Tarikh siar: 2011/02/08
Usia 76 tahun tak halang belajar di OUM
KOTA BHARU: Walaupun digelar mahasitua oleh rakan sepengajian, Awang Yusoff, 76, tidak berasa malu untuk bersaing dengan pelajar lebih muda daripadanya dalam menuntut ilmu di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) cawangan Kelantan.
Beliau dapat mengharungi semester pertama dalam bidang Pengajian Islam dan kini berada di semester kedua.
“Alhamdulillah, setakat ini dari segi fizikal saya masih sihat. Saya masih boleh berfikir dengan tenang dan tak ada halangan untuk belajar.
“Pelajaran ini kalau kata tak sukar sebenarnya ada jugak sukarnya sebab kita orang tua. Tetapi kerana cabaran dan cita-cita nak pegang ijazah, saya akan cuba untuk habiskan pengajian ini,” katanya kepada BERNAMA, semalam.
Awang dari Beris Kubor Besar, Bachok mengikuti pengajian selama lima tahun peringkat Sarjana Muda bermula September tahun lalu.
Beliau yang mempunyai tiga anak berusia 27 hingga 46 tahun mengakui sedikit sukar menyiapkan tugasannya kerana tidak mahir menggunakan komputer.
“Kalau untuk baca buku dan faham memang tak ada masalah. Cuma saya tak cekap menaip di komputer untuk cari bahan buat tugasan. Memang agak sukar tetapi dengan sokongan moral dan bantuan pensyarah, kawan-kawan dan keluarga, boleh juga disiapkan tugasan tepat pada masanya,” katanya.
Pengarah OUM Kelantan, Prof Datuk Nik Najib Nik Abdul Rahman, berkata Awang adalah golongan veteran yang wajar dijadikan contoh dalam menuntut ilmu.
“Saya bersyukur, Awang walaupun umurnya sudah 76 tahun, tetapi sanggup pikul beban sebagai seorang pelajar. Saya sentiasa memantau pergerakan Awang dan pelajar lain yang umurnya hampir sebaya mengenai pembelajaran mereka.
“Saya nampak sebenarnya untuk cari ilmu tidak kira tua atau muda dan saya lihat kemampuan mereka dalam kelas dan keputusan peperiksaan yang mereka peroleh ada kalanya cemerlang mengatasi pelajar lebih muda,” katanya.
Nik Najib berkata sehingga kini Pusat Pembelajaran OUM Kelantan memiliki hampir 2,500 orang pelajar dengan lebih lima peratus terdiri dari pelajar berusia melebihi 50 tahun.
Source: Berita Harian Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Forum Setiakawan Malaysia-Indonesia anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dan Utusan Malaysia...
-
A lovely song by Momoe Yamaguchi Momoe Yamaguchi, penyanyi legenda Jepun yang dilahirkan di Tokyo dalam tahun 1959 ini sebenarnya tidak lama...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Oleh Siti Zarinah Sahib , sitizarinah@hmetro.com.my TARIKAN hantaran bukan saja terletak pada hiasan, tetapi pengisian digunakan. Kini pengg...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 27 September 2010. Oleh HAMIMAH HAMID , utusanperak@utusan.com.my KUALA KANGSAR 26 Sept. - Baya...
-
Oleh AZMAN ANUAR, rencana@utusan.com.my PADA 14 Januari 1976, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita Tun Abdul Razak Hussein menin...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007M By Idris Talu Lawatan Ke Ladang Khurma Selepas melawat ke Masjid Quba', kami dibawa ke Masjid Qiblatain ...
-
By Idris Talu Welcome to Lata Kekabu. We see what are the facilities provided here in order to give maximum convenient to the visitors. Fir...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan