TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Rabu, 9 Februari 2011
MB Selangor tolak kritikan
Oleh ABDUL YAZID ALIAS, pengarang@utusan.com.my SHAH ALAM 9 Feb. - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tetap dengan keputusan untuk membiayai kos perundangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menghasut. Tanpa mempedulikan kritikan pelbagai pihak kerana menggunakan dana kerajaan negeri bagi tujuan itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pembiayaan itu akan diteruskan atas 'prinsip kebebasan bersuara' selain alasan bahawa Shuhaimi merupakan wakil rakyat di negeri itu. Katanya, langkah membiayai kos perundangan Shuhaimi dilakukan kerana kerajaan negeri percaya wakil rakyat PKR itu menjalankan tugasnya untuk rakyat Selangor. "Mesyuarat Exco memutuskan untuk memberikan kemudahan guaman (kepada Shuhaimi). Sebagai seorang wakil rakyat beliau perlu bersuara. "Bagaimanapun, ada hadnya kerana kita tidak bayar wang jaminan kepada Shuhaimi, kita beri kemudahan guaman (tanggung kos perundangan) sahaja," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini. Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus baru-baru ini, mengkritik kerajaan negeri kerana menyalahgunakan wang rakyat dengan membiayai kos perundangan Shuhaimi. Beliau menyifatkan langkah kerajaan negeri itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana tuduhan ke atas Shuhaimi adalah tindakan peribadi yang tidak ada kaitan dengan kepentingan atau mewakili negeri dan rakyat Selangor. Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga membantah tindakan kerajaan negeri itu selain menyifatkan bahawa ia satu penyalahgunaan wang rakyat untuk kepentingan politik. Mereka turut mendesak PKR menggunakan wang parti itu untuk menanggung kos perundangan Shuhaimi dan bukannya menggunakan wang kerajaan negeri hasil titik peluh rakyat yang diberikan untuk kemakmuran dan kemajuan Selangor. Pada 7 Februari lalu, Shuhaimi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerbitkan artikel menghasut berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor dalam laman blognya, http://srimuda.blogspot.com pada 30 Disember tahun lalu. Shuhaimi mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Latifah Mohd. Tahar. Shuhaimi diwakili enam orang peguam iaitu Amer Hamzah Arshad, Mohamad Yusmadi Mohd. Yusof, N. Surendran, Latheefa Koya, Fahrir Azzar dan Nizam Bashir. Source: Utusan Malaysia Online.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Sesuai dengan peranan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menginstitusikan elemen pembangunan akhlak mulia dalam Teras ...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007 By Idris Talu Ziarah Wida' Dan Subuh Terakhir Di Madinah Sebelum Balik Ke Malaysia. Inilah saat yang pali...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
Source: Mingguan Malaysia Selak-selak surat khabar lama, terjumpalah gambar ini. Nostalgik bukan? Suatu gambaran cara kita masak dodol zaman...
-
By Idris Ismail Talu Anak-anak mengajak abah dan emaknya berehat di Cameron Highlands. Penulis dan isteri setuju saja. Pergilah kami, anak b...
-
Sumber: Berita Minggu Malaysia Online. Lupus ikut Syariah. Oleh Hasliza Hassan, hasliza@bharian.com.my Tarikh siar: 2010/09/19 Pusat Pelupus...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Talu Buah yang agak jarang boleh ditemui. Di kampung penulis, ianya dikenali dengan nama "gucil". Di tempat lain, penu...
-
By Idris Talu Di Perak biasa disebut “ceghopu” sementara di Negeri Sembilan disebut disebut “kecupu”. Tidak kiralah bagaimana ianya disebut,...
-
By Idris Ismail Talu. Selada air atau watercress atau nama saintifiknya Nasturtium officinale, N. microphyllum ; merupakan sejenis tumbuha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan