TO ALL MY BLOG READERS

TERIMA KASIH - شكرا لك - THANK YOU - ありがとうございました - 谢谢您 - Teşekkürler - Mulţumesc - Obrigado

Memaparkan catatan dengan label ESQ. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ESQ. Papar semua catatan

Khamis, 12 Ogos 2010

Mufti lain tak wajar ulas ESQ

Sumber: Berita Harian Malaysia Online.


Tarikh: 2010/08/12

KUALA LUMPUR: Mufti di negeri lain sepatutnya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung status ESQ sebelum perkara itu dibincangkan dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak di negeri masing-masing, kata Mufti Wilayah, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Sambil mempertahankan fatwa ESQ yang sudah diputuskan, beliau berkata, ini kerana jika mufti menyatakan pendiriannya terhadap isu itu tanpa merujuk kepada jawatankuasa berkenaan ia akan menimbulkan persoalan apakah peranan sebenar jawatankuasa yang diwujudkan. Apakah peranannya sebagai `rubber stamp saja kepada mufti?

Apabila berbicara mengenai fatwa, maka ia membabitkan hukum Islam yang pada asasnya merujuk kepada hukum taklifi yang lima. Dalam hukum taklifi (yang menjelaskan mengenai perintah wajib, haram, makruh, harus, dan sunat) yang lima ini ada aulawiyat atau keutamaan.

Kemudian di sana ada undang-undang, iaitu sama ada akta atau enakmen dan selepas ini baru boleh membicarakan mengenai sesuatu yang baik seperti penyelarasan, katanya dalam kenyataan yang dipetik melalui laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di http://www.muftiwp.gov.my, semalam.

Katanya, kenyataan bahawa mufti di negeri lain menghalalkannya adalah tidak tepat kerana mufti setiap negeri perlu membawa perkara yang hendak difatwakan kepada Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak terlebih dulu.

Beliau berkata, kenyataan yang tepat berhubung dengan isu ESQ ialah negeri lain belum mengeluarkan fatwa sama ada membenarkannya atau melarang.

Selepas ESQ diharamkan di Wilayah Persekutuan pada 10 Jun lalu, pengurusan ESQ memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan kebenaran untuk membuat semakan kehakiman berhubung fatwa oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mengharamkan modul motivasi anjurannya.

Kelmarin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan ESQ bagi mendapatkan permohonan semakan semula dan memutuskan isu berkaitan pertikaian fatwa hanya boleh didengar dan diputuskan di mahkamah syariah.

Sementara itu, Pengurus Besar ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ), Marhaini Yusof ketika diminta mengulas keputusan mahkamah, berkata beliau menghormati apa juga keputusan ditetapkan mahkamah berhubung perkara itu.

Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MuftilaintakwajarulasESQ/Article

Isnin, 9 Ogos 2010

Akhirnya Ary Ginanjar Akui Kekeliruan ESQ

Sumber: Voice of Al-Islam.

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Di tengah gonjang-ganjing status “keabsanan” ESQ Ary Ginanjar setelah difatwa sesat oleh Mufti Malaysia, alhamdulillah, di Bekasi Jawa Barat terjadi dialog dari hati ke hati antara seorang alumnus training ESQ, Ustadz Farid Achmad Okbah MA dengan pendiri ESQ, Bapak Dr Ary Ginanjar Agustian. Dialog diadakan pada hari selasa 20 Juli 2010 pukul 18.30 - 20.00 WIB di Meeting Room Radio DAKTA Jl. KH. Agus Salim Bekasi.

Saya adalah salah satu saksi mata pertemuan antara Bapak Dr. Ary Ginanjar Agustian dengan Ustadz Farid Ahmad Oqbah, MA (Direktur Islamic Center Al-Islam Bekasi dan narasumber Kajian Aqidah Radio Dakta 107 FM Bekasi). Pertemuan ini terkait penjelasan atas beberapa koreksi Ustadz Farid terhadap ESQ yang dimuat di berbagai media, antara lain voa-islam.com (baca: Nasihat Alumnus ESQ untuk Ary Ginanjar Agustian).

Ustadz Farid Okbah berani mengoreksi beberapa ajaran ESQ Ary Ginanjar, karena beliau telah mengikuti pelatihan ESQ tahun 2006 silam. Ust Farid sendiri adalah alumni ESQ ke-46.

Dalam pertemuan itu sangat jelas dan terang Bapak Ary Ginanjar menerima semua koreksi Ustadz Farid dan berjanji akan memperbaiki kekeliruan-kekeliruannya. Di samping memang Pak Ary sendiri sangat kooperatif, terbuka dan jujur menerima semua masukan Ustadz Farid. Perlu dicatat bahwa hampir semua nasihat dan koreksi Ustadz Farid sama persis dengan Fatwa Ulama Persekutuan Malasyia yang menyesatkan ajaran ESQ. Dan itu tidak dibantah sedikit pun oleh Pak Ary. (Adalah urusan Allah yang tahu apakah Pak Ary menerimanya atau tidak)

Sebelumnya kita tahu betul bahwa Bapak Ary Ginanjar menolak semua dakwaan bahkan cenderung membenturkan ulama dengan ulama. Sementara Majelis Fatwa Mudzakarah Malasyia yang mendukung ESQ pun tetap dengan syarat ESQ memperbetul (memperbaiki) kekeliruan yang sudah terjadi. (Karena kebenaran tidak bisa dikalahkan dengan banyaknya jumlah yang mayoritas).

Sementara itu, Ust Farid memandang bagaimanapun juga ESQ adalah aset umat yang sangat berharga yang harus dijaga dan didukung namun tetap harus dikoreksi jika terdapat kekeliruannya di dalamnya, sebagai kewajiban saudara muslim terhadap muslim lainnya agar sama-sama selamat dunia akhirat.

Ustadz Farid Okbah juga sangat menyayangkan pembelaan membuta KH Said Agil Siradj dan Prof Dr Din Syamsuddin terhadap ESQ. Sementara Bapak Ary Ginanjar sendiri dengan besar hati mengakui kekeliruannya. Pak Ary menegaskan bahwa dari awal ESQ sangat komitmen terhadap Al-Qur'an dan As-Sunnah dan akan terus berpegang teguh kepada keduanya. Hanya beliau menyadari ada kekeliruan dalam memahami tafsir dan syarah keduanya.

Pertemuan di atas berjalan penuh dengan nuansa kekeluargaan, akrab, hangat dan cair. Salut buat Pak Ary yang bersedia mendatangi Ulama untuk meminta taushiah, dan mengakui kekeliruannya. Semoga urusan umat ini semakin melancarkan perjuangan Da'wah ilallah. Perbaiki Bangkit, maju dan berkibarlah ESQ dengan semangat li’ilai kalimatillah. Amien.

Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Wildan Hasan (Penyiar Radio Dakta 107 FM Bekasi)
Pusdiklat Dewan Da’wah Kp. Bulu Setiamekar Tambun Bekasi 17510
HP. 0813 8665 7822.

Disiarkan semula dengan izin dari Voice of Al-Islam.

Source: http://voa-islam.com/news/citizens-jurnalism/2010/07/27/8596/akhirnya-ary-ginanjar-akui-kekeliruan-esq/

Ahad, 18 Julai 2010

JAKIM serah negeri putus fatwa

Sumber: Berita Minggu Malaysia Online.

Tarikh : 2010/07/18

KOTA BHARU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyerahkan kepada negeri untuk memutuskan fatwa mengenai modul kursus motivasi anjuran ESQ Leadership Centre Sdn Bhd yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata peranan JAKIM kini ialah menyelaras pandangan Jabatan Mufti negeri dan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal-Ehwal Agama Islam Malaysia membabitkan isu berkenaan.

“Mengenai ESQ, kita ikut sistem yang ada, bergantung kepada kuasa negeri masing-masing untuk memutuskan sesuatu fatwa, tetapi buat masa ini hanya Wilayah Persekutuan membuat keputusan dan mewartakannya, manakala di peringkat Persekutuan telah membincangkan isu ini sejak lebih dua tahun lalu.

“Peranan JAKIM dalam isu ini ialah kita cuma menyelaras pandangan Jabatan Mufti negeri dan apa yang diputuskan muzakarah fatwa kebangsaan... terpulang kepada negeri masing-masing untuk mengikut sistem yang ada buat masa sekarang untuk menguruskannya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Makan Malam dan Perasmian Persidangan Ketua-Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Ke-83 di Kota Darul Naim di sini, malam kelmarin. Majlis berkenaan dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh mempertahankan pewartaan fatwa berkenaan dengan modul kursus motivasi anjuran ESQ Leadership Centre Sdn Bhd yang menurutnya mengandungi 10 perkara yang boleh merosakkan akidah.

Dalam kenyataan tujuh muka surat untuk menjelaskan maklum balas orang ramai berhubung pewartaan fatwa yang dikeluarkan pihaknya pada 17 Jun lalu, Wan Zahidi berkata, ia perlu dilihat dalam dua konteks iaitu, hukum syarak dan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 atau Akta 505.

Terdahulu dalam ucapannya, Wan Mohamad berkata, sejak persidangan berkenaan diadakan pada 1975 hingga kini, antara isu penting yang disepakati serta dijadikan dasar di negeri-negeri antaranya penyelarasan isu halal, pendidikan Islam iaitu KAFA, membanteras ajaran sesat, Bulan Dakwah SeMalaysia dan dakwah Orang Asli, sistem pengajian tahfiz al-Quran, pembangunan keluarga Islam dan pengurusan masjid.

“Sejak 1975, sebanyak 560 kertas kerja sudah dibentangkan bagi tujuan mendapatkan pandangan, persetujuan serta memaklumkan semua ahli persidangan mengenai isu membabitkan dua hala,” katanya

Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JAKIMserahnegeriputusfatwa/Article

Negeri lain mungkin turut haramkan ESQ

Sumber: Berita Minggu Malaysia Online.

Oleh Haspaizi Mohd Zain, haspaizi@bharian.com.my

Tarikh: 2010/07/18

Kesamaran modul perlu diatasi: Mufti Selangor

KUALA LUMPUR: Mufti Selangor, Datuk Mohamad Tamyes Abd Wahid, tidak menolak kemungkinan negeri lain mengikut keputusan Wilayah Persekutuan mengharamkan kursus anjuran ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ) sekiranya kesamaran modul yang dibangkitkan sebelum ini tidak diatasi.


Keratan akhbar Berita Minggu, Ahad 18 Julai 2010.

Bagaimanapun, katanya, Selangor setakat ini belum memutuskan untuk mengharamkan ESQ kerana masih menunggu keputusan muktamad Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan.

Malah, baginya, pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, baru-baru ini dianggap masih belum muktamad.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, Selangor berpegang kepada prinsip tunggu keputusan muktamad daripada Muzakarah Fatwa Kebangsaan terlebih dulu dan keputusan terbabit dibuat oleh ahlinya.

“Saya difahamkan, masih ada satu lagi kajian yang akan dilakukan dan kita belum membuat keputusan sama ada mahu mengikut Wilayah Persekutuan ataupun sebaliknya. Namun mengikut maklumat yang saya terima, sememangnya terdapat kesamaran dalam modul ESQ seperti yang dinyatakan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

“Justeru, saya tidak menolak kemungkinan ada negeri lain yang akan mengikut jejak Wilayah Persekutuan mengharamkan kursus anjuran ESQ jika modulnya tidak diubah segera,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu, di sini, semalam.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul program motivasi anjuran ESQ yang disertai lebih 65,000 orang termasuk orang kenamaan, tokoh agama dan korporat serta pegawai kerajaan berikutan ajarannya didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.

Bagaimanapun Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal-Ehwal Agama Islam, memutuskan kursus anjuran ESQ itu boleh dilaksanakan di negara ini tetapi dengan pengawasan sepenuhnya oleh panel syariah yang dilantik syarikat berkenaan.

Mohamad Tamyes berkata, dakwaan yang dibuat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini mempunyai asas kukuh dan ia diperakui oleh beberapa bekas peserta yang pernah mengikuti kursus ESQ bahawa terdapat kesamaran dalam modul yang digunakan syarikat berkenaan.

“ESQ juga ada berjanji akan segera mengubah modul berkenaan, namun mengikut maklumat terkini ia masih belum diubah,” katanya.

Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NegerilainmungkinturutharamkanESQ/Article

Jumaat, 9 Julai 2010

JAKIM teliti semula ESQ

Sumber: Berita Harian Malaysia Online.

Tarikh: 2010/07/10

Langkah awal perlu elak penyelewengan lebih buruk: Mashitah

JERLUN: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneliti semula program motivasi anjuran ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ) yang diharamkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kerana dikatakan mendukung fahaman liberalisme. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata JAKIM akan meneliti dan mendalami modul ESQ terlebih dulu untuk melihat dengan lebih jelas apa yang disifatkan sebagai menyeleweng itu.

“Kita akan semak semula modul itu kerana mereka (ESQ) ini peniaga, jadi kita tidak mahu menyekat rezeki orang, tetapi kita akan semak, jika benar ada penyelewengan yang berlaku, kita terpaksa ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Jerlun di sini, semalam.

Beliau mengulas tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul program berkenaan kerana ajarannya didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.

Katanya, JAKIM juga ada rekod berhubung program dikendalikan ESQ.

“Program itu masih diteruskan dan hari ini, kita tidak boleh mengatakan sama ada ia sah atau halal kerana selepas ini, kita tidak tahu apa yang mereka buat, jadi kita akan memantau dari semasa ke semasa,” katanya.

Mashitah berkata beliau percaya keputusan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul ESQ bagi membimbing atau mengelakkan pemesongan akidah.

“Masyarakat kita memang mudah sangat terikut dengan sesuatu perkara, tambahan pula perkara yang membabitkan kesedaran akidah. Tetapi kita perlu menjaga supaya ia tidak terseleweng daripada akidah.

Sementara itu, ESQ tetap meneruskan program motivasi di 13 negeri kecuali Wilayah Persekutuan sehingga Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan membuat keputusan berhubung status pelaksanaan ESQ itu tidak lama lagi.

Pengurus Besarnya, Marhaini Yusoff, berkata hanya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengharamkan modul ESQ, tetapi beberapa negeri termasuk Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Kedah memberi kebenaran.

“Kita berharap Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan cepat membuat keputusan berhubung isu ini kerana ia menimbulkan keresahan 65,000 peserta yang pernah mengikuti modul program ini,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Mengulas adakah pendekatan undang-undang akan diambil terhadap Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang mengeluarkan fatwa mengharamkan ESQ yang dianggap satu fitnah, Marhaini berkata, pihaknya tidak bercadang berbuat demikian, sebaliknya meminta Wan Zahidi menarik balik fatwa dikeluarkan, manakala empat kursus dirancang diadakan di sini turut dipindahkan ke negeri lain.

Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JAKIMtelitisemulaESQ/Article

Jakim akan teliti semula program ESQ: Mashitah

Sumber: Berita Harian Malaysia Online.

Tarikh: 2010/07/09

JERLUN: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan meneliti semula program motivasi anjuran ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ) yang diharamkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kerana dikatakan mendukung fahaman liberalisme.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata Jakim akan meneliti dan mendalami modul ESQ terlebih dulu untuk melihat dengan lebih jelas apa yang disifatkan sebagai menyeleweng itu.

"Kita akan semak semula modul itu kerana mereka (ESQ) ini peniaga, jadi kita tidak mahu menyekat rezeki orang, tetapi kita akan semak, jika benar ada penyelewengan yang berlaku, kita terpaksa ambil tindakan," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Jerlun di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul program berkenaan kerana ajarannya didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.

Katanya, Jakim juga mempunyai rekod berhubung program yang dikendalikan ESQ.

"Program itu masih diteruskan dan hari ini, kita tidak boleh mengatakan sama ada ia sah atau halal kerana selepas ini, kita tidak tahu apa yang mereka buat, jadi kita akan memantau dari semasa ke semasa," katanya.

Mashitah berkata, beliau percaya keputusan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul ESQ bagi membimbing atau mengelakkan pemesongan akidah.

"Masyarakat kita memang mudah sangat terikut dengan sesuatu perkara, tambahan pula perkara yang membabitkan kesedaran akidah. Tetapi kita perlu menjaga supaya ia tidak terseleweng daripada akidah.

"Kita akan ambil langkah awal untuk mengelakkan perkara itu berlaku kerana ia boleh membabitkan penyelewengan akidah yang lebih dahsyat jika dibiarkan," katanya. - Bernama

Source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JakimakantelitisemulaprogramESQ_Mashitah/Article

Khamis, 8 Julai 2010

Fatwa isu ESQ 'seleweng' hanya terhad di Wilayah Persekutuan

Sumber: Utusan Malaysia Online

PUTRAJAYA 8 Julai - Fatwa mengenai penyelewengan ajaran dan fahaman yang dibawa oleh syarikat latihan modal insan, ESQ Leadership Training (ESQ) hanya terhad di Wilayah Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Itu hak masing-masing di negeri-negeri, itu terpulang. Fatwa tersebut hanya melibatkan Wilayah Persekutuan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau mengulas keputusan Wilayah Persekutuan mewartakan fatwa bahawa ESQ yang diasaskan oleh Dr. Ary Ginanjar Agustian didapati mengandungi ajaran yang menyeleweng daripada ajaran Islam.

Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang diwartakan di bawah Seksyen 34(1), Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 itu menyebut sekurang-kurangnya 10 ciri dalam ajaran, pegangan dan fahaman dibawa oleh syarikat tersebut boleh merosakkan akidah dan syariah Islam.

Fatwa tersebut telah disiarkan dalam laman web Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan selain menjadi bahan perbincangan panas dalam jaringan interaksi sosial di Internet sejak bulan lalu.

Difahamkan setakat ini seramai lapan orang mufti turut menghadiri latihan yang dianjurkan oleh ESQ dan setakat September tahun lalu, terdapat lebih 47,000 alumni syarikat itu di negara ini.

Sementara itu, dalam warta berkenaan, Wan Zahidi berkata, ciri-ciri penyelewengan tersebut adalah mendukung fahaman liberal iaitu memahami dan mentafsirkan nas-nas agama iaitu al-Quran dan sunah secara bebas dan fahaman pluralisme agama iaitu fahaman yang mengajar semua agama adalah sama dan benar.

Sementara itu, ESQ masih menunggu keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung status pelaksanaan latihan yang dijalankan syarikat itu di negara ini.

''Kami ingin memaklumkan bahawa ESQ Training berjalan seperti biasa di semua 13 buah negeri di seluruh negara kecuali di Wilayah Persekutuan," kata kenyataan itu yang disiarkan pada laman web rasmi syarikat itu, esq.com.my sejak semalam.

Source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0709&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm&arc=hive


Salinan fatwa boleh dilihat di:-
http://www.muftiwp.gov.my/pmwp/profail_jabatan_files/fatwa_esq.pdf

CLICK NOW

Tajuk Kegemaran