Sumber: Berita Minggu Malaysia Online.
Oleh Abdul Razak Raaff dan Rosli Abdul Jalil, edisimingguan@bharian.com.my
Tarikh: 2010/08/29
Dana khas ringan beban menerusi program tanaman semula
PEKAN: Empat hari selepas meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara, semalam Datuk Seri Najib Razak mengumumkan ‘hadiah’ hari raya kepada pekebun kecil seluruh negara melalui kenaikan kadar bantuan program tanam semula getah berkuatkuasa 1 September ini.
Ia membolehkan pekebun kecil di Semenanjung menerima RM9,230 sehektar berbanding RM7,000 sehektar tahun sebelumnya, manakala pekebun kecil di Sarawak akan menerima RM13,500 sehektar dan Sabah pula RM14,000 berbanding RM10,000 dan RM7,000 sehektar sebelum ini.
Mengumumkan berita gembira itu, Perdana Menteri berkata, hasil kenaikan kadar baru itu, kerajaan perlu menyediakan peruntukan RM651.7 juta bagi menanam semula getah di kawasan seluas 100,000 hektar di seluruh negara dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) dengan pertambahan peruntukan sejumlah RM205.8 juta.
Seramai 11,428 pekebun kecil di seluruh negara bakal menerima kenaikan antara RM2,230 hingga RM7,000 sehektar yang akan dibayar secara ansuran.
“Ini adalah hadiah hari raya kerajaan kepada masyarakat pekebun kecil di seluruh negara dan harapan saya supaya lebih ramai pekebun kecil menyertai program tanam semula ini,” katanya pada majlis penyampaian Dividen Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB), Dividen Tanam Semula Komersial (TSK) dan zakat RISDA 2010, di sini semalam.
Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek dan Ketua Pengarah RISDA, Datuk Mohammad Izat Hasan.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, kerajaan bersetuju menaikkan kadar bantuan program tanam semula getah kepada getah integrasi disebabkan kos pembangunan tanah yang meningkat membabitkan kos menebang, membuat teres dan input pertanian seperti baja dan racun yang membebankan pekebun kecil.
“Kenaikan kadar bantuan ini membuktikan kerajaan tidak pernah mengabaikan nasib dan kebajikan pekebun kecil,” katanya sambil menambah komoditi itu masih penting kerana ia memberi banyak sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pekebunkecildapatbantuankhaskewangan/Article
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Forum Setiakawan Malaysia-Indonesia anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dan Utusan Malaysia...
-
A lovely song by Momoe Yamaguchi Momoe Yamaguchi, penyanyi legenda Jepun yang dilahirkan di Tokyo dalam tahun 1959 ini sebenarnya tidak lama...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...
-
Oleh Siti Zarinah Sahib , sitizarinah@hmetro.com.my TARIKAN hantaran bukan saja terletak pada hiasan, tetapi pengisian digunakan. Kini pengg...
-
Pembentangan Bajet 2015 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib. Telah didengar dengan tekun, Sedari jusa sampai pekebun, Lunaknya ba...
-
By Idris Talu. Buah kasai atau dalam bahasa botaninya - “ Pometia pinnata “ - dikenali juga sebagai buah matoa di kepulauan Papua. Kasai...
-
Sumber: Utusan Malaysia Online Tarikh siar: 27 September 2010. Oleh HAMIMAH HAMID , utusanperak@utusan.com.my KUALA KANGSAR 26 Sept. - Baya...
-
Oleh AZMAN ANUAR, rencana@utusan.com.my PADA 14 Januari 1976, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita Tun Abdul Razak Hussein menin...
-
Mekah & Madinah 1428H/2007M By Idris Talu Lawatan Ke Ladang Khurma Selepas melawat ke Masjid Quba', kami dibawa ke Masjid Qiblatain ...
-
By Idris Talu Welcome to Lata Kekabu. We see what are the facilities provided here in order to give maximum convenient to the visitors. Fir...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan