkan sahaja Shuhaimi menanggung kos perundangan sendiri sepanjang kesnya dibicarakan di mahkamah.
"Jika ini keputusan Kerajaan PKR Selangor, kes yang melibatkan Shuhaimi bukan berbentuk peribadi sebaliknya ia turut membabitkan kerajaan negeri.
"Saya bercakap atas fakta. Sekiranya tiada kepentingan kerajaan negeri tidak mungkin membiayai segala kos perundangan Shuhaimi. Ini tidak, mereka bersungguh mahu membela Shuhaimi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pada 4 Februari lalu, Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan memberitahu, Kerajaan PKR Selangor akan memberi sokongan penuh kepada Shuhaimi yang didakwa atas tuduhan menghasut.
ADUN Sri Muda itu yang juga Timbalan Ketua PKR Cabang Kota Raja dituduh mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan berhubung satu entri dalam blognya yang didakwa menghina Sultan Selangor.
Bagaimanapun, langkah Selangor itu dibidas oleh beberapa pihak kerana peruntukan yang akan digunakan itu bakal membabitkan wang rakyat.
Dalam pada itu, Noh meminta semua rakyat Selangor supaya menilai dengan bijak tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri itu.
"Kerajaan PKR Selangor sebenarnya menunjukkan pendiriannya di dalam isu ini walaupun secara tidak rasmi. Mereka jelas menyokong tindakan Shuhaimi yang kini berhadapan dengan dakwaan menghasut," katanya.
Dalam pada itu, Noh sempat menceritakan pengalamannya apabila beliau disaman oleh seorang guru pada 1999.
"Pada masa itu saya memegang jawatan Setiausaha Parlimen. Dalam kes itu Kerajaan Pusat tidak pula membiayai kos perbicaraan saya. Ini kerana kes itu bersifat peribadi dan situasinya serupa dengan Shuhaimi.
"Segala kos perundangan pada masa itu ditanggung sepenuhnya oleh saya," katanya lagi.
Source: Utusan Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Rabu, 9 Februari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
Kisah Biasa Yang Pesara Lalui By Idris Talu Sebermula, maka tersebutlah sebuah kisah, seorang rakan penulis yang kebetulan penulis temui di ...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007M By Idris Talu Suasana Berulang Alik Pergi Balik ke Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah. Semasa berulang-a...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
By Idris Ismail Talu Gambar kenangan semasa melawat ke Embun Pagi di pinggiran Danau Maninjau di Sumatra Barat (Minangkabau). Penulis bersam...
-
By Idris Ismail Talu Tengahari tadi, penulis ingin bertukar selera. Biasanya makan sup sayur dengan roti, hari ini ingin mencoba makan mee b...
-
By Idris Ismail Talu Pada Mac 2010 yang lepas, kami telah dikurniakan Allah seorang lagi cucu perempuan. Syukur ke hadrat Illahi atas kurni...
-
Nostalgia - kenangan semasa melalui zaman kanak-kanak hingga zaman belia. Pada masa dahulu memang ada dibuat reban atau rumah untuk ayam ata...
-
Perjuangan Bangsa Mempertahankan Tulisan Jawi Source: Utusan Malaysia Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan