TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Raya Zaman Dulu-dulu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raya Zaman Dulu-dulu. Papar semua catatan

Selasa, 7 September 2010

Raya Zaman Dulu-dulu

Nostalgia - kenangan semasa melalui zaman kanak-kanak hingga zaman belia. Pada masa dahulu memang ada dibuat reban atau rumah untuk ayam atau itik peliharaan. Namun, namanya sahaja reban, tetapi jarang pula pintunya bertutup samada kerana pintunya uzur atau dinding reban itu pun berlubang di merata tempat. Ayam dan itik boleh masuk dan keluar reban ikut mana-mana lubang yang ia suka.

Bukan itu sahaja, banyak juga didapati, ayam peliharaan tidur di atas pokok manggis, pokok rambutan atau pokok jambu air di sekeliling rumah. Oleh itu, apabila tiba musim perayaan, untuk menyembelih ayam untuk dibuat lauk pada hari-hari tersebut, yang menjadi masalah besarnya ialah untuk menangkap ayam-ayam tersebut.

Biasalah, kita selalunya beri rasuah ayam itu dengan padi atau beras dedak yang disimpan selepas kerja menumbuk padi untuk menjadi beras. Dulu-dulu manalah ada mesin padi seperti sekarang. Padi ditumbuk sendiri dengan menggunakan lesung kaki sehingga menjadi beras.



Foto ihsan Sdr Jaafar Taib.


Selepas itu, terpulanglah kepada kemahiran yang hendak menangkap ayam tersebut. Ada yang mengejar ayam-ayam tersebut sampai ada yang patah kaki ayam itu sebab kasar sangat waktu menagkapnya.

Ada yang menggunakan jala untuk "menjala" ayam yang dirasuahkan dengan padi atau antah beras itu. Kalau tidak dapat menangkap ayam-ayam tersebut, jawabnya raya tidak berlauklah. Macamana nak makan lemang kalau tidak ada rendang ayam?

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran