Sumber : Utusan Malaysia Online.
Tarikh siar: 04 Oktober 2010.
TELAH banyak kali pesanan ini diluahkan oleh para pemimpin Melayu. Pesanan itu semakin kuat kedengaran lantaran suasana politik yang tidak menentu dan terumbang ambing ekoran perebutan kuasa dan perbalahan yang berlaku dalam barisan kepemimpinan Melayu sendiri. Tidak kira sama ada barisan kepimpinan itu ditunjangi oleh UMNO atau Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR), perpecahan dan perbalahan yang melibatkan kaum Melayu di negara ini hanya merugikan bangsa dan agama.
Justeru, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menyebut tentang perlunya dipertahankan kuasa politik Melayu, maka semua pihak perlu membuka mata dan hati dengan menerimanya tanpa prasangka.
Kebimbangan Najib terhadap situasi sekarang memang ada asasnya kerana perpecahan orang Melayu sekarang telah memberi peluang kepada barisan pemimpin politik bukan Melayu terutama DAP menabur pelbagai dakyah, fitnah dan tuntutan melampau sehingga ada orang Melayu sendiri terpedaya sekali gus menyokong perjuangan parti itu yang jelas mahu 'membunuh' kuasa politik orang Melayu.
Memang menyedihkan memikirkan ada orang Melayu sanggup bersekongkol dengan DAP sehingga memuji segala dasar dan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang walaupun jelas ia tidak berpihak kepada kaum Melayu. Kenapa ia berlaku? Kenapa ada kaum Melayu sendiri sanggup menjadi dalang bangsa sendiri? Semua itu berlaku kerana tidak ada lagi perpaduan bangsa Melayu, selain keliru dengan tipu muslihat pembangkang yang suka sangat menangguk di air keruh.
Air keruh yang terhasil itu adalah kerana tindak tanduk orang Melayu sendiri yang tidak mahu bersatu demi mengukuhkan kuasa politik yang nampaknya semakin hari semakin rapuh. Ketahuilah hanya kuasa politik dapat memastikan maruah bangsa tidak tergadai seperti mana yang berlaku di bumi Palestin.
Ketahuilah juga bahawa hanya dengan kuasa politik itulah, maka tahap pendidikan dan ekonomi termasuk pemilikan harta di tanah tumpah darah sendiri dapat dipelihara. Tanpa kuasa politik, apa lagi yang orang Melayu ada di bumi yang menjadi asal usul nenek moyang dan keturunan kita ini?
Nak harapkan kuasa ekonomi, ia umpama jauh panggang dari api kerana kita boleh lihat sendiri, dengan kuasa politik yang dimiliki hari ini pun, kita masih gagal menyaingi bangsa-bangsa lain, terutamanya kaum Cina yang begitu berjaya dalam pelbagai sektor dan cabang ekonomi.
Tanpa kekuatan politik Melayu, maka sudah tentulah segala kekayaan yang dikorek dari tanah bernama Malaysia ini tidak dapat dikongsi secara adil dan bermaruah. Tanpa kuasa politik juga maka orang Melayu akan 'mati' dan berkubur di tanah air sendiri. Yang ada ketika itu hanyalah zombi (mayat hidup) yang terpaksa menagih simpati dari kaum-kaum lain demi mencari sesuap nasi bagi memastikan anak cucu dapat hidup walaupun dalam keadaan yang amat menyiksakan.
Ambil iktibar terhadap apa yang berlaku sekarang sehinggakan maruah bangsa Melayu begitu mudah diperkotak-katikkan dan diperlecehkan dengan begitu hina sekali. Sehinggakan ada individu yang mengaku rakyat negara ini mempersendakan lagu kebangsaan, menghina bangsa Melayu melalui klip video dan sebagainya. Di mana maruah sebenar orang Melayu jika budak hingusan seperti Namewee sewenang-wenangnya menghina bangsa Melayu?
Adakah kita masih mahu terus dihina sedemikian rupa? Jawapannya, tentulah kita tidak mahu dan tindakan daripada jawapan itu adalah merapatkan barisan dan meneruskan perjuangan sepertimana yang Najib mahukan.
Tekad dan tanamkan di dalam setiap jiwa orang Melayu mulai anak-anak kecil sehingga usia warga emas bahawa hanya dengan kuasa politik yang mesti terus dipegang dan dipertahankan oleh kaum Melayu, maka kesejahteraan hidup, keselamatan, ekonomi, pendidikan, bahasa, budaya dan agama Islam dapat kekal terpelihara tanpa diganggu gugat oleh pihak-pihak lain.
Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1004&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm
TO ALL MY BLOG READERS
TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado
Memaparkan catatan dengan label Melayu - Kuasa politik penentu masa depan.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Melayu - Kuasa politik penentu masa depan.. Papar semua catatan
Ahad, 3 Oktober 2010
Langgan:
Catatan (Atom)
CLICK NOW
Tajuk Kegemaran
-
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Forum Setiakawan Malaysia-Indonesia anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) dan Utusan Malaysia...
-
A lovely song by Momoe Yamaguchi Momoe Yamaguchi, penyanyi legenda Jepun yang dilahirkan di Tokyo dalam tahun 1959 ini sebenarnya tidak lama...
-
Oleh Elrafaei Sapi RAMAI penonton mungkin beranggapan lagu popular seperti Hanyut nyanyian Faizal Tahir atau Cinta Sempurna (Yuna) diangkat ...
-
Oleh Norzie Mohd. Khasbi dan Zazali Jamian, sukan@utusan.com.my KUALA LUMPUR - Datuk Lee Chong Wei terlalu hebat untuk ditandingi Taufik Hid...
-
MINGGU ini kita dihidangkan dengan dua isu permohonan maaf melibatkan dua pemimpin utama negara. Pertama, Menteri Besar Kelantan dan Mursyid...
-
Sumber: Mingguan Malaysia Online . TAHUN 2010 masihi telah melabuhkan tirainya menandakan bermulanya lembaran baru dalam fasa kehidupan kit...
-
MEMBACA tesis kedoktoran Aimee Dawis, warganegara Indonesia berbangsa Cina, bertajuk "Orang Indonesia Tionghua mencari identitas"...
-
BOSTON 12 Jan. - Malaysia akan berbincang dengan Amerika Syarikat bagi menjadikan Program Sukarelawan Amerika Syarikat (American Peace Corps...
-
28/01/2011 9:06pm BANDUNG 28 Jan. – Seorang pelajar Malaysia jurusan kedoktoran Universiti Andalas Padang meninggal dunia apabila motosikal ...
-
(Oleh Tuan Haji Duan Yusof) Bahan-bahannya : Daging Segar (samada daging kerbau atau lembu)- Lebih Kurang 1 kilogram…Lobi...