Mampu tampung 2,200 penghuni
KUALA LUMPUR: Kerajaan menimbang untuk menggunakan kemudahan asrama jemaah haji milik Arab Saudi di Jeddah sebagai penempatan sementara rakyat Malaysia yang dibawa dari Kaherah, jika asrama milik Lembaga Tabung Haji tidak mencukupi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagaimanapun yakin asrama Tabung Haji di Jeddah mampu menampung 2,200 penghuni pada satu-satu masa. “Kita boleh tambah katil dan tilam tetapi jika perlu dan andai tempat masih tidak mencukupi kita akan meminta bantuan kerajaan Arab Saudi untuk menggunakan asrama haji negara lain yang ada di situ.
“Alternatif lain, misalnya menggunakan penempatan yang berhampiran dengan asrama milik Tabung Haji seperti dilakukan sebelum ini (musim haji),” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Jamil Khir berkata, kemudahan itu penting berikutan kedudukan Jeddah sebagai transit atau penempatan sementara bagi rakyat Malaysia sebelum dihantar pulang ke tanah air yang dilaksanakan secara berperingkat.
Beliau berkata, kerajaan akan membawa keluar semua pelajar terbabit secepat mungkin berikutan suasana yang semakin tidak stabil akibat pergolakan yang semakin meruncing.
"Kita sedang mengambil langkah terbaik untuk membawa mereka dengan selamat dan ini adalah amanat Perdana Menteri yang mahu supaya semua yang terbabit dengan misi ini memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia di sini," katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, Senator Kohilan Pillay, berkata seramai 3,000 lagi pelajar akan dibawa keluar hari ini menggunakan penerbangan ihsan terbabit dan akan dibawa ke Jeddah.
“Kita akan membawa keluar mereka secara secara berperingkat-peringkat.
Hingga kini sebanyak 1,000 pelajar sudah dibawa keluar melalui laluan air ke pelabuhan Suez untuk menaiki KD Bunga Mas ke Jeddah,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan bahawa rakyat Malaysia yang dipindahkan ke Jeddah dikenakan bayaran untuk makanan dan kos pengangkutan, beliau berkata dakwaan itu adalah tidak benar.
“Kepada pihak yang membuat dakwaan itu saya kira eloklah mereka hentikan perbuatan itu, kerana mereka (rakyat Malaysia) tidak minta perkara ini berlaku dan ibu bapa hanya mahu anak mereka pulang dengan selamat.
“Kilang fitnah asyik berjalan, dalam situasi kini apa yang kerajaan lakukan adalah melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat,” katanya.
Source: Berita Harian Malaysia Online
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
Courtesy: Berita Harian, 7 Julai 2006 TAIPING: Keropok kulit rusa sebagai makanan ringan adalah antara produk terbaru yang dipamerkan kepada...
-
Sumber: Berita Minggu Malaysia Online. Oleh Mohd Azis Ngah , azis@bharian.com.my Tarikh: 2010/08/08 Aktiviti perlombongan emas punca penghij...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007 By Idris Talu Ziarah Wida' Dan Subuh Terakhir Di Madinah Sebelum Balik Ke Malaysia. Inilah saat yang pali...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Ismail Talu Kantan @ kincung @ honje, merupakan sejenis bunga yang mempunyai pelbagai nama mengikut daerah ianya tumbuh. Di Semenan...
-
Kisah Biasa Yang Pesara Lalui By Idris Talu Sebermula, maka tersebutlah sebuah kisah, seorang rakan penulis yang kebetulan penulis temui di ...
-
By Idris Ismail Talu Tengahari tadi, penulis ingin bertukar selera. Biasanya makan sup sayur dengan roti, hari ini ingin mencoba makan mee b...
-
By Idris Ismail Talu Pada Mac 2010 yang lepas, kami telah dikurniakan Allah seorang lagi cucu perempuan. Syukur ke hadrat Illahi atas kurni...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan