Sumber: Harian Metro Malaysia Online.
Tarikh: 2010/08/23
MELAKA: Wajah riang anak yatim yang mengikuti kelas bimbingan dan ceramah motivasi sedikit sebanyak dapat mengisi kesunyian di hati mereka sepanjang menyertai program Titipan Kasih Harian Metro 2010 di Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Bayan, Bukit Katil, kelmarin.
Seramai 32 kanak-kanak dan golongan remaja berusia antara enam hingga 17 tahun menyertai program berkenaan yang dianjurkan oleh sekumpulan mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bandaraya Melaka.
Program selama enam jam itu menarik minat peserta berikutan pengisian slot program itu menarik minat mereka sehingga tidak membosankan mereka walaupun dalam tempoh agak panjang.
Wakil mahasiswa berkenaan, Khairul Amri Abdul Aziz, berkata seramai lima pelajar termasuk dirinya yang juga Exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi Kampus Bandaraya serta enam sekretariat membantu dalam program berkenaan.
Katanya, pada peringkat awal, program dijalankan peserta dilihat agak pendiam dan pemalu, tetapi selepas program ‘ice breaking’ mereka mulai menunjukkan kemesraan antara sama lain.
“Kami gembira kerana dapat mendekati golongan anak yatim itu kerana barulah dapat menyelami perasaan mereka dan kehidupan anak-anak ini serta membantu apa yang diperlukan.
“Bagi golongan kanak-kanak, mereka mudah mesra berbanding golongan remaja kerana mungkin sifat pemalu sudah menebal di dalam diri mereka.
“Bagaimanapun, kami menggunakan pelbagai teknik lain bagi mendekati diri mereka semua,” katanya ketika di temui pada sesi motivasi itu.
Khairul berkata, pengisian pada program motivasi berkenaan adalah memberi input mengenai hala tuju mereka tentang pelajaran dan pengajian lanjutan yang bersesuaian dengan pencapaian masing-masing.
Source: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MahasiswaUiTMberikelasbimbingan_ceramahmotivasi/Article/index_html
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Forum Setiakawan Malaysia-Indonesia anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dan Utusan Malaysia...
-
A lovely song by Momoe Yamaguchi Momoe Yamaguchi, penyanyi legenda Jepun yang dilahirkan di Tokyo dalam tahun 1959 ini sebenarnya tidak lama...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Oleh Siti Zarinah Sahib , sitizarinah@hmetro.com.my TARIKAN hantaran bukan saja terletak pada hiasan, tetapi pengisian digunakan. Kini pengg...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 27 September 2010. Oleh HAMIMAH HAMID , utusanperak@utusan.com.my KUALA KANGSAR 26 Sept. - Baya...
-
Oleh AZMAN ANUAR, rencana@utusan.com.my PADA 14 Januari 1976, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita Tun Abdul Razak Hussein menin...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007M By Idris Talu Lawatan Ke Ladang Khurma Selepas melawat ke Masjid Quba', kami dibawa ke Masjid Qiblatain ...
-
By Idris Talu Welcome to Lata Kekabu. We see what are the facilities provided here in order to give maximum convenient to the visitors. Fir...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan