TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label Perpustakaan Minangkabau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perpustakaan Minangkabau. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Julai 2010

Perpustakaan Minangkabau,

By Idris Ismail Talu

Buku No.7.


Nama buku: Tanya Jawab Adat Minangkabau – Buku Pertama
Penulis: Amir M. S.
Penerbit: PT. Mutiara Sumber Widya
Tahun terbit: 2003
ISBN: 979-9331-56-0

Sedikit penerangan mengenai buku ini:

Suatu ketika dahulu, sebuah tv swasta Indonesia telah menayangkan sebuah sinetron berjudul “Duo Datuk” yang berlatarbelakangkan suasana Ranah dan Adat Minangkabau.

Penayangan sinetron tersebut telah menyinggung perasaan, harga diri, dan martabat orang Minangkabau. Jawatan Penghulu dan Datuk serta adat istiadat Miangkabau telah direndahkan martabatnya melalui penyiaran sinetron tersebut.

Penulis buku ini, Amir M.S. berharap ianya (buku ini), dapat membekalkan ilmu asas tentang keMinangkabauan kepada generasi muda masyarakat Minangkabau supaya mengenali jati diri Minangkabau sejati dan mengamalkannya dengan harapan supaya terbentuklah peribadi Minangkabau yang tinggi kualitinya.


******************************************************************


Buku No. 8.


Nama buku: Tanya Jawab Adat Minangkabau – Buku Kedua
Penulis: Amir M. S.
Penerbit: Karya Dunia Fikir
Tahun terbit: 2005
ISBN: 979-97889-7-8

Sedikit penerangan mengenai buku ini:


Dalam buku yang kedua ini, penulisnya – Amir M. S. menjelaskan tentang proses perlantikan penghulu di Minangkabau, saripati adat Minangkabau, proses pemerintahan di kampung-kampung, serta kelompok-kelompok persukuan di dalam alam Minangkabau.

Penulis ingin mengajak pembaca supaya dapat membedakan antara mitos dan fakta, antara cerita dan berita, atau antara karya sastra dan peraturan hidup.


******************************************************


Buku No. 9.


Nama buku: Syekh Ahmad Khatib – Ilmuan Islam Di Permulaan Abad.
Penulis: Drs. Akhria Nazwar
Penerbit: Pustaka Panjimas, Jakarta.
Tahun terbit: 1983.
ISBN: - Tiada.

Sedikit penerangan mengenai buku ini:-


Buku ini banyak menerangkan tentang Syekh Ahmad Khatib, atau nama lengkapnya Ahmad Khatib bin Abdul Latif al Minangkabawy, seorang putera Minangkabau sejati yang sangat dalam ilmu pengetahuan agama Islamnya.

Beliau diberi kepercayaan menjadi imam dan khatib di Masjidil Haram, Makkah. Beliau juga mengajar ilmu keagamaan di Masjidil Haram. Agak jarang jawatan seperti ini diberikan kepada warga bukan Arab.

Walau pun bermukim di Makkah, Syekh Ahmad Khatib cukup berpengaruh atas kemajuan dan membawa perubahan yang besar dan ketara dalam perkembangan agama Islam di ranah Minangkabau.

http://idristalu.blogspot.com/

Jumaat, 18 Jun 2010

Perpustakaan Minangkabau Penulis

By Idris Ismail Talu

Sambungan senarai buku yang berkaitan dengan Minangkabau atau yang ditulis oleh penulis yang berasal dari Minangkabau.


Nama buku: Nasab Ibu Dan Merantau
Nama Asal: Matriliny and Migration, Evolving Minangkabau Traditions in Indonesia.
Penulis: Prof. Dr. Tsuyoshi Kato.
Penterjemah: Dr. Azizah Kassim
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
ISBN 983-62-0560-8

Penerangan mengenai buku ini:-

Buku ini membicarakan tentang kedudukan nasab ibu dan juga budaya merantau di kalangan warga Minangkabau di Sumatra Barat. Ramnai penyelidik membuat ramalan bahawa kedudukan nasab ibu ini akan bakal pupus.

Prof Dr Tsuyoshi Kato telah membuktikan melalui penyelidikannya bahawa unjuran ramai itu tidak benar. Sistem nasab ibu tidak akan pupus, tetapi terus wujud dengan pengubahsuaian yang selaras dengan masa dan ketika.

Nama buku: Masih Ada Harapan.
Penulis: Dr Saafroedin Bahar & Ir. Mohammad Zulfan Tadjoeddin.
Penerbit: Yayasan Sepuluh Agustus & Yayasan Citra Pendidikan Indonesia, Jakarta.
Tahun terbit: 2004.
ISBN: 979-3480-04-1

Penerangan mengenai buku ini:-

Buku ini secara keseluruhannya, menerangkan kedudukan semasa etnik Minangkabau di Sumatra Barat yang mempunyai segala keperluan sumber untuk terus maju dalam kehidupan bernegara. Walau pun banyak halangan yang berbentuk macro dan juga mikro, sesuatu kelompok etnik yang kreatif dan innovatif bisa terus wujud dan berkembang maju.

Pengarang-pengarang buku ini optimistik etnik Minangkabau mampu berada di dalam arus perdana dalam menentukan kejayaan Sumatra Barat serta Indonesia secara keseluruhannya.

Buku ini merupakan pemberian ikhlas dari pengarangnya, Dr. Saafroedin Bahar kepada penulis – terima kasih.



Nama buku: Syekh Burhanuddin dan Islamisasi Minangkabau.
Penulis: Drs. H. Dusuki Samad, M.A.
Penerbit: The Minangkabau Foundation Atas Bantuan Yayasan Pengembangan Ekonomi dan Kesejahteraan Masyarakat Jakarta.
Tahun terbit: 2002.
ISBN: 979-9480-16-7

Penerangan mengenai buku ini:-

Buku ini menjelaskan tentang Syekh Burhanuddin, yang meliputi riwayat hidupnya, tentang buah fikirannya, tentang halatuju perjuangan hidup beliau serta usaha kerasnya membawa masyarakatnya kembali kepada dasar-dasar Islam yang sebenarnya lagi murni.

©idrisismailtalu@2010

Khamis, 17 Jun 2010

Perpustakaan Minangkabau Penulis

By Idris Ismail Talu

Penulis mula membaca buku-buku yang berkaitan dengan Minangkabau sejak berumur enam belas tahun lagi. Novel Prof Dr Hamka yang pertama penulis baca ialah "Tenggelamnya Kapal van der Wijck" ini.


Nama buku: Tenggelamnya Kapal van der Wijck
Penulis: Prof. Dr. Hamka.
Penerbit: Pustaka Antara Kuala Lumpur.
Tahun terbit: 1966.
ISBN: Tiada.

Penerangan mengenai buku ini:-

Menceriterakan kisah hidup seorang anak muda yang berayahkan orang Minangkabau yang berasal dari Batipuh X Kota di Padang Panjang, sedangkan ibunya orang Mengkasar asli.

Setelah kematian ibu dan ayahnya, kinginan untuk pulang ke tanah air ayahnya membawa pemuda itu menempuh pengalaman yang cukup membekas dalam hidupnya. Lebih meriah jika pembaca membaca kisah sebenar di dalam novel cinta ini.



Nama buku: Di Bawah Lindungan Ka’abah
Penulis: Prof. Dr. Hamka.
Penerbit: Pustaka Antara, Kuala Lumpur.
Tahun terbit: 1969.
ISBN: - Tiada-

Sedikit penerangan mengenai buku ini:-

Novel kecil ini memaparkan hubungan cinta antara sepasang muda-mudi, bernama Abdul Hamid dan Zainab. Percintaan mereka teguh dengan tali keimanan kepada Allah, walau pun menempuh pelbagai halangan dan kesengsaraan.

Bacalah novel ini seterusnya novel “Di Bawah Lindungan Ka’abah” ini.


Nama buku: Kenang2-an Hidup Hamka.
Penulis: Prof. Dr. Hamka.
Penerbit: Pustaka Antara Kuala Lumpur.
Tahun terbit: 1966.
ISBN: - Tiada-.

Sedikit penerangan mengenai buku ini:-

Buku ini memaparkan kisah peribadi Prof. Dr. Hamka sendiri. Allahyarham menulis sendiri riwayat hidupnya secara teliti, berterusterang, dan lengkap dimulakan dari tahun kelahirannya (1908) membawa kepada kisah perantauannya ke merata tempat di dunia ini.

Bahagian pertama buku ini mengisahkan cerita Allahyarham dari tahun kelahirannya sehingga tahun perkahwinannya 1929.

Bahagian kedua pula mengisahkan riwayatnya sebagai pengarang dalam tahun 1925 hingga membawa kepada zaman kejatuhan Belanda dalam tahun1942.

Sementara dalam bahagian ketiga pula menceriterakan kisah perjuangan bangsa Indonesia melancarkan revolusi untuk menegakkan kemerdekaan Republik Indonesia .

©idrisismailtalu@2010

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran