Oleh Jeniri Amir
2011/02/09
SESI pertemuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Sarawak dengan Perdana Menteri di Miri Ahad lalu adalah detik penting dan bersejarah. Tidak hairanlah ramai wakil rakyat teruja dan sedikit gementar bersemuka dengan pemimpin nombor satu negara itu. Banyak persoalan yang bermain di fikiran. Di hadapan Perdana Menteri ada fail bagi kawasan diwakili ADUN terbabit. Sebenarnya, Perdana Menteri mempunyai maklumat mengenai masalah, isu dan prestasi wakil rakyat dan kawasan diwakili.
Perdana Menteri mempunyai saluran untuk mengetahui masalah dan isu setiap DUN. Difahamkan agensi tertentu menjalankan kaji selidik di semua DUN.
Isnin lalu seorang menteri muda Sarawak memberitahu media ada wakil rakyat cuba memperbesarkan peluang menang pada pilihan raya akan datang ketika ditanya Perdana Menteri. Mereka tidak tahu bahawa Perdana Menteri mempunyai saluran, cara dan instrumen untuk mendapatkan maklum balas akar umbi. Menteri muda berkenaan dipetik sebagai berkata bahawa ada ADUN merah muka apabila dimaklumkan Perdana Menteri wakil rakyat itu tidak bercakap benar. Pertemuan bersemuka adalah pendekatan baru Najib dalam pelan transformasi politiknya.
Meskipun hanya diperuntukkan 10 minit, wakil rakyat Sarawak berpuas hati dengan pertemuan itu. Yang lebih penting, sesi interaktif itu jadi landasan untuk mengetahui janji yang belum ditunaikan, masalah dan cabaran di kawasan masing-masing.
Pertemuan itu membuktikan komitmen Perdana Menteri untuk menyelesaikan masalah rakyat, juga strategi memastikan Sarawak kekal menjadi simpanan tetap BN. Sejak mengambil alih teraju kepemimpinan, Najib mengambil inisiatif dengan memperkenalkan Pelan Transformasi Kerajaan dan Bidang Keberhasilan Utama Negara sebagai pendekatan berkesan menyelesaikan masalah rakyat.
Bagi Sarawak, kerajaan pimpinan beliau bertekad menyelesaikan masalah infrastruktur termasuk jalan raya, bekalan elektrik dan air bersih menjelang 2015.
Bagi memastikan kemenangan memihak kepada BN, amat penting bagi Najib menangani masalah yang membelenggu rakyat, selain memilih hanya calon yang benar-benar berpotensi besar untuk menang ditampilkan. Mungkin pada peringkat itulah beliau meminta pandangan wakil rakyat berkenaan peluang mereka menang.
Berdasarkan keputusan pilihan raya negeri 2006, BN Sarawak berdepan masalah di 10 kerusi, selain sembilan kerusi dimenangi pembangkang. Sebenarnya, BN berdepan laluan sukar di 18 kerusi pada pilihan raya akan datang. Kerusi itu dimenangi BN dengan majoriti kecil seperti Sadong Jaya (858 undi), Beting Maro (895 undi), Batang Ai (806 undi), Saribas (94 undi), Repok (576 undi), Dudong (408 undi), Pelawan (263 undi), Belaga (227 undi), dan Ba’Kelalan 475 undi. Kerusi Engkilili yang dimenangi calon Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) tetapi menyertai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) juga hanya menang majoriti 426 undi.
Kawasan berkenaan membabitkan empat kerusi diwakili SUPP, tiga kerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), dua kerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan satu kerusi diwakili Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP). Bagaimanapun, dalam pilihan raya kecil 2009 ekoran kematian penyandangnya, BN menang dengan majoriti besar di kawasan Batang Ai.
Penulis ialah pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak.
Source: Berita Harian Malaysia Online.
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Forum Setiakawan Malaysia-Indonesia anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dan Utusan Malaysia...
-
A lovely song by Momoe Yamaguchi Momoe Yamaguchi, penyanyi legenda Jepun yang dilahirkan di Tokyo dalam tahun 1959 ini sebenarnya tidak lama...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Oleh Siti Zarinah Sahib , sitizarinah@hmetro.com.my TARIKAN hantaran bukan saja terletak pada hiasan, tetapi pengisian digunakan. Kini pengg...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 27 September 2010. Oleh HAMIMAH HAMID , utusanperak@utusan.com.my KUALA KANGSAR 26 Sept. - Baya...
-
Oleh AZMAN ANUAR, rencana@utusan.com.my PADA 14 Januari 1976, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita Tun Abdul Razak Hussein menin...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007M By Idris Talu Lawatan Ke Ladang Khurma Selepas melawat ke Masjid Quba', kami dibawa ke Masjid Qiblatain ...
-
By Idris Talu Welcome to Lata Kekabu. We see what are the facilities provided here in order to give maximum convenient to the visitors. Fir...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan