TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Tan Sri Dr Zeti Akhtar U A Aziz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tan Sri Dr Zeti Akhtar U A Aziz. Papar semua catatan

Rabu, 20 April 2011

Khidmat Tan Sri Dr Zeti 5 tahun lagi


Oleh AHMAD FADZIL, pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 April – Perkhidmatan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz disambungkan untuk tempoh lima tahun lagu, bermula 1 Mei ini.

BNM dalam kenyataannya di sini berkata, pelantikan semula itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Zeti, 64, telah memegang jawatan Gabenor sejak Mei 2000 dan beliau telah memainkan peranan penting sebagai penggerak pembangunan kewangan Islam di dalam dan luar negara serta industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, kata kenyataan itu.

Zeti juga merupakan individu penting dalam menjadikan Malaysia sebagai pusat dagangan Sukuk di bawah inisiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC).

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Sementara itu, di Ipoh, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelantikan semula Zeti adalah penting kepada negara dalam menghadapi suasana ekonomi global yang semakin mencabar.

Beliau menyifatkan pengekalan Zeti itu akan terus memberi kesinambungan kecemerlangan kepada BNM.

‘‘Di bawah kepimpinan Zeti, BNM muncul sebagai sebuah institusi paling kukuh dan berjaya di dalam dan luar negara.

‘‘Kesinambungan kepimpinan Zeti penting bagi sebuah institusi penting seperti BNM ,” katanya ketika diminta mengulas pelantikan semula Zeti pada majlis pelancaran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di Ipoh, hari ini.

Najib berkata, Malaysia tidak menerima kesan yang teruk semasa krisis ekonomi global kerana sistem kewangan dan perbankan berdaya tahan dan kukuh.

‘‘Ini semua disebabkan kepimpinan BNM,” ujarnya.

Pengerusi Persatuan Bank-Bank Malaysia, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, pelantikan semula Zeti disokong oleh masyarakat perbankan negara.

Beliau yang juga Presiden dan Ketua Eksekutif Malayan Banking Bhd. berkata, institusi perbankan memang memberi penghormatan tinggi kepada Zeti selaku Gabenor.

‘‘Beliau telah berjaya mempertingkatkan imej Malaysia dalam sistem kewangan di dunia dan pelantikan beliau merupakan sesuatu perkembangan positif,” katanya ketika ditemui di sini.

Source: Utusan Malaysia Online.

Rabu, 8 Disember 2010

Penerima kedua dalam keluarga

PUTRAJAYA: “Anugerah ini menjadi inspirasi serta dorongan kepada saya terus berusaha demi negara,” kata penerima Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1432H/2010M, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, 63.

Zeti yang juga penerima wanita pertama sejak Tokoh Maal Hijrah dianjurkan 24 tahun lalu berkata, anugerah itu juga penghargaan besar kepadanya, dan tidak menyangka terpilih untuk diberikan pengiktirafan itu.


“Ini pengiktirafan dan penghormatan amat besar kepada saya dan saya tidak sangka. Saya sangat berterima kasih dan ini juga sebagai dorongan untuk saya terus berusaha untuk negara,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1432H/2010M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Anugerah disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin. Hadir sama, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Beliau menerima hadiah wang tunai RM100,000, pingat, plak dan sijil penghargaan.

Zeti yang juga Gabenor Bank Negara (BNM) berkata, beliau percaya lebih ramai wanita di negara ini mampu mencapai kejayaan seperti dikecapinya, sekiranya mereka berusaha bersungguh-sungguh.

“Mesti ada wanita lain boleh berjaya, di Bank Negara sendiri ada timbalan dan Penolong gabenor wanita, jadi pada masa depan saya percaya lebih ramai wanita akan berjaya bukan saja dalam sektor kerajaan tetapi juga dalam sektor swasta.

Ibu kepada dua anak itu juga berkata, beliau gemar membaca dan kebanyakan masanya dihabiskan membaca buku terutama mengenai bidang kewangan, pembangunan kepemimpinan dan pembinaan diri.

Beliau turut menasihatkan pelajar sekolah mempunyai keinginan dan perasaan ingin tahu mengenai sesuatu perkara memperoleh lebih banyak pengetahuan.

Sementara bapa Zeti, Prof Diraja Ungku Aziz berkata, beliau amat terharu anak tunggalnya diberi pengiktirafan terbabit, sekali gus menjadi generasi kedua dalam keluarganya yang menerima anugerah berkenaan.

“Saya terharu sebab dia wanita pertama dan pakar ekonomi sulung (yang menerima anugerah berkenaan). Saya rasa dia boleh mentadbir masalah ekonomi dan kewangan khususnya kepakarannya dalam kewangan Islam.

Ditanya pendekatan diambil untuk mendidik anaknya, beliau berkata beliau sentiasa memberi kebebasan kepada Zeti termasuk memilih sendiri subjek diminati atau mahu sambung belajar di mana tanpa sebarang paksaan.

“Saya bincang dengan dia tapi dia buat keputusan, saya tak pernah paksa dan cuba mempengaruhinya. Saya sendiri anak yatim sebelum perang dan saya perlu berdikari,” katanya.

Zeti terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah dibuat jawatankuasa pemilihan dipengerusikan Jamil Khir mendapati beliau memenuhi semua kriteria ditetapkan termasuk berpengetahuan luas dan mendalam dalam disiplin ilmu dimanfaatkan ke arah pembangunan ummah, agama dan negara.

Selain itu, beliau juga mempunyai sifat dan peribadi unggul yang boleh dijadikan teladan, memberi sumbangan cemerlang dalam perkembangan syiar Islam dan pembangunan ummah serta ketokohannya mendapat pengiktirafan dan diterima masyarakat umum.

Beliau yang memulakan karier sebagai penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara pada 1979, turut menjadi tokoh penting kerana berjaya memulihkan ekonomi Malaysia daripada krisis kegawatan ekonomi pada 1998.

Berpegang pada prinsip ‘Hidup biarlah menabur bakti dan jasa, isteri kepada Dr Tawfiq Ayman itu juga berjaya mengangkat Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan dan perbankan Islam unggul mempunyai landskap kewangan Islam komprehensif hingga menjadi rujukan dunia.

Source: Harian Metro Malaysia Online

Isnin, 6 Disember 2010

Zeti penerima Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1432

07/12/2010 11:15am

Tan Sri Datuk Dr. Zeti Akhtar.


PUTRAJAYA 7 Dis. - Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Datuk Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dipilih menjadi penerima Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah 1432 pada tahun ini.

Ketokohan dan kejayaan beliau dalam memimpin sistem kewangan negara telah mendapat perhatian dunia.

Beliau juga berjaya mengangkat negara sebagai pusat kewangan dan perbankan Islam yang unggul.

Source: Utusan Malaysia Online

Isnin, 13 September 2010

Zeti dipilih antara ketua bank pusat terbaik dunia

Sumber: Berita Harian Malaysia Online.

Tarikh: 2010/09/13


KUALA LUMPUR: Majalah yang beribu pejabat di New York, Global Finance, menamakan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebagai seorang daripada ketua bank pusat terbaik dunia sepanjang setahun lalu di kalangan lima ketua bank pusat yang lain daripada lima negara dan Presiden Bank Pusat Eropah, Jean-Claude Trichet.

Tan Sri Dr Zeti Akhtar Abdul Aziz.

Zeti dan enam ketua bank pusat yang lain itu diberikan gred "A" dalam rencana tahunan terbitan majalah berkenaan yang bertajuk Kad Laporan Ketua bank Pusat bagi kejayaan dalam bidang seperti kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah. Gred berkenaan adalah antara A hingga F, dengan A yang tertinggi manakala F terendah. “A menunjukkan prestasi cemerlang dan F pula kegagalan,” demikian menurut Global Finance dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua bank pusat yang lain yang menerima gred tertinggi ialah Ketua Bank Pusat Australia, Glenn Stevens, Stanley Fischer (Israel), Lee Seong-tae (Korea Selatan), Fai-Nan Perng (Taiwan), Durmus Yilmaz (Turki) dan Trichet (Kesatuan Eropah).

Majalah berkenaan mempunyai pembaca di 163 negara yang terdiri daripada pengamal kewangan syarikat-syarikat multinasional, dan mempunyai pejabat di London dan Milan, selain ibu pejabat di New York. – Bernama

Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Zetidipilihantaraketuabankpusatterbaikdunia/Article/index_html

Isnin, 2 November 2009

Bank Negara governor gets award

Courtesy: The Star Malaysia/Bernama
Published: Monday November 2, 2009 MYT 2:17:00 PM

Photo - Courtesy: Bernama.

KUALA LUMPUR: The Women In Leadership Forum held in Dubai recently, provided a platform for the Federation of Women Entrepreneur Associations Malaysia (FEM), to identify areas for business cooperation with its Middle East counterparts.

Through the forum, the association has identified trading, services and the financial sector as among the business areas for cooperation.

The participants at the three-day forum from Oct 25, had expressed an interest in networking and engaging in business with Malaysian women entrepreneurs.

This was further heightened when the FEM vice-chairman 1, Noridah Ahmad, was invited to receive the "Women Achievement Award" on behalf of Bank Negara Malaysia governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, for her exceptional achievements in the banking sector.

"We are truly honoured and proud of the recognition bestowed on Zeti," Noridah said in a statement here on Monday.

Although the forum was too short for FEM to close any business deals, the 300 participants from the Middle East, Britain, the United States,Canada and Sweden, were nevertheless, impressed with the achievements of Malaysian women entrepreneurs.

For the association, the forum has helped opened doors for a bigger slice of the global market.

The forum offered an educational and networking platform for businesswomen and leaders to set trends, influence, innovate,strategise, devise successful platforms and leverage women's participation in the global business world.

The forum was also aimed at creating an economic roundtable for women leaders and to examine their perspectives on global issues. - BERNAMA

Courtesy: The Star Malaysia/Bernama

Source: http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/11/2/business/91102141806&sec=business

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran