Sumber: Berita Harian Malaysia Online.
Tarikh: 2010/08/19
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam berbuka puasa bersama anggota Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri di kediaman rasminya di Seri Perdana, di sini.
Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pegawai tinggi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Felda, hadir sama. Pada majlis itu, Najib selaku Menteri yang bertanggungjawab terhadap FELDA, turut menyampaikan zakat perniagaan Kumpulan FELDA dan Koperasi Permodalan Felda (KPF) Berhad kepada 14 buah Pusat Zakat Negeri (PZN).
Jumlah bayaran zakat bagi 2009 bagi Kumpulan FELDA dan KPF ialah berjumlah RM25.82 juta iaitu bertambah RM5.94 juta berbanding RM19.88 juta pada 2008.
Zakat Kumpulan FELDA bagi 2009 adalah sebanyak RM14.92 juta iaitu bertambah RM2.15 juta, manakala KPF pula berjumlah RM10.90 juta iaitu meningkat RM3.78 juta.
PZN Pahang adalah penerima terbesar zakat itu iaitu sebanyak RM9.02 juta, diikuti Johor (RM5.96 juta), Sabah (RM2.9 juta) dan Negeri Sembilan (RM1.82 juta).
Bayaran zakat itu adalah kali yang keenam sejak 2005.
Perdana Menteri turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih dengan berimamkan Sheikh Amru Jumah Abduh dari Mesir, selepas majlis berbuka puasa itu.
Najib turut meraikan dan menyampaikan sumbangan kepada 40 anak yatim dari Rumah Nur Hikmah, Kajang pada majlis tersebut. BERNAMA
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NajibberbukapuasabersamaMB_KMdanKabinet/Article
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
Kisah Biasa Yang Pesara Lalui By Idris Talu Sebermula, maka tersebutlah sebuah kisah, seorang rakan penulis yang kebetulan penulis temui di ...
-
By Idris Talu Petai kerayong tidak ada banyak bezanya dengan petai biasa. Petai kerayong bila matang, buah dan kulitnya menjadi keras, tida...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007M By Idris Talu Suasana Berulang Alik Pergi Balik ke Masjid Nabawi di Madinah Al Munawwarah. Semasa berulang-a...
-
By Idris Ismail Talu. Di negeri Perak, buah nadir ini dinamakan sebagai buat “seralat” atau “salat” sahaja. Sementara di tempat-tempat lain ...
-
By Idris Ismail Talu Gambar kenangan semasa melawat ke Embun Pagi di pinggiran Danau Maninjau di Sumatra Barat (Minangkabau). Penulis bersam...
-
By Idris Ismail Talu Tengahari tadi, penulis ingin bertukar selera. Biasanya makan sup sayur dengan roti, hari ini ingin mencoba makan mee b...
-
By Idris Ismail Talu Pada Mac 2010 yang lepas, kami telah dikurniakan Allah seorang lagi cucu perempuan. Syukur ke hadrat Illahi atas kurni...
-
Perjuangan Bangsa Mempertahankan Tulisan Jawi Source: Utusan Malaysia Online.
-
By Idris Ismail Talu Ini bukan dalam cerita arahan Allahyarham P. Ramlee. Ini kampong sebenar di kawasan Kampar, Perak. Nama kampong tersebu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan