Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Oleh Rafidah Mat Ruzki, edisimingguan@bharian.com.my
Tarikh: 2010/08/28
MAIS diarah ambil tindakan pengurusan Surau Al-Huda
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan berduka cita berikutan kejadian di Surau Al-Huda Kajang Sentral Ahad lalu yang menyaksikan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching memberi ucapan di situ.
Berikutan itu, baginda mengarahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk mengambil tindakan segera dan tegas terhadap pengurusan surau berkenaan.
Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, dalam satu kenyataan media kepada Berita Harian, semalam berkata berikutan itu pihaknya akan menghantar surat amaran kepada Teo berikutan tindakannya memasuki ruang solat di Surau Al-Huda, untuk memberi tazkirah.
Katanya, MAIS sudah memanggil pengurusan surau berkenaan semalam untuk menjelaskan isu terbabit.
“Selepas meneliti penjelasan daripada pihak terbabit, MAIS mendapati bahawa ucapan oleh wakil rakyat itu di dalam dewan solat surau, berlaku seperti dilaporkan.
“MAIS memandang serius berhubung isu ini memandangkan ia adalah kes kedua seumpamanya yang membabitkan ahli politik dan orang bukan Islam memberi ucapan di dalam masjid atau surau di Selangor.
“Berikutan itu, MAIS membuat keputusan untuk mengambil alih surau dan menguruskan pentadbiran surau itu dengan serta-merta kerana insiden ini jelas bertentangan dengan titah Tuanku,” katanya.
Sebelum ini, pada Ogos 2009, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar, berucap dalam satu majlis berbuka puasa di dewan utama Masjid Taman Sri Andalas sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan umat Islam.
Mohamad Adzib berkata, MAIS juga mengingatkan mana-mana wakil rakyat bukan Islam untuk tidak mengulangi perbuatan sama serta menggesa supaya semua pihak termasuk parti politik agar lebih sensitif dengan perasaan umat Islam selain menjunjung titah perintah Sultan Selangor bagi menjaga kesucian institusi masjid dan surau di Selangor.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata adalah menjadi tanggungjawab MAIS untuk menyiasat dan mengambil tindakan berkaitan perbuatan Ahli Parlimen Serdang itu.
“Kita serah kepada Majlis Agama Islam untuk ambil tindakan. Apa-apa tindakan, dia (MAIS) berkuasa penuh dalam tindakan ini. Kalau dia anggap bertentangan Islam dan sebagainya, kita minta ambil tindakan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO semalam.
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SultanSelangormurka/Article
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Sabtu, 28 Ogos 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
By Idris Talu Salah satu usaha ternakan di Ladang Infoternak Sungai Siput Utara ialah ternakan rusa. Usaha ini amat berjaya setakat ini....
-
By Idris Ismail Talu Pada Mac 2010 yang lepas, kami telah dikurniakan Allah seorang lagi cucu perempuan. Syukur ke hadrat Illahi atas kurni...
-
By Idris Ismail Talu Nyawa Di Hujung Pedang – begitulah namanya sebuah novel pendek berkaitan sejarah Peperangan Dunia Yang Kedua. Novel pen...
-
Sumber: Berita Minggu Malaysia Online. Lupus ikut Syariah. Oleh Hasliza Hassan, hasliza@bharian.com.my Tarikh siar: 2010/09/19 Pusat Pelupus...
-
Kisah Biasa Yang Pesara Lalui By Idris Talu Sebermula, maka tersebutlah sebuah kisah, seorang rakan penulis yang kebetulan penulis temui di ...
-
By Idris Ismail Talu Kantan @ kincung @ honje, merupakan sejenis bunga yang mempunyai pelbagai nama mengikut daerah ianya tumbuh. Di Semenan...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
By Idris Ismail Talu Arrowhead atau ngaku, atau kentang Cina merupakan sejenis “ubi” yang lembut yang kononnnya ditanam di dalam sawah berai...
-
By Idris Ismail Talu Pokok seringan? Pokok apa itu? Begitulah agaknya pertanyaan di kepala pembaca blog ini. Ya, mungkin disebabkan oleh ter...
-
Source: Mingguan Malaysia Selak-selak surat khabar lama, terjumpalah gambar ini. Nostalgik bukan? Suatu gambaran cara kita masak dodol zaman...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan